Jika berminat boleh email normj1001@hotmail.com (lowercase)

Korang Vote MJ, HADIAH akan diberikan ~)


Ini Entry yang akan terus melekat sehingga 31 Jan 2012
(Nak baca entry baru bawah ye..TQ)


Memandangkan MJ akan cuti berblog selama hampir sebulan,
dan disebabkan taknak blog ini sunyi je kan..heheee
MJ pun nak meminta bantuan dari rakan-rakan semua,
terutama yang ada akaun FACEBOOK tu untuk sama-sama membantu MJ.



Jom tengok syarat-syaratnya
1. Tak perlu buat entry, tapi kalau rajin nak buat sangat-sangatlah dialu-alukan
2. Perlu ada akaun Facebook ye untuk mengundi
3. Korang perlu klik link ni https://apps.facebook.com/boniavalentine/?share=276694f128094ba57c7.46496071
4. Klik Log in, Allow dan Like
5. Dah like sila tinggalkan URL korang (contoh~ http://normj1001.blogspot.com/) berserta ID FB korang (FB~Nor Myra) di ruangan komen ENTRY INI SAHAJA.


HADIAHNYA
1. TEMPAT PERTAMA sehingga TEMPAT KETIGA akan menerima hadiah WANG TUNAI/TOPUP RM 10.00 setiap seorang.
2. TEMPAT KEEMPAT sehingga KESEPULUH akan menerima hadiah WANG TUNAI/TOPUP RM 5.00 setiap seorang.
3. Bermakna 10 PEMENANG bertuah yang akan membawa pulang WANG TUNAI/TOPUP tersebut.


Pada yang dah vote sebelum ni, boleh juga tinggalkan di komen entry INI ye :) TERIMA KASIH buat semua yang sudi membantu MJ :)


kasut dan selipar yang pelik


kasut merupakan kegunaan kita seharian apabila berada diluar. boleh dikatakan zaman sekarang ni xde la yang kluar rumah x pakai kasut. oleh kerana itu, ramai pereka kasut mencipta rekaan kasut yang lain daripada yang lain. dan ada diantara kelaian itu, ada yang cantik, menawan dan pelik. jom kita tengok kasut - kasut yang pelik dan menarik yang direka oleh pereka kasut


1. Kasut bentuk mulut.
Agak- agak ada ke yang sanggup masukkan kaki kedalam kasut ni?









2. Selipar keyboard 
kasut ni sesuai dipakai oleh orang yang minat computer.





3. Selipar LED
yang ni ciptaan yang kreatif. kalau anda rasa takut untuk keluar ke bilik air malam - malam. boleh la 'menerangi' bilik air tu:)






4. Selipar Star Wars
 Kepada die hard fan star wars boleh la mendapatkan selipar ni. 2 pasang selipar, satu kepala yoda dan satu lagi kepala darth vader





5.Selipar trolling bag
Ha, yang ni kepada shoppeholic boleh pakai kasut ni.




6. Kasut kaki kambing
kalau dulu orang tua sering berkata, kalau x pakai kasut kita tu ber'kaki ayam'. tapi kalau kita pakai kasut ni, kita berkaki kambing le jawabnya. erk...




7. Selipar tikus
yang ni saya xmau cakap banyak le.kalau anda berani pakai ni, maksudnya anda memang seorang yang berani xpun pngotor kut




Mr Jay: apaun selipar jepun le yg paling famous. leh kata semua org pakai kat rumah:)

Titanic 2 trailer


Korang pernah tengok filem Titanic x? Rasanya kebanyakan dari kita pernah menonton filem Titanic. masa tu nama leornardo di kopi o ngan kate winslet tengah meletup dan meningkat naik. filem tu memegang rekod kutipan box office terbanyak dalam sejarah.  ni le kesinambungan ceritanya....



Opss..... sori nak bagitau sebenarnya trailer tu fake!!! mungkin juga ramai yang dah tau. sebenarnya trailer ni dah lama kluar kat youtube. fan yang computer geek yg wat sempena april fool. walaupun fake tapi melihatkan kecanggihan video dibuat dan jalan cerita yang menarik, ramai yang mahukan ia dibuat sebagai cerita sebenar:) saya secara peribadinya pun teringin nak lihat kalau trailer ni dihasilkan menjadi filem yang sebenar


P/S: sebenarnya posting ni saya iaitu Hubby puan MJ yang buat. Puan MJ skarang tngah pening kepala dok study kat USM:-) doakan le kejayaan dia ye. amin. terima kasih kepada rakan - rakan bloger celoteh MJ yang sudi datang menjengah dan mintak maaf kalau x sempat menjengah ke blog lain pada masa ni.
All the best to us all. Insyaallah

10 mak nyah terbuka hati tunai umrah

 gambar sekadar hiasan


IPOH: Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.

Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.

“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.

“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.


Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.

Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.

Zubir berkata, mereka mengumpul seramai mungkin peserta menerusi program umrah itu.

“Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan,” katanya.

Sumber: Harian Metro



Mr Jay: Hmm, baguslah ada keinginan untuk berubah. kita doakan smoga ramai lagi yang masih dalam 'kegelapan' agar insaf dan berubah. amin




Apom Polka- Buat Pemenang GA


Update Laju-laju

Pertama sekali berjuta-juta kemaafan dipohon terutamanya kepada 3 pemenang GA MJ yang lalu..
Maaf sebab lambat sangat nak pos kan hadiah kemenangan buat korang,
disebabkan faktor kekangan masa + nak bajet kuih ni selamat diposkan
 ke tangan korang dalam minggu yang sama.
Dan alhamdulillah akhirnya berjaya selesaikan hutang hadiah :-)
Bolehlah nak jawab exam dengan hati yang gumbira...
lalalalalaaa


Kuih ni telah selamat dipos pada hari RABU (25/01/2012)



Kepada NISSA GREENPANDA, CIK MAI dan JOEL LESLIE,
Mudah-mudahan kuih ini selamat sampai,
nanti update MJ ye.

