Jika berminat boleh email normj1001@hotmail.com (lowercase)

Hadiah dah pos


Disebabkan kebelakangan ni agak sibuk sikit nak siapkan assignment, ni MJ baru dapat nak poskan hadiah buat pemenang-pemenang GA MJ yang lalu (GA Like N Win dan Top Komen).. Ampun dipinta buat korang semua ye sebab telah membuatkan korang ternanti-nanti..



Hadiah buat pemenang pertama iaitu Kak Has yang menerima barangan dari HeartBeat rasanya telah selamat sampai di rumah, dan mungkin kak Has yang belum tengok lagi la kot :) Kalau korang nak tengok barang apa yang kak Has order, kita tunggu entry darinya ye, pada MJ seyes memang cantik :)
Dan untuk sampul atas ni adalah Voucher KFC dan exchange FM dengan Kak Amiey Lee


Cuma yang tertunggak sekarang ni ialah pengeposan Apom Polka buat 3 pemenang bertuah lain, insyaAllah minggu depan MJ akan pos ye.. Harap terus bersabar menanti ye dan terima kasih sebab sanggup menanti :)




2 BE Metered sekaligus :(






Rasanya ini penutup tahun 2011 la, sebabnya TIADA lagi BE yang menari-nari di blog kecik MJ ni, apapun alhamdulillah tetap bersyukur dengan $$$ yang diterima :)


BE dari Microsoft Multi-Product yang TERTINGGI pernah dicatatkan oleh blog MJ dengan nilai sebanyak RM 21.02, alhamdulillah syukur sesangat, terima kasih buat Nuffnang, nanti cari penaja banyak-banyak lagi tau untuk blog MJ nie terutamanya untuk tahun 2012  :)


p/s : Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 buat semua pembaca dan Follower blog MJ ni ye, harap azam anda untuk tahun depan tercapai :) MJ punya azam dah 2 tahun tak tercapai, harap ada sinar untuk tahun 2012 :)

Siap juga akhirnya


Kalau ada yang perasan dalam 2-3 hari ni MJ jarang blogwalking ke rumah kawan-kawan apatah lagi membalas komen kan, setuju tak?? (Ini pada yang selalu singgah ler) Semua ni gara-gara last minute punya kerja lah, bila nak sampai Due Date baru menggelabah nak siapkan, masa awal-awal ritu MALEH atau dalam erti kata yang sedap sikit - Takdak IDEA nak buat lagi.. Bila nak dekat-dekat barulah idea mencurah-curah, wahahaaa alasan nak menyelamatkan diri la tu..


Jadi disini MJ nak mintak maaf ye sebab tak dapat memberi kunjungan balas, mana yang sempat tu ada gak MJ terjah balas, dan insyaAllah MJ akan membalas jua secepat yang boleh ye.. Terima kasih yang tak terhingga buat korang semua sebab sudi singgah blog MJ ni ye :-0



InsyaAllah jap lagi MJ akan p hantar ke USM Penang, Due 2.1.12 tapi kan cuti ganti, jadi mau tak mau Jumaat jugaklah nak kena hantar :) Ada lagi 4 esement menanti, 2 nak kena antaq Jan, 1 Feb dan 1 lagi Mac, adoyai 1 pun belum buat lagi..huhuuuu :(


Sekarang ni MJ dah tahun ke 3 PJJ USM tapi sifat MALEH nak study + siapkan esement tu takleh buang ler (ngadap blog rajin je selalu, heheee) dah ler hujung tahun depan (bulan 1) nak EXAM. Terus TENSI, wahahaaa (tekad nak capai dekan konon, huhuuu) Entahler, apapun korang tolong doakan buat MJ ye moga lulus cemerlang untuk exam nanti ye, terima kasih :)




Kek Pertunangan



Ini adalah coklat LOVE hasil tangan Bakal Adik Ipar MJ, 
wahhh lepas ni boleh lah MJ belajar teknik dan tektik buat yang berasaskan COKLAT nieh :) 
MJ kan suka makan coklat, jadi WAJIB lah belajar kan :)



Cupcakes pun dari kek coklat, cuma bahagian atas dihias.. Cantik dan kreatif kan :-0



Coklat ni agak pahit sikit tapi ok sedap, pure coklat..
Ha pada peminat coklat pastinya menggemarinya, betul tak?? :)


Ayuh!!! Kita Amalkan Gaya Hidup Sihat


Tahukah anda dengan berjalan 10,000 langkah sehari dapat menyihatkan tubuh badan kita, jadi apa kata mulai sekarang kita ramai-ramai berusaha untuk mengelakkan dari penyakit terutama JANTUNG dengan mengamalkan gaya hidup sihat :)


Klik untuk maklumat lanjut :)

Jom kita sama-sama menyahut seruan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, UTAMAKAN KESIHATAN SIHAT SEPANJANG HAYAT.


