Jika berminat boleh email normj1001@hotmail.com (lowercase)

Slurpee

Panas2 macam nie alangkah nyamannya kalau dapat sedut air sejuk2 kan, teringat masa minum air Slurpee 7-11 nie.. Aaaahhhhh sejuknyaaaaa... Nyamanyaaaaa... segarnyaaaaa... :-)


 

MJ suka minum perasa hijau nie..




 

 
Korang suka jugak tak..??



Jemput minum semua....
Abaikan muka cheq yang comot tu, masa nie penat giler drive,
dapat pekena air sejuk camnie terus
aaahhhh lega tul :-)








Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Celebrate Besday My Mum


Hari Selasa lepas adalah besday my lovely Mum, dan seperti biasa kami sambut dengan kek aiskrim yang dibeli, heheeee :) Rasanya tak lengkap besday kalau takdak kek kan, kiranya simbolik kek nie adalah dengan besday, baru terasa kemeriahannya :-)




Kek Aiskrim untuk my Mum, campuran kek span dengan aiskrim di tengah.
Sebenarnya nak beli kek aiskrim yang betul aiskrimnya kat Baskin Robbin,
Tapi disebabkan kesuntukan masa, nk cepat sama so beli kat kedai dekat rumah jela :-)



Posing dulu sebelum potong kek :-)
My Dad sekarang nie keje kat Alor Setar tau, so seminggu sekali baru kami dapat jumpa,
So My Mum PJJ dengan My Dad la, heheee


Alamak!!! Terpejam mata pulak :-)



Dengan adik MJ yang bongsu, memang manja la dia :-)



Ok sebelum kita potong kek, kita buang dulu apa yang patut


My Mum : Masaaaaamyaaaa, buah apa nie???
Adik MJ : Buah kat kek nie la, buah Kiwi





Suapan sayang dari My Dad untuk My Mum :-)



Juga dibalas dengan suapan dari My Mum





Dannnnnn!!! kitorang pun tak lepaskan peluang,
nak jugak kena suap2 nieh :-)





Terima kasih Mak, kamiiiii semua saaaaaayang Mak....




p/s : en Suami takde masa celebrate nie sebab dia keje, tengah malam baru sampai rumah :-) Memang rasa tak cukup lengkap tapi nak tunggu semua sekali ada susah la kan, dah bukan masa besday jadi cam tak best pulak :-)



Hadiah-hadiah yang diterima


Baru berkesempatan nak update hadiah yang diterima selepas lappy ada dalam genggaman.. :)
Yeehooo!!! Memang Happy, maklumlah semua gambaq2 ada dalam my lappy :-)

So setakat inilah hadiah yang MJ terima hasil kemenangan GA,
lately dah jarang bertuah :(
Rezeki orang lain menang pulak kan...



Pembuka cerita pastinya kena ada muka puan blog sebagai penyeri kan...heheeee

Ok jom tengok hadiah-hadiah yang selamat diterima..

 
 
 FM dari Pangkor, menang GA dari nanakimie



Brooch purple (I like) dengan FM Butterfly.
 


Beg shoping galas dari Genting dan felt craft 2kaler..
depan pink belakang kaler biru, comel je tengok ha :-)
Hadiah dari Cute Mum,
Menang GA ni sebelum Cute Mum bercuti ke Genting Highland
 


Dan akhir sekali hadiah yang diterima ialah
Sunriser Card KFC Lickin' Good :-)
Hadiah dari Sis Nana 


Best best, ada banyak less tau..
MJ pun tak penah brekfast ngan KFC lagi, 
So ada harapan untuk mencuba, due pun lambat lagi :-0



Apapun terima kasih yang tak terhingga kepada Nanakimie, Queenpink, Cute Mum dan Nana
atas hadiah pemberian korang nie ye.. :-)
MJ suka dan sangat menghargainya.


Zarina Anjoulie dah bertunang

Pagi-pagi dah bergosip plak apa kes kan..heheee takpela layankan jela ye...