Dan Tolong Doakan semoga MJ dapat menjawab exam dengan tenang dan mudah ye kawan-kawan
TERIMA KASIH :-)



                                               

P/S :

Harap sudi-sudilah klik banner sebelah ni ye untuk menyumbangkan 1 Vote buat MJ, MJ nak sangat tercalon dalam TOP 3 untuk dapat hadiah dari BONIA :)

Impian MJ nak menangi hadiah percutian ke Bali, harap dapat direalisasikan dengan bantuan dari kawan-kawan :)


Ada hadiah buat korang yang tolong vote iaitu CASH/TOPUP.




MJ akan berCUTI dari berBLOG


Kepada semua rakan yang sudi berkunjung di blog ini, adalah dimaklumkan bahawa MJ akan berhenti sementara dari berblog (bukan pergi bercuti di luar negara apatah lagi dalam negara tau) tapi demi menumpukan perhatian pada peperiksaan yang bakal berlangsung pada 30 Jan 2012 ~ 10 Feb 2012.




Blog merupakan nadi buat MJ, sehari kalau tak ngadap blog rasa macam tak lengkap je, tak taulah berjaya ke tak nak berhenti buat sementara ni. Tapi demi masa depan MJ, pengorbanan diperlukan, lagipun sekarang sudah di Tahun 3 pengajian, insyaAllah lagi setahun akan tamatlah pengajian secara PJJ nie. Alhamdulillah berjaya harungi dalam 2 tahun pengajian sebelum ni.

MJ rasa PERLU untuk sementara mengurangkan aktiviti dengan berblog ni, Nak tau SEBAB pe?? Sebabnya untuk exam akan datang ni MJ BELUM bersedia sepenuhnya, Kalau 2 tahun sebelum ni MJ leka TAPI untuk 2 tahun terakhir pengajian MJ perlu fokus. Sebelum ni semua nota disuap oleh pensyarah, tapi kali ni semua kena usaha sendiri. Rasanya sempat kot seminggu lebih ni untuk MJ memberi fokus sepenuhnya pada pelajaran sebelum peperiksaan menghampiri.





Sebenarnya, kekadang tu rasa letih sangat dalam mengharungi tanggungjawab sebagai pelajar PJJ ni tau, mana dengan komitmen dengan kerja di opis, komitmen terhadap assignment lagi, pada family, dan macam-macam lagi tapi hanya kekuatan mental dapat mengharunginya dengan sempurna, harap tidak terkandas di tengah jalan, InsyaAllah..

Dalam tempoh cuti dari berblog, hanya sesekali akan ada entry dan mungkin tak ada entry bergantung pada keadaan. Dalam tempoh tersebut juga MJ akan mengurangkan aktiviti 'blogwalking', mungkin hanya 2-3 blog sahaja akan masuk dan mungkin tiada, itu semua bergantung dengan keadaan jugak ye.

Kalau ada kengkawan yang sudi singgah dan memberi komen, segala komen hanya akan dibalas selepas 10 FEB 2012, hampir SEBULAN jugaklah blog ini akan kesunyian..huuhuhhuuu.. Jangan ada yang rindu tau, hikhikhik, tapi yang pastinya MJ akan merindui blog dan juga kawan-kawan semua..


Dan korang jangan lupa untuk VOTE MJ tau :)
Ada hadiah Wang Tunai/TOPUP


Doakan kejayaan MJ dalam mengharungi peperiksaan nanti ye kawan-kawan dan jangan lupa untuk LIKE CONTEST MJ sama ye.. :) Kalau ada rakan-rakan yang join CONTEST ni jugak boleh drop kat FB MJ link tersebut dan MJ akan bantu menyumbangkan 1 klik :)
TERIMA KASIH ye..



Salam sayang,
MJ ^_*


Minta Tolong Vote!! BONIA Contest

MJ nak minta jasa baik kawan-kawan untuk tolong vote gambaq ni ye.
Join secara suka-suka, mana tau ada rezeki untuk kami celebrate Anniversary
dengan hadiah percutian ni ke kan..heheee



Klik Banner untuk undi (LIKE) ye :)
Contest ditaja oleh BONIA


Lagi banyak korang syer dan undi, lagi tinggi peluang MJ untuk menang :)
Thank you in advance, jangan lupa klik link bawah ni ye








Celebrate Anniversary @ Swensen's


Masih lagi nak cerita pasal sambutan Anniversary ke 2 kami (ada blogger salah faham ingat 1st Anniversary, its ok..) tapi citer ni part last tau, kira penutup sambutan Anniversary kami lah ye :)




Malam tu en suami bawak keluar makan-makan (memang selalu pun dok keluaq makan berdua) heeee tapi ni lain sikit almaklumlah hari spesel kan :)




Candid dari en suami, heheee, sempat lagi tu.. Masa ni dok menunggu order sampai, perut pun dok nyanyi dangdut ha.. :)





Kami terjah Swensen's Autocity, Juru untuk celebrate. Sekali sekala meleburkan $$$, apala salahkan, heheee kalau selalu mau bangkrup poket ;)