Dan korang boleh chek BMI korang dalam website tu samada Ideal, Kurus @ Gemuk :)


Untuk makluman, gambar di atas bukan untuk MJ ye..heheeee



Kalau tak mampu 10 ribu sehari, kita mulakan sikit-sikit dan set target bila kita nak capainya.
MJ pun nak kena bersenam dengan berjalan 10ribu langkah jugak ;)

Jenjalan di KELATE


Masih lagi bercerita pasal jalan-jalan kami di Kelantan, korang jangan boring tau..heheee :-)

Lepas selesai Meminang pada hari Sabtu tu, maka aktiviti kami seterusnya ialah JENJALAN+SOPING ler :) Cheq paling suka bab soping-soping ni la, walau tak membeli apa-apa barang pun tapi dapat menjamu mata pun dah puas..heheee




Jom kita ke PASAR BESAR SITI KHADIJAH- tempat WAJIB ni kalau sampai KELANTAN :-)


MJ cuma beli FM je (tu pun 2 ketul je, sebab mahal beb),
yang lain-lain tak rasa nak beli pun (padahal tak tau nak beli pe)





Sementara kami kaum WANITA ke Pasar Khadijah, My hubby p melawat MUZIUM :)




Dan en suami membeli FM di Muzium tersebut. Cantik, padan lah dengan harganya :)


Lepas round PASAR KHADIJAH, kitorang terus ke
KOMPLEKS BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG
(otw nak balik Penang)






MJ suka soping kat sini sebab ada barangan murah
dari KBC Pengkalan Kubor dan macam tu gak sebaliknya
Ikut jenis barangan tersebut, kena pandai survey la ;)



Tengah membelek-belek baju buat en suami
Ada baju yang berkenan saiz takdak, baju tak berkenan ada pulak saiz,
pening dok memilih tang tu saja :)






Proses tawar menawar sedang dilaksanakan,
bukan main moncong lagi mulut tokey kedai ha..  Mesti masa ni tokey kedai tu dok cakap
'TAK BOLEH KURANG ooooOOOO :-)

Pilih punya pilih last-last cuma beli sehelai je..hehee, kaler ijau tapi bukan yang MJ pegang tu :)




Selepas tu kitorang ke bahagian anak patung la, bantal la menan la,
kalau ada anak syiok ler membeli kat sini,
tapi takpe anak menakan kan ada, jadi MJ beli la 1 untuk FIRAS bantal nie :)


Tengok Bantal peluk BOBOI BOY ni dan terus beli 1,
ingat nak beli la dengan bantal tido,
tapi memandangkan Firas dah ada bantal Upin Ipin, jadi beli 1 jela :)



Rantau Panjang yang sentiasa penuh terutama ketika musim cuti sekolah..




Dah penat berjalan dari 1 gerai ke 1 gerai, kitorang singgah untuk makan dulu..
Masa ni lauk pun dah tinggal sikit-sikit je..
Belasah jela apa yang ada, padanlah dah pukul 2ptg pun masa ni.

Masa makan ni telefon adik MJ nak update kata beli bantal kat Firas,
tapi adik takdak pulak masa tu, keluaq p makan kenduri,
so MJ tipon Mak cakap beli bantal BoBoi Boy,
Mak cakap Firas sekarang minat dengan AGI BED pulak,
terus lepas makan MJ ajak en suami p tukaq bantal, seb baik tokey kedai tu bagi..heheee


Nantilah MJ tunjuk bantal Firas tu ye, tak sabar nak tunggu Firas balik Penang nak bagi bantal ni.
MJ ada gak beli belon tiup tu, nak ajak Firas main lah:)


p/s : Puan Blog masih bercuti dalam paksa sampai Awal Tahun depan.. :(



Opsyen SBPA lanjut sehingga 15 Jan, Opsyen Bersara 60 kekal 30 Dis




PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan.

Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Dis ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di sini.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.





Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

Omar berkata lima perkara yang telah dibangkitkan oleh Cuepacs ternyata selesai apabila mendapat hak rundingan awal, disusuli dengan rundingan tiga bulan sekali khusus berhubung SBPA dan rundingan akan diadakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.

Katanya opsyen bagi umur persaraan 60 tahun tiada masalah dan penjawat awam boleh menandatangani tawaran opsyen tersebut atas kapasiti masing-masing, hanya tawaran opsyen SBPA yang diberikan dalam tempoh 15 hari itu yang didapati singkat.

Beliau berkata rundingan hari ini turut bersetuju untuk melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Jabatan Imigresen.



"Kita dah bersetuju dalam tempoh tiga bulan ini akan dibuat semakan semula, akan melakukan kajian menyeluruh. Jadi, kita harap bersabar," katanya.

Mengenai 'Exit Policy', Omar berkata rundingan hari ini mencapai persetujuan supaya wakil Cuepacs hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.

Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum sebarang tindakan diambil atau dibersarakan awal, wakil Cuepacs akan hadir untuk memberi pandangan.

"Jadi, kita dah berunding, jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan di bawah exit policy. Ia (jabatan) hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya, dan di JPA nanti, Cuepacs akan hadir sebagai pemerhati, dan dari situ kita akan selesaikan.

"Apabila kita dalam (panel) itu, kita rasa adil sebelum menentukan seseorang penjawat awam itu untuk dibersarakan awal," katanya.

Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Katanya taklimat itu berhubung kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang didapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.





Sumber dari : BERNAMA





Bahagiakah Tanpa Zuriat - Semanis Kurma TV9


Siapa tengok TV9 semalam dalam Semanis Kurma tajuk 'Bahagiakah Tanpa Zuriat' banyak ilmu, petua dan manfaat yang diperolehi untuk dijadikan amalan. MJ nanti nak layan lagi dalam Tonton tajuk ni, memang sangat-sangat menarik.




Antara amalan yang disaran ialah
1. Minum air suam bercampur madu lebah
2. Bersedekah setiap hari Jumaat
3. Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
4. Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
5. Banyakkan sedekah pada bayi baru lahir

Dan ada juga nasihat Baginda Rasulullah SAW pada sahabat yang bertanya mengenai zuriat yang belum dikurniakan walaupun telah lama bernikah iaitu
1. Istighfar
2. Bersedekah

kerana kedua-dua amalan ini insyaAllah akan beroleh jalan keluar dan diberikan rezeki dari yang tak disangka-sangka dengan izin Allah SWT


Untuk lebih lanjut boleh baca di Bahagiakah tanpa Zuriat Part 1 dan Bahagiakah tanpa Zuriat Part 2
Terima kasih kak kerana berkongsi ilmu di dalam blog :)


p/s : Selama 2 tahun kami menanti, kami redha dengan ketentuan serta Qada' dan Qadar buat kami dan kami yakin suatu hari nanti pasti ada rezeki zuriat buat kami, cepat atau lambat je yang penting BERUSAHA, dan BERDOA. InsyaAllah.
     : Pada kawan-kawan semua, mintak sama-samalah berdoa untuk kami ye agar kami beroleh cahayamata yang amat kami nanti-nantikan selama ni.
    : Masa menonton semalam, airmata menitik laju tatkala Ustazah mengatakan mana tahu 1 hari dapat kendong anak sendiri di tapak tangan.. Syahdu terasa..
   : Tipulah kalau kata tak kecewa kan, sesiapa pun yang berkahwin di dunia ni mesti teringin cahayamata, tapi kami percaya ada hikmah untuk semua dugaan ini buat kami. Telinga dah mangli dengan pertanyaan ANAK buat kami, tapi pekakkan telinga jela, tak mampu menjawab hanya SENYUMAN dalam paksa kami berikan..






Homoseksual dimonopoli kaum Melayu???


Mengucap panjang pagi ni bila baca akhbar Utusan mengenai kes Homoseksual ini, adakah ini petanda dunia akhir zaman, Wallahualam dan sama-samalah kita berusaha untuk mengelakkan hal ini dari menjadi lebih serius. Jom kita baca petikan yang MJ copy dari UTUSAN ONLINE


Kredit : Google

Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

“Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatatkan jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu 47.7 peratus.

“Nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita juga telah naik tiga kali ganda apabila ia meningkat daripada 1.2 peratus pada 1990 menjadi 9.4 peratus pada 2000 dan 18.3 peratus pada 2010.

“Namun kita dapati, selain bilangan semakin meningkat di kalangan wanita yang menjadi isteri dan pasangan kepada penghidap HIV, golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki juga semakin ramai terdedah kepada epidemik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd. Zaman berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 penghidap, sejak virus ini mula dilaporkan di negara ini pada 1986.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 16,532 orang telah ‘naik’ ke peringkat fasa AIDS di mana 14,298 orang daripada mereka meninggal dunia akibat kurang daya tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk demam selesema.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.

Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.



SBPA - JPA, CEUPACS akan runding semula


Masa BAJET 2012 baru-baru ni, PM mengumumkan Sistem Baru iaitu SBPA (skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) bagi menggantikan Skim sedia ada dan bakal dilaksanakan pada Tahun Hadapan. Tetapi SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.



Keputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri pada Khamis, yang turut disertai pegawai tertinggi CUEPACS, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA.

Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan anggota CUEPACS di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Khamis sebaik selesai bertemu Perdana Menteri, Omar berkata Perdana Menteri mahu isu SBPA diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.

"Perdana Menteri berharap isu SBPA mesti dirundingkan bersama-sama antara JPA dan CUEPACS sehingga persetujuan bersama tercapai, barulah ia boleh dilaksanakan," katanya.

JPA dalam satu kenyataan pada Khamis mengesahkan akan mengadakan perbincangan itu bersama CUEPACS bagi membincangkan segala isu yang dibangkitkan.

Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah ketika dihubungi Bernama pada Khamis lepas berkata tempoh untuk menandatangani surat tawaran SBPA tidak akan dilanjutkan tetapi penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan.

Omar berkata CUEPACS tidak menolak sepenuhnya SBPA tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dipersetujui, ia terpaksa membangkitkan mengenai isu itu.


Omar berkata antara perkara lain yang kurang disenangi sesetengah penjawat awam adalah mengenai kenaikan gred serta isu gaji kerana ada yang mendakwa akan menerima kenaikan gaji yang terlalu kecil.

