Misi Bakal dilaksanakan | Part 2


Sambungan dari Misi Part 1 memang kitorang punya HAJAT BESAR ialah meminang :-) Ramai yang meneka dengan betul tapi maaflah tiada hadiah disediakan ye :) Terima kasih sebab sudi meneka..

Sesampai kami dirumah penginapan tersebut, terus cepat-cepat hias apa yang patut dengan barangan hantaran, yela perjalanan jauh kan, kami pulak dah lewat itu yang kena cepat sebab majlis hampir bermula ;)






Masing-masing menyusun dan menghias apa yang patut :-) MJ pun sibuk gak masa nie, sibuk dok iron baju :)





Ok dah siap, MJ dengan MIL dan SIL, sempat lagi kitorang bergambar dulu sebelum gerak :)
Kesian MIL tak sempat nak bersedia, tapi kitorang kira candid je sebab yang lain dah nak gerak..



Ok dah sampai, MJ pegang dulang cincin masa nak ke rumah pihak perempuan,
MIL yang suruh bawakkan.. Mengikut adat orang Melaka kena letakkan duit pada dulang cincin tu..
(Diorang ni Melaka + Kelantan)





Ok upacara pun bermula dengan pihak kami membuka bicara :) Nasib baik takdak pantun segala, kalau tidak jenuh kami nak membalasnya :)



Setelah selesai berbincang, kata putus telah dibuat dan alhamdulillah kedua-dua belah pihak telah bersetuju, tunggu masa untuk dilangsungkan je.

Lepas perbincangan ni, acara sarung menyarung cincin pula dibuat :) Jadi sambungan di next entry la ye, rasa panjang lak entry ni :)



18 comments:

  1. seronok nya aktiviti pinang2 nih

    ReplyDelete
  2. Perghh sakannya..
    nak tgk yg tengah buat hantaran.. :)


    BTW dah follow here..
    Hope hit me back.. Thanks..;)

    ReplyDelete
  3. wah metiahnya rombongan meminang ni...

    ReplyDelete
  4. @puanbee

    Heheee, mmg best especially kita leh kenal adat memasing ;)

    ReplyDelete
  5. @Papa PUSS

    InsyaAllah nanti MJ terjah balas ye, TQ sebab Follow Me :)

    ReplyDelete
  6. @kakyong

    Warna tu kot yang memainkan peranan :)

    ReplyDelete
  7. wahhhh bestt nye...
    tk saba tunggu turn kita plak..adik kita nak g menghanta

    ReplyDelete
  8. ingatkan jalan2 rupanya pergi meminang hihihi

    ReplyDelete
  9. suker nengok gubahan hantaran org kawen..mcm2 stail n tema!

    ReplyDelete
  10. seronoknyer tengok orang pinang meminang neh....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)