Siapa tak kenal dengan pelakon ni yang popular dengan drama seram Anak Pontianak @ Zarina Anjoulie Lavocah ni kan, pelakon yang sentiasa dihimpit kontroversi, dan jugak terkenal dengan imej seksi dahulu.


Zarina berkata, dia kecewa apabila sesetengah media sengaja memainkan isu supaya masyarakat membenci dirinya. Sedangkan, apabila di luar, ramai juga orang yang terdiri daripada kakak-kakak, orang yang bertudung atau berkahwin mendekati dirinya.





Dan sekarang, Zarina dah bertunang secara senyap-senyap baru-baru ni tau, cantik dan manis sekali apabila Zarina bertudung kan.. Moga ianya berkekalan ye cik Zarina kita ni, jangan pakai sekejap-sekejap pulak ye, moga ada perubahan baru yang baik untuknya :-)



Jom kita tengok beberapa gambar yang diambil dari Oh Bulan!






“Lovin my new engagement ring. I aint much but its something 2 me. Love u ” – @Zrina_Anjulie




Zarina bersama tunangnya..



p/s : MJ sedih sebab lappy tertinggal kat rumah, sekarang MJ tinggal kat rumah my Mum sekejap, dah 2 hari tak layan blog kat rumah...huhuhuhu..




SeLaMat HaRi LaHiR Mak!!!

Harini 26.07.2011 adalah merupakan hari ulangtahun kelahiran Mak MJ yang tersayang, Selamat Hari Lahir Mak, semoga Mak panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT, hidup dalam keredhaan dan berada dalam lindungan Allah SWT. Semoga Mak sentiasa bahagia dan gembira di samping Abah tersayang..




Semoga hidup Mak sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..
KakLong dan adik2 sayang sangat2 dengan Mak, 
Mak adalah segala-galanya buat kami, terima kasih kerana telah menjaga dan membesarkan kami menjadi manusia yang sempurna, insyaAllah jasa Mak akan sentiasa kami kenang..




Telah pelbagai rintangan kita harungi, semuanya menjadikan kita tabah dalam dugaan hidup ini.. 
Mak menjadi pendengar yang sentiasa, yang sentiasa memahami anak2nya, yang sentiasa menyokong segala tindakan kami, yang salah diteguri, jasa Mak kepada kami tak terhitung buat selamanya..




Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami seorang Mak yang saaaaaaangaaaaat berharga buat kami :)



Luv U Mum




Kaklong ada hadiah nak bagi kat mak, tapi belum kesempatan nak beli lagi, insyaAllah dalam masa terdekat nie, bukan setakat Mak je dapat, Abah jugak kot insyaAllah ada rezeki lebih kongsi dengan Mak Abah kan :-)






BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?


First time join segmen dari abang Ben Ashari nieh, sebelum nie sentiasa je tak sempat..heheee pada korang yang nak join klik je gambaq kat atas tu ye :)

Dalam blog nie banyak menceritakan mengenai kehidupan MJ, menceritakan pengalaman dan jugak berkongsi apa2 info dalam nie.. Selain tu ada gak gosip2 mengenai artis, pasal perkahwinan artis dan macam2 lah..

Ok pada sesapa yang nak kritik dipersilakanlah, kritik dengan ikhlas, tak kisahlah apapun asalkan ianya dapat membantu MJ memperbaiki lagi mutu dan kualiti dalam penulisan di blog nie..

Thanks in advance :-)

Sedih, rasa macam nak menangis saja.. :'(


Sedihhhhhhhhhhhh, nak nangeeeeeeessssssss, nak pinjam bahu siapa saat niehhhhhh :(
Tolong tolong sebak sangat dada sekarang.. Rasa macam naaaaakkkkk je cutiiiiiii, tak mau kerja dah takdak moood harinie... huwaaaaaaa :(

Pagi2 Jumaat dah kena marah, kalau kena marah dengan bos takpela kita tau kita buat salah, ini tak faham hujung pangkal kira nakkkkkkkk serbu je, dah ler depan pekerja lain.. Tanpa sempat kita bagi penjelasan terus bersembur marah2, sakit hati tau..