"Di bawah SBPA ini penambahbaikan gred tidak selaras. Ada gred yang ditambah baik, ada yang tidak. Dan kenapa ada kumpulan pekerja yang naik dan ada kumpulan yang tidak naik," kata beliau.

Sumber dari : BERNAMA

Jangan lupa layan Biar Mimpi Sampai ke Bintang di Astro


Gandingan MANTAP!! Itu yang MJ dapat simpulkan disini apabila 2 Pelakon muda berbakat besar iaitu Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri (Elfira Loy) bergandingan dengan pelakon dari Seberang, Indonesia Randy Pangalela dalam TELEMOVIE baru 'BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG'




Tak sabar nak layan movie tu malam ni di Astro Ria jam 9 malam :) MJ peminat Randy masa nengok dia berlakon cerita CINTA KIRANA dan CINTA MELODY hari tu... AWESOME...:)

Cara mendapatkan kembali ENTRY yang DELETE


Kalau korang perasan semalam kan MJ dok nanges sedih pasal entry yang terDELETE tu kan, dan MJ tanya camne nak dapatkan balik kalau kita dah delete tu kan..




1st of all, million thanks to my frenz ZURA ||Nafira|| kerana sudi membantu MJ, siap bagi link lagi :)
Dan terima kasih pada TEKNIK BUAT BLOG sebab membantu MJ ye..

MJ dah pun mencuba, semalam dok try buat dan rupanya tanpa kita sedari rupanya kita tau cuma kekadang kita ni terlupa dan tak perasan kan :)
 
 


Ni contoh entry percubaan dari MJ dan selepas tu MJ klik DELETE



Dan untuk mendapatkan semula entry yang kita TERDELETE tu,
klik CTRL H atau VIEW - HISTORY
carilah post tersebut seperti contoh di bawah




Kemudian kita COPY lah entry tersebut dan PASTE ke NEW POST, makanya ia akan ada kembali tanpa kita perlu menaip semula satu persatu..


Mudah kan.. :) Tapi MJ mintak maaf kalau ini bukan cara sebenar, dan manalah tahu kan kalau ada cara lain yang lebih sempurna, sudi-sudilah syer ye :-) Bagi MJ cara ni pun dah ok, sebab takyah serabut2 nak fikir untuk menaip semula entry baru, betul tak? :)



Bergambar di PELAMINan :)


Lepas perut kenyang makan, makanya aktiviti WAJIB seorang blogger tentulah bergambar kan, tapi MJ dari dulu lagi sebelum bergelar seorang blogger memang SUKA bergambar, ALBUM yang ada berbuku-buku dok tersimpan dalam kotak.. :) Bila dah zaman semakin canggih takdaknya p cuci lagi dah, semua gambar tersimpan elok dalam Lappy.. Mintak-mintak lah lappy sihat sentiasa, kalau sakit mau nanges MJ :-(


Nak kena p cari External Hard Disk lah, boleh simpan.. My Dad baru beli HD 500GB harga dalam RM300++, boleh la simpan duit sikit-sikit dari sekarang, dan boleh simpan berjuta-juta lemon gambar dalam tu..hehee





Ok sambung, yang ni percubaan dari en suami menangkap di sebalik tirai, tak sangka kreatip jugak suamiku..wahahaaa :)





Adehhh!! nape dalam ni cheq nampak ..., Oh adakah mungkin BAKAL PENGANTIN memakai kasut tinggi?? :) Takpun sanggul tu yang tinggi..heheeee (taknak ngaku lak)



Percubaan menukar warna baju mereka..heheee, dan jangan tak tau ada yang percaya ini baju persalinan :)



Bergambar kenangan kami-kami kaum wanita dengan mereka berdua :-)


Dan selepas itu...



Ha masa nilah pengantin lama verangan mengimbau kenangan 2 tahun lepas sewaktu pertunangan kami berdua dulu :)

Yela dulu masa kami bertunang mana lah ada pelamin-pelamin ni semua, en suami pun masa tu pakai baju kemeja je, mana nya pakai baju melayu bersamping segala :) Ni dah alang-alang berbaju melayu, jadi ambik peluang la kan :)


Tapi 2 keping je kitorang bergambar, segan jugak ma orang dok perati...heheeee :)

Dan sebelum nak balik tu, en suami sekali lagi mempraktikkan ilmu yang dipelajari :-)



Dah cun dah (pada mata MJ la), cuma mungkin jauh sangat kot..



Dah sampai rumah, bergambar sekali lagi, yela baju baru ma...wahahaaa


Dan inilah hantaran dari pihak perempuan, ada 7 dulang kesemuanya termasuklah Sireh Junjung, Sepasang baju melayu, al-Quran dan manisan.

Malam tu kitorang jenjalan iaitu ke Wakaf Che Yeh, risau jugaklah kalau hujan tapi alhamdulillah sesampainya kami ke sana tak hujan :) Tapi MJ takdelah membeli apa sangat pun, saja mencuci mata je (Padahal gaji 2 2 orang tak masuk lagi tu sebab nak membeli pun takdak mood, heheee)


Tolong!! Kalau terdelete entry boleh dikembalikan tak??


Adehhh geram betulla, macam mana nie??
Yang sebenarnya semalam MJ ada masukkan beberapa keping gambar untuk dipublish petang ni,
tapi TANPA SENGAJA MJ terTEKAN DELETE POST tersebut


Korang tau tak macam mana nak dapatkan balik yang kita deletu tu??
Ada cara tak??
Harap ada yang sudi bantu.. :)



Mood sedih macam baby ni :D




ILMU untuk diKONGSI




Dikatakan:-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.



Bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-


۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.


۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'


Seterusnya, pesanan untuk diri kita semua:-


۞ Jangan kita malas dan mengalah. Ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal
terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti.

۞ Jangan kita suka menabur fitnah. Kerana ia amat dimurkai Allah dan akan hanya
menambahkan dosa.

۞ Jangan terlalu taksub dengan sesuatu sehingga ketaksuban itu menjauhkan diri kita dari Allah.

۞ Jangan suka menaruh prasangka kerana ia akan membuat diri kita lebih menderita.

۞ Jangan memberi kutukan yang menjatuhkan tetapi berilah kritikan yang membina.

۞ Jangan lupa sebar-sebarkan info ini untuk kebaikan kita sesama insan.




Selamat Bertunang kepada Adik Ipar Ku


Entry ini adalah sambungan Misi Bakal Dilaksanakan setelah perbincangan selesai, upacara sarung menyarung cincin pulak ye.. Jom layan beberapa keping gambar kat bawah nie ye :)

Warna TEMA Pertunangan - MERAH :)




Bakal Pengantin keluar dari bilik dan bersalam-salaman dengan TETAMU yang hadir (kami la tu, heheee)



Duduk di Pelamin yang dihias INDAH..
Selamat Bertunang buat Bakal Adik Iparku..
dan Selamat Bakal Menjadi sebahagian dari keluarga Mertua MJ ye :-)



MIL tengah menyarungkan cincin buat BAKAL MENANTU :-)



Dan MJ lak tolong pegang dulang cincin untuk diserahkan kepada MIL :-)
MJ mintak SIL yang pegang tapi dia segan jadi MJ lah yang tolong :)

Oh ya, belakang MJ dengan pakaian serba merah tu lah kedua-dua Ibu Bapa Pihak Perempuan.



Bergambar dulu sebagai kenangan :)


Dan lepas tu Upacara menyarung cincin kepada Pihak Lelaki
Ayah kepada si Gadis menyarungkan Cincin ke jari Teruna ;)
Inilah adik lelaki kepada en suami :)




Bergambar bersama-sama keluarga mertua MJ :)



Bergambar bersama Ibu Gadis dan Ibu Teruna, heheee



Hantaran dari kedua-dua belah pihak
MERAH vs GOLD :)

Lepas selesai sarung cincin ni kami dijemput oleh keluarga perempuan untuk menjamu selera.
Wahhh!! Pucuk dicita Ulam Mendatang, memang lapo sesangat masa nie,
yela kitorang sampai Klate dah petang, tak singgah pun mana-mana untuk Lunch..

Jadi kitorang makan dulu, dah kenyang sambung bergambar balik :-)
Baru syiok nak poyo2 perasan atas pelamin dan masa tulah
'Pengantin Lama' pun mula verangan imbau kenangan 2 tahun lalu masa majlis pertunangan kami :)


p/s : Hidangan SOLOK LADA hari tu memang mabeles,  MJ dengan  muka tebal ambik lebih, sedap beb, rugi kalau makan sikit kan... wahahahaaa



Burger King Promotions | RM 1 Burger with Purchase


Harap-harap promotion ni tak kena tarik la macam KFC baru-baru ni,
tak sempat nak redeen tetiba kupon tersebut dibatalkan..
Sedih oooo sebab peluang tak dapat nak rebut :)

Ok pada peminat Beger King, jom serbu,
Beli mana-mana set boleh dapat Beger ni dengan harga
RM 1.00



Kalau kat Penang ni Burger King ada kat Jelutong :-)
MJ ada cerita di entry SINI


Misi Bakal dilaksanakan | Part 2


Sambungan dari Misi Part 1 memang kitorang punya HAJAT BESAR ialah meminang :-) Ramai yang meneka dengan betul tapi maaflah tiada hadiah disediakan ye :) Terima kasih sebab sudi meneka..

Sesampai kami dirumah penginapan tersebut, terus cepat-cepat hias apa yang patut dengan barangan hantaran, yela perjalanan jauh kan, kami pulak dah lewat itu yang kena cepat sebab majlis hampir bermula ;)






Masing-masing menyusun dan menghias apa yang patut :-) MJ pun sibuk gak masa nie, sibuk dok iron baju :)





Ok dah siap, MJ dengan MIL dan SIL, sempat lagi kitorang bergambar dulu sebelum gerak :)
Kesian MIL tak sempat nak bersedia, tapi kitorang kira candid je sebab yang lain dah nak gerak..