Itulah susahnya bila dok di tengah2, semua nak boh kat kepala kita, kesian my bos tak pasal2 hal nie jadi isu diperbesarkan sampai nak gaduh2.. Adoilaaaaa..

Masalah nie bukan apa pasal isu pekerja je,

MJ kerja dengan Syarikat B, Syarikat A nak pinjam pekerja Syarikat B untuk tolong support production mereka, so kami bagi pinjam, sampai satu masa habis kontrak kami panggil balik semua pekerja tetapi production Syarikat B mintak seorang untuk stay, kami ok je so bagi extend 1 bulan, lagi seminggu nak cukup 1 bulan ada seorang Factory Manager dah bising2 tanya why one worker still there, How's your arrangement, bla bla bla, I tak nak tengok muka dia lagi kat Syarikat A, panggil dia balik sekarang, I taknak mana2 pekerja Syarikat B kerja lagi kat situ, kenapa curi2 nak duduk kerja kat Syarikat A lagi.. Kenapa U tak panggil dia balik ke sini lagi bla bla bla...

MJ nie orang bawahan je, kalau tak terima arahan dari pengurusan atasan takkan nak pandai2 suruh pekerja stay kat situ, kami pun takmau la buat pening2 kepala nak caj gaji la apa la. Ini pagi2 dok kecoh 1 kilang hingaq 1 ofis macam pekerja kami tu buat salah besaq.. Tak boleh ke cakap elok2, nak tunjuk la tu macam dia ada kuasa dan ada pangkat jadi dia boleh buat tindakan.
Kalut ntah pape, padahal pekerja kami tu dah dok kerja situ selama 22 hari, bukan baru 3-4 hari, kenapa awai2 dulu tak bising kenapa baru sekarang..

Piiirahhh, konon buat kerja bagus sangatlah tu, padahal dia dah terlepas pandang, anak buah tak update dia kot pasal hal nie, dia dok buat kalut 1 kilang.. Dia tu bukan nya owner kilang nie, pekerja macam semua orang gak makan gaji.. Eeeeeiiiii geram betulla....


Untuk makluman, Syarikat A dan Syarikat B dibawah group yang sama, kilang kami di dalam kawasan yang sama dan bos HR MJ adalah bos yang sama untuk kedua-dua syarikat.



p/s : Maaf, entry emo di pagi Jumaat.. (kita nie perempuan mudah sensitif dan cepat je air mata dah bertakung, bila dah nangis baru rasa lega sikit dan baru dapat sembang @ bercakap dengan orang lain)

Tukar FM London dengan FM dari Beijing :-)


Dari entry dapat FM dari London  dalam entry tu MJ cakap sesiapa yang sudi nak tukar FM dengan MJ kena cepat2 roger dan nampaknya ada yang berminat untuk tukar suka sama suka. Kini FM tersebut telah berpindah milik kepada akak Fieza79 





FM dari Beijing- Tembok Besar di China lagi tau..
At least tak dapat jejak ke sana dapat tengok pun jadila :-)



Memang cantik, terima kasih ye kak...


 


Alhamdulillah FM Beijing telah selamat sampai ke tangan MJ dengan jayanya, cuma FM London je akak Fieza belum terima lagi, huhuuhuu, kak maaf ye, sampul pos ekspress tak terbeli lagi :( (En suami tak terbeli lagi, ada hal lain diselesaikannya dulu last2 terlupa) tapi bila baca entry Dni semalam barang yang dipos telah dipulangkan, jadi pun risau gak (menurut pihak pos, sampul pos ekspress hanya untuk pos kertas @ surat sahaja, barangan lain TIDAK dibenarkan) Sebelum nie dok pos takdak masalah pulak, maybe sekarang diorang ketatkan syarat kot.. Susahlah camni kan...









Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Cuaca Panas - Nasihat kepada orang ramai

Sekarang nie kan cuaca tak menentu dan berjerebu, MJ sendiri dah alami batuk dengan selesema dan nie MJ nak syer dengan korang nasihat oleh PESANAN KESEDARAN KESIHATAN UNTUK OHSAS18001 OLEH UNIT KUALITI SISTEM






CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!


Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan, Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Gejala Cuaca Panas Melampau
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6.Mual dan muntah
7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).


CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN

1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
4. Hadkan aktiviti luar
5. Kerap berehat
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8. Pakai topi atau payung yang besar


ELAKKAN!


1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas


PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS

1. Keluar dari kawasan yang panas
2. Tanggalkan pakaian yang ketat
3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
5. Minum air setiap 15 minit
6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal



p/s : Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita semua ye :-0




Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

BE Grapevine dah Metered


BE Grapevine pertama di blog MJ dah pun metered, seriusly sepanjang MJ bukak blog tak penah nampak pun iklan nie menari-nari tau, tapi ada gak MJ dapat komen dari rakan blog cakap nampak iklan tu.
Apapun sekarang nie dia dah metered, income teramatlah slow, yela mungkin dari klik2 jugak kot, dan alhamdulillah MJ dapat gak kumpul RM 0.40 :-) Terima kasih pada kengkawan yang sudi jenguk blog MJ dan klik share Grapevine tu, heheee :)




Lepas 2 BE diatas nie ME, maka tiada lagi BE yang menari-nari di blog MJ nie... huhuuuu harap pihak nuffnang dapat cari penaja baru untuk tempek iklan kat blog MJ nieh ye :-) Ngah pulun kumpul $$$ untuk kami ber'honeymoon' lagi masa anniversary nanti.. :P




Mencari hadiah untuk yang tersayang dan sebagainya 


Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Jalan-jalan ke Jitra Bandar Darulaman

Semalam kami ke Jitra untuk hantar adik perempuan MJ sambung belajar di sana, perjalanan dari penang ke Jitra lebih kurang 1jam 45minit macam tu la, takler jauh sangat kan, tapi terasa letihnya jugak :-)

Jadinya aktiviti blogwalking semalam tertangguh dan mujur sempat buat 1 entry autopublish semalam, kepada yang tinggalkan komen, insyaAllah pelan2 MJ akan jengah blog korang pulak ye.


Ni masa menunggu adik p daftar untuk asrama, sambil menunggu tu bergambaq la kejap,
dan fotografer MJ ialah


**

**

**

**

**



Adik bongu MJ, masa nie muka dah tak berapa comel,
dah ler panas masa nie kan pastu kaklong dia suruh tangkap gambaq pulak..heheee





Paksa rela untuk bergambar berdua, senyum pun macam terpaksa je :)





Dan nielah adik perempuan MJ yang kini menjadi penuntut di POLIMAS dalam jurusan
adik masuk lewat dari pelajar lain sebab dia baru keluar dari PLKN..
dah macam praktis kawad pulak ha, ni gambaq kandid masa dia nak ambik barang dalam kereta,
tertinggal slip apa ntah masa nak daftar masuk asrama.





Dalam bilik asrama, keadaan biliknya dah macam bertahun takde penghuni,
berdebu ya amat, memang nampak teruk..
3-4 kali kami mop bilik nie, airnya hitam pekat..
Dah ler tingkat 4, mungkin jugaklah jarang orang duduk kan tingkat tinggi2 camnie..
Roomate adik orang Johor, masuk sama hari dengan adik,
tapi dia bukan keluar PLKN, katanya memang tawaran masuk tarikh tu.




Lepas penat mop segala kami keluaq ke pekan,
ingat nak beli tikaq kat adik buat lapik lantai tu, senang la tak berdebu sangat kan,
tapi kat pekan takdak jual tikar potong, nak kena beli segulung,
so tak jadi beli, lagipun kat rumah ada tikaq tak guna,
tunggu dia balik jela ambik.




Kami p berempat je, MJ amik leave semalam, my dad p kursus di Melaka.
en suami pun kerja pagi dan malam, so drebar p balik ialah



MJ :-)



Malam tu MJ pesan dekat adik baca yasin dulu sebelum tidoq dan pastikan ada air wudhu', dia cakap rasa macam tak sedap hati tapi tak tau sebab pe.. MJ cakap ala biasa la angin perubahan baru memangler, kawan pun tak kenal lagi macam tu la sementara nak biasa. Harap2 dapat lah dia harungi kehidupan baru di sana kan dengan course yang lari dari bidang dia, moga timbul minat tu pelan2..







Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Pesta Buah.. Sedapnya Makan Durian :-)

Setiap tahun tempat MJ kerja wajib buat pesta buah, masa nie la kan syarikat nak belanja pekerja-pekerja dia makan buah-buahan tempatan kan.. :-) Dan MJ sebagai salah seorang team members haruslah memberi sepenuh komitmen bagi menjayakan misi ini :-) Dah organiser so kena rasmi dulu la buah yang sedap kan..


Buat semua - Selamat menjamu mata korang dengan gambaq2 dibawah nie ye :-P


Masa nie kena potong buah tembikai tapi sempat lagi menyelit makan buah durian..



Sedap tau buah durian nie, special dari Balik Pulau..
nyummy nyummy... :-)



Inilah sebahagian dari buah durian yang ada, kitorang bahagi kepada beberapa bahagian, so takdela adegan rebut berebut dan serbu 1 tempat je kan..

Jejaka2 macho dari TXPO (Texchem Polymers Sdn Bhd) sedang gigih mengupas..



Dan model buah manggis, heheee.. MJ durian tak makan banyak pun,
banyak makan buah manggis je, lagipun MJ dok batuk kung kang kung kang,
makan terlebih durian kang terus hilang suara merdu nie :-P



Bila perut dah kenyang apa lagi kan, bergambaq le.. :-)



Masih dalam mood makan durian, masa nie tangkap sendiri, itu yang jelas giler ketembaman ku..huhuuuu



Moktan (Rambutan) nie manis giler, sedap bangat...
Tapi MJ tak makan banyak sangat sebab batuk...huwaaaaa rugi betulla... :(



Buah durian banyak lebih masa nie so kami bagi kat makcik kantin untuk buat kuah durian, so menu kami semua sarapan esoknya ialah

Roti Putih cicah dengan kuah durian... Memang sedap tak ingat punya... :-)








Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Labels

#SBDdB (1) abu bakar (1) Adam dan Hawa (1) Adat Perkahwinan India (1) adik kemalangan (3) agama (8) Aiskrim Goreng sedap (1) aiskrim kek (14) Akademi Fantasia (3) aksi terlampau (12) Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (1) angry bird (2) anime (2) Anne Ngasri (2) Anniversary (5) Apom Polkadot (2) ASB (1) Ashraf Muslim (1) Assignment (1) astro (2) Avon (10) Ayam Dendeng (3) ayam goreng rempah (2) Azza Elite (2) Bahtera Nabi NUH (1) BAJET 2012 (5) baju tunang (1) balotelli (1) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (2) Bayaran Balik Pinjaman (1) BE nuffnang (41) beauty Umaira (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bedak Miyami (1) Ben Ashaari (3) berita (1) Biar Mimpi Sampai ke Bintang (1) Birthday Suami (6) Blogger Kelantan (1) blogger Kuala Lumpur (8) Blogger Perak (1) Blogger Utara (6) bolasepak (1) bonus (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Borang BR1M online (1) Burger Bakar (2) Burger Besar (1) Burger King (5) Burger KOMTAR (1) Cable Car Langkawi (1) calculator (1) Cameron Highland (16) Candy Crush Saga (1) cantik (87) car loan (2) cara membawa masuk barang ke malaysia (2) cara mengira cukai (2) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara ubati Denggi (1) Celebrate Birthday (10) Celoteh MJ (126) ceramah (4) Cheezy Magik (1) Cheque Exabytes (2) Cheque Nuffnang (4) Chicken Chop (1) China (1) churpchurp (15) Coconut Shake (2) coklat (3) Coklat Crepe (1) contest (32) CPUV Earning (2) CPUV Nuffnang (1) cukai kastam (2) Cuti-Cuti Malaysia (6) CY 2000 (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) dalam negara (8) De Pauh Garden (1) Dejavu di Kinabalu (2) Demam Denggi (1) Denaihati (23) Diskaun PTPTN 10% (1) Dividen ASB (1) Doa Dhuha (1) dosa (1) Download Movie (1) drama (2) duit malaysia (1) dunia artis (59) duti import (2) Eagles Feeding Langkawi (1) endorscope (6) EURO 2012 (1) Exabytes (1) Exam USM (5) External Hard Disk (1) Eyriqazz vs Denaihati (1) Facebook Fanpage (2) Fadilat Bulan Rejab (1) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fesyen (24) Filem Ombak Rindu (1) Firas (26) fitnah (1) Followers (15) free sample (1) Fridge Magnet (10) Frozen Food (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) games (3) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) GiveAway (89) GUESS (4) hadiah (62) Hadiah Anniversary (1) Hadiah Contest 2013 (7) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah Wang Tunai (6) haiwan (4) Handmade Frame (1) happy (46) Happy Anniversary (3) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Puasa (32) Header Baru (3) heartbeat (9) hikmah (12) hobi masa lapang (2) HomeMade Aiskrim (1) Homoseksual (2) Hotel Bajet (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (1) Ibadah Korban (1) ibadah puasa (2) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Terubuk Masin (2) Ilhan (8) ilusi optik (2) Indonesia (1) Info (6) iniesta (1) iPhone 5 Contest (2) iPhone 5 Gadget Impian (7) IQ (7) Irma Hasmie (3) Irma Hasmie Mengandung (2) islam (20) Jadual Konsert Mania (1) Jadual Puasa 2012 (1) JAKIM (1) Jalan Masjid India (1) jalan-jalan (20) jamak (1) jamuan raya (4) Jangkaan Kiamat (1) Jeruk Buah Penang (1) Join Contest (73) juadah berbuka (5) Jualan Penghabisan Stok (2) Juara bola sepak EURO (1) juara lagu (1) Jumpa Blogger (5) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) kad raya (7) kamera (9) kapal karam (1) Karnival Kerjaya (1) kartun (2) kastam (1) Kasut Baru (2) Kasut Le Sandae Zalora (1) KBC Rantau Panjang (1) Kedah Darul Aman (3) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Lapis Sarawak (2) kekabu (2) kelakar (19) Kelantan (8) Kelebihan Al Quran (2) Kelebihan Bulan Rejab (1) Kementerian Kesihatan (2) kenangan (8) kencing tikus (1) Kenduri (7) kenduri kawen (25) keputusan GA (26) keputusan Peperiksaan (2) Keputusan PRU13 (1) keputusan SPM (2) keracunan (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) kereta (3) Kereta tertimbus Tanah Runtuh (1) kes bunuh (4) KeyChain (1) khalifah ganti superman (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Nenas Batu (2) Khasiat Nestle Bliss (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) khulafa ar rasyidin (1) kisah tauladan (9) Kobis Tiruan (1) Koleksi Carlo RINO (1) Konsert Mania (1) kotak sembang (2) Kuala Lumpur (1) kuih raya (5) kupon (10) kupon KFC (6) Kursus Intensif USM (2) Ladang Teh Boh Sg Palas (1) Laksa Janggus (1) layan (134) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (2) Lisa Surihani (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) Lost World of Tambun (3) luar negara (6) lucu (17) lukisan termahal didunia (1) Lumut (5) M'c Donalds (5) maal hijrah (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Makan Sedap (35) Mandi Wap (1) Masakan Pasta (1) mascara (1) masjid (1) masker wajah (2) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Mayang Mengurai (1) Maybank ATM Card (1) ME Nuffnang (15) Meatball IKEA (1) Mee Sotong sedap (2) Mee Udang Special (1) melaleuca (1) Menang GA (58) Menu Barbeque BBQ (1) Menu Berbuka Puasa (1) Menu Hari Raya (3) mesir (1) movie (1) Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (1) mukjizat (3) musaffir (1) mutiara kata (6) my birthday (7) My Mum (1) Nabi Adam a.s (1) nasihat (24) negara yang bertanding dalam EURO (1) niat jamak (1) niat qasar (1) Nikah Kawen (20) Nikon D90 (12) nuffnang (50) numismatik (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) on9 visitor (27) online (9) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Oreo CheeseCake (3) ovarian cysts (6) Panasonic Viera (1) Panggilan Palsu (1) Panorama TV1 (1) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Besar Siti Khadijah (1) Pasar Ramadhan (1) Pati Ikan Haruan (1) Pegangan (18) Pekeliling 2012 (1) Peluang Kerjaya (1) pembunuh (1) pemenang (46) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (1) Penetapan Gaji Minimum (1) pengalaman (14) pengantin (1) Pengkalan Hulu (1) Pengumuman (37) penipuan (1) penjenayah (1) Perak (4) peraturan dan undang undang kerajaan (2) Perfume (2) Perfume Burberry (1) periksa (6) Perkahwinan Artis (4) permit import (2) Pernikahan Anne Ngasri (1) Perodua Alza (2) pertunanganku (2) pesakit (19) Petaling Jaya (1) petua (12) Petua ubati batuk (1) Petua ubati Patah/Retak (1) photography (1) picaso (1) PilihanRaya (1) Pisau Magik (2) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Promotion (5) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (1) PJJ (4) Portable Power Bank (12) Potluck (3) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 2800mAh (1) Power Bank 8000mAh (2) PRADA (1) Primavera Shoes (1) Program Realiti TV3 (1) promosi hebat (26) Proton Preve (2) Proton Terbaru (1) PTPTN Info (2) Puasa Ramadhan (2) Pulau Beras Basah (1) Pulau Langkawi (9) Pulau Pinang (14) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Pelancongan (31) Putra Heights Subang Jaya (1) Qi Razali dan Nelydia Senrose (1) Quran (2) Ramalan Kiamat (1) Rebat Bil Elektrik (1) Rekod Baru (3) rempah sauna (1) Resepi Aiskrim (2) Resepi Aiskrim Goreng (3) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding Triffle (3) Resepi Roti (1) Resepi Udang (1) Resipi (14) Restoran Fais (1) review blog (5) reward (1) RnZ Cosmetic (1) RSS feed (1) rumah tangga (23) Rumah Terbuka (1) rusuhan (1) Sabun BERAS (1) Salad Ayam (1) sale (9) Saman Hadlaju (1) santai (3) Sarawak (1) SBPA (4) Scha dan Awal (1) sedap (38) sedih (21) Segmen Eyriqazz (1) Sejarah Komputer (1) seksi (1) Semanis Kurma TV9 (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Seminar Wordpress (3) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) senarai peserta (17) Sepanyol vs Itali (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Side Income (2) sihat (15) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL (1) Simply Siti (1) simulator (1) Singapura (1) Sinopsis Bukan Bidadari (2) sinopsis KHILAF (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Slot Lestary TV3 (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Sooft Book Washable for children (1) sosilawati (1) SPA (3) Strawberry Cheese Cake (1) Strawberry Park Resort (6) suami isteri (34) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) sunnah wal jamaah (1) Sunset (1) Susu Kambing sedap (1) SX150 IS (2) Syarat Pinjaman (1) syiah (1) Taj Mahal (1) tan sri ali hashim (1) Tapak Pesta (1) Tarikh mengundi PRU13 (3) Tasik Dayang Bunting (1) teka-teki (15) teknik- teknik fotografi (1) Telefilem KHILAF TV1 (1) tembak (1) temuduga (2) Tepung Magik (1) terima kasih (118) terkini (1) Testimoni Zalora (1) ThePopLook (3) timbalan ketua pengarah kastam (1) tiny stuff (1) tips (14) Tips Menyimpan Susu (1) Tips pemilihan Tudung (1) titanic 2 (1) top komen (9) Tudung Chiffon 3 Layer (4) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Tudung2u.com (1) tutorial (10) Tutti Frutti (1) Twitter (1) Update Bloglist (1) USM Penang (7) Ustaz Ahar Idrus (4) Ustaz Don Daniyal (1) Vibrance Kegel Device (1) video (8) Wallet (4) Wang Kelian (1) wang kertas siri baharu (1) Watie Elite (1) Wordless Wednesday (28) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yusry KRU (1) Zalora Malaysia (1) zuriat (2)