Ok dah sampai, MJ pegang dulang cincin masa nak ke rumah pihak perempuan,
MIL yang suruh bawakkan.. Mengikut adat orang Melaka kena letakkan duit pada dulang cincin tu..
(Diorang ni Melaka + Kelantan)





Ok upacara pun bermula dengan pihak kami membuka bicara :) Nasib baik takdak pantun segala, kalau tidak jenuh kami nak membalasnya :)



Setelah selesai berbincang, kata putus telah dibuat dan alhamdulillah kedua-dua belah pihak telah bersetuju, tunggu masa untuk dilangsungkan je.

Lepas perbincangan ni, acara sarung menyarung cincin pula dibuat :) Jadi sambungan di next entry la ye, rasa panjang lak entry ni :)



Labels

Adat Perkahwinan India (1) adik kemalangan (5) Agar-agar Milo (1) Ais Kacang Maklom (1) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Goreng sedap (2) aiskrim kek (14) Akademi Fantasia (3) aksi terlampau (12) Alamat Jalil Coconut Shake (1) Alamat Nasi Arab di Bandar Perda (1) Almari MJ (1) Ana Rafali dan Suami (1) Anak anugerah Allah (1) Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (1) Angin dalam Badan (1) angry bird (2) anime (2) Anne Ngasri (2) Anniversary (9) Apom Polkadot (2) Asam Gelugor aka Asam Keping (1) ASB (1) Ashraf Muslim (1) Assignment (1) astro (2) Asyraf Muslin dan Wan Sakinah (1) Avon (10) Ayam Dendeng (2) ayam goreng rempah (2) Ayam Percik (1) Azza Elite (2) Bahaya Cyst (1) Bahtera Nabi NUH (1) BAJET 2012 (5) Baju Pengantin Diana Amir (1) baju tunang (1) balotelli (1) Banjir Kilat di Cameron Highland (1) Batik Pants (1) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bayaran Balik Pinjaman (1) BE nuffnang (42) beauty Umaira (1) Bedak Arab KokuRyu (2) Bedak Miyami (2) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Beef Lasagna Cheese (3) Bekam adalah Sunnah (2) Belajar secara Sidang Video (1) Ben Ashaari (3) Bencana Alam (1) Bercuti di Melaka (1) Berita Sensasi (3) berita terkini (2) Birthday Suami (9) Blogger Kelantan (1) blogger Kuala Lumpur (11) Blogger Perak (1) Blogger Utara (8) bolasepak (1) bomoh VIP penipu (1) bonus (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Borang BR1M online (1) borong.com.my (3) buku denaihati (1) Bunga Pandan (1) Burger Bakar (1) Burger Besar (1) Burger King (5) Burger King Penang (2) Burger KOMTAR (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) Butter Prawn sedap (2) Cable Car Langkawi (1) Cameron Highland (17) Candy Crush Saga (1) cantik (82) car loan (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Dekorasi Bajet (1) cara membawa masuk barang ke malaysia (2) Cara Membuat Burger (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) cara mengira cukai (2) Cara menguji Personaliti (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara mudah nak lipat baju (1) Cara Solat (1) Cara ubati Denggi (1) Cashout Nuffnang (2) Celebrate Birthday (13) Celoteh MJ (130) Cendol Maklom (1) Cendol sedap (1) ceramah (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (1) Cheezy Magik (1) Cheque Exabytes (2) Cheque HOT FM (1) Cheque Nuffnang (4) Chicken Chop (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) churpchurp (15) Ciptaan Allah SWT (2) COACH For Sale (1) Coconut Shake (3) coklat (2) Coklat Crepe (1) contest (32) CoQ Health Plus Shaklee (1) Cover Samsung USAMS (1) CPUV Earning (11) CPUV Nuffnang (11) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) cukai kastam (3) Cuti-Cuti Malaysia (9) CY 2000 (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) dalam negara (9) De Pauh Garden (1) Dejavu di Kinabalu (2) Demam Denggi (1) Denaihati (28) Diana Amir dan Suami (1) Diskaun PTPTN 10% (1) Dividen ASB (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) drama (2) drama Melayu (2) duit malaysia (1) dunia artis (59) duti import (2) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Emperial Horse Wallet (1) endorscope (6) Ephyra membantu untuk Hamil (1) Ephyra meningkatkan kesuburan (1) EURO 2012 (1) Exabytes (1) Exam USM (15) External Hard Disk (1) Eyriqazz vs Denaihati (1) Facebook Fanpage (2) Fadilat Bulan Rejab (1) Family Day (4) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fesyen (23) Filem Ombak Rindu (1) Firas (28) Fizo Mawar bersanding (1) Followers (15) free sample (1) Fridge Magnet (15) Fridge Magnet Oversea (1) Frozen Food (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Faizal Ismail (1) Gambar Fara Fauzana (1) Gambar Pelik (1) games (3) Gaviscon Advance (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) GiveAway (95) GST (1) GUESS (4) hadiah (65) Hadiah Anniversary (5) Hadiah Birthday (6) Hadiah Contest 2013 (13) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Hadiah Wang Tunai (10) Haiwan Pelik (1) Handbag COACH (2) Handmade Frame (1) happy (43) Happy Anniversary (5) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hari Raya Puasa (39) Header Baru (4) Header Raya (1) heartbeat (10) Henna Mehendi (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) HomeMade Aiskrim (2) HomeMade Burger (2) Homemade Burger Bakar (3) HomeMade Nasi Arab (1) Homestay Murah di Melaka (1) Homoseksual (2) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet (2) Hotel Bajet/Hotel Murah (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Hukum Menyebut OMG (1) Ibadah Korban (1) ibadah puasa (5) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Masin (2) Ikan Terubuk Percik (1) Ilhan (9) ilusi optik (2) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Indonesia (1) Info (3) iniesta (1) iPhone 5 Contest (2) iPhone 5 Gadget Impian (7) IQ (5) Irma Hasmie (3) Irma Hasmie Mengandung (2) islam (17) Islam Agamaku (19) isu agama (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Konsert Mania (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) JAKIM (1) Jalan Masjid India (1) jalan-jalan (19) Jalil Coconut Shake (2) Jalil Coconut Shake Bandar Perda (1) jamuan raya (5) Jangkaan Kiamat (1) Jemputan ke Rumah Terbuka (3) Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jeruk Buah Penang (2) Join Contest (74) juadah berbuka (6) Jualan Penghabisan Stok (2) Juara bola sepak EURO (1) Jumpa Blogger (6) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) kad raya (8) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) kamera (9) Kami di Lumut (1) kapal karam (1) Karnival Kerjaya (1) kartun (2) Kasut Baru (2) Kasut Le Sandae Zalora (1) Katil MJ (1) KBC Rantau Panjang (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kebaikan Lecithin (1) Kebaikan Omega Guard Shaklee (3) Kedah Darul Aman (3) Kedai Kacang Bagan (1) Kegunaan Basic H Shaklee (1) Kegunaan Duit Nuffnang (1) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Keistimewaan ESP (2) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kejutan di Hari Lahir (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kek Lapis Sarawak (2) kekabu (1) kelakar (17) Kelantan (8) Kelebihan Al Quran (2) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Bulan Rejab (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (4) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan Vitamin C Shaklee (2) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kementerian Kesihatan (2) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) kenangan (8) Kenangan di tahun 2013 (1) kencing tikus (1) Kenduri (9) Kenduri Doa Selamat (2) kenduri kawen (25) Kenduri Kesyukuran (2) keputusan GA (26) keputusan Peperiksaan (3) Keputusan PRU13 (1) keputusan SPM (2) Kerabu Sotong (1) keracunan (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kereta yang Diubahsuai (2) kes bunuh (3) KeyChain (1) khalifah ganti superman (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Nenas Batu (2) Khasiat Nestle Bliss (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (1) khulafa ar rasyidin (3) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Kisah Kereta MJ (1) kisah tauladan (10) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Carlo RINO (3) Konsert Mania (1) kontroversi (1) Konvo USM (4) Konvo USM ke 48 (2) kotak sembang (2) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) kuih raya (7) kupon (10) kupon KFC (6) Kursus Intensif USM (3) Ladang Teh Boh Sg Palas (1) Laksa Janggus (1) layan (126) Lecithin Shaklee (3) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (2) Lisa Surihani (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) Lost World of Tambun (4) luar negara (5) lucu (15) lukisan termahal didunia (1) Lumut (5) M'c Donalds (5) Macarons (1) Machu Pichu (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makan Sedap (57) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (1) Makaroni Baked Cheese (1) Maksud PJJ (2) Mandi di Private Pool (1) Mandi Wap (1) Masakan Pasta (1) mascara (1) masjid (1) masker wajah (2) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Mayang Mengurai (1) Maybank ATM Card (1) ME Nuffnang (15) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Meatball IKEA (3) Mee Sotong Padang Kota (1) Mee Sotong sedap (3) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (1) Mee Udang Special (1) Mega Giveaway Celoteh MJ (2) Melaka (1) melaleuca (1) Menang GA (63) Menu Barbeque BBQ (2) Menu Berbuka Puasa (3) Menu di Victoria Station (1) Menu Diet Atkin (3) Menu Hari Raya (6) Menu Rumah Terbuka (2) Menu Sarapan (1) mesir (1) MH370 MAS Hilang (3) Mineral Coffee Hai-O (1) Misteri Villa Nabila (1) movie (1) Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (1) mukjizat (3) Murtabak Telur (1) Mushroom Sup Pizza Hut (1) mutiara kata (3) My Best Moment (2) my birthday (10) My Graduation (1) My Koleksi (1) My Mum (1) Nabi Adam a.s (1) Nan Cheese Meleleh (1) Nasi Arab Al-Bayt (1) Nasi Arab Bandar Perda (2) nasihat (19) Nasihat Suami Isteri (2) negara yang bertanding dalam EURO (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nikah Kawen (19) Nikon D90 (12) nuffnang (53) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Omega Guard Shaklee (3) Omega Gurad Shaklee (3) on9 visitor (27) online (9) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Oreo CheeseCake (3) Original Handbag COACH (1) Ostematrix Shaklee (3) ovarian cysts (7) Panasonic Viera (1) Panggilan Palsu (2) Panorama TV1 (1) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Besar Siti Khadijah (1) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Pathlab Penang (1) Pati Ikan Haruan (1) Pegangan (17) Pekeliling 2012 (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Peluang Kerjaya (1) pemenang (49) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Penetapan Gaji Minimum (1) pengalaman (13) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Pengalaman HSG Test (2) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pengumuman (37) penipuan (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Perak (4) peraturan dan undang undang kerajaan (2) Percutian Kami (2) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (3) Perfume Burberry (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (4) permit import (2) Pernikahan Anne Ngasri (1) Pernikahan Artis Malaysia (1) Perodua Alza (4) pertunanganku (2) pesakit (19) Petaling Jaya (1) petua (12) Petua ubati batuk (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) photography (1) picaso (1) PilihanRaya (1) Pisau Magik (2) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Pizza Hut Promotion (8) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) PJJ di USM Penang (14) Popcorn Ayam (1) Popia Milo (3) Popia Nestum (3) Portable Power Bank (12) Potluck (3) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 2800mAh (1) Power Bank 8000mAh (2) PRADA (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Produk Shaklee (23) Program Affiliate AssignJobs (1) Program Realiti TV3 (1) promosi hebat (26) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Proton Terbaru (1) PTPTN Info (2) Puasa Ramadhan (6) Pulau Beras Basah (1) Pulau Langkawi (9) Pulau Pinang (20) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Pelancongan (31) Pusat Peranginan di Malaysia (1) Qi Razali dan Nelydia Senrose (1) Quran (2) Ramalan Kiamat (1) Rantai Tangan Hilang (1) Rashidun Caliph Conference 2014 (1) Rawang Burger Bakar (2) Rawatan Kesuburan MJ (6) Rebat Bil Elektrik (1) Rekod Baru (3) Rempah Nasi Arab (1) rempah sauna (1) Renungan Bersama (1) Resepi (29) Resepi Aiskrim (2) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Mudah (1) Resepi Ayam Sedap (2) Resepi Burger sedap (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Juadah Berbuka (6) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Lasagna Atkin (1) Resepi Lasagna Telur (1) Resepi Mudah dan Sedap (1) Resepi Mushroom Sup sedap (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Popia Goreng (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (2) Resepi Puding Triffle (4) Resepi Roti (2) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sotong Kangkung (1) Resepi Spagethi mudah (2) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resipi (8) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) review blog (7) Review Ephyra (3) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) rumah tangga (20) Rumahku Syurgaku (1) rusuhan (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Salak Denai Chalet (4) sale (9) Saloma Bistro Kuala Lumpur (1) Saman Hadlaju (1) santai (2) Sarawak (1) SBPA (4) Scha dan Awal (1) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) sedap (22) sedih (21) Segmen Eyriqazz (1) Sejarah Komputer (1) seksi (1) Semanis Kurma TV9 (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Seminar Wordpress (3) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) senarai peserta (20) Sepanyol vs Itali (1) Sepetang Bersama Blogger (5) Set Berpantang Shaklee (1) Set BUASIR (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Set Menyusu Shaklee (2) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Siapa perlukan ESP (2) Side Income (2) sihat (15) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL (1) Simply Siti (1) simulator (1) Singapura (1) Sinopsis Bukan Bidadari (2) sinopsis KHILAF (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Slot Lestary TV3 (2) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Sooft Book Washable for children (1) sosilawati (1) Sotong Kangkung (1) SPA (3) Spagethi Meatball sedap (2) Steamboat dan Yong Taufu murah (1) Stokin Kaki Scholl (1) Stokin Scholl Sleeping (1) Strawberry Cheese Cake (2) Strawberry Park Resort (6) suami isteri (30) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) sunnah wal jamaah (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Surprise Birthday (1) Susu Kambing sedap (1) SX150 IS (2) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) syiah (2) Taj Mahal (1) tan sri ali hashim (1) Tanda menghidapai Cyst (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Pesta (1) Tarikh mengundi PRU13 (3) Tasik Dayang Bunting (1) teka-teki (15) teknik- teknik fotografi (1) Telefilem KHILAF TV1 (1) temuduga (2) Tepung Magik (1) terima kasih (116) Testimoni Basic H Shaklee (1) Testimoni Ephyra (3) Testimoni ESP (2) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni Shaklee (1) Testimoni Vivix (3) Testimoni Zalora (1) ThePopLook (5) Tiket Wayang Free (3) Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak (1) tips (14) Tips buat suami isteri (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tips pemilihan Tudung (2) Tips Rumah Tangga (1) Tiram Goreng Tepung (1) titanic 2 (1) Tonsil Bengkak (1) top komen (10) Triple Stemcell (1) Trying To Conceive (6) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Chiffon 3 Layer (4) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) tutorial (10) Tutti Frutti (2) Twitter (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Update Bloglist (1) USM Penang (22) Ustaz Ahar Idrus (4) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Vibrance Kegel Device (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) video (9) Wallet (5) Wang Kelian (1) wang kertas siri baharu (1) Watie Elite (1) Wordless Wednesday (35) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Yusry KRU (1) Zalora Malaysia (1) Zinc Complex Shaklee (1) zuriat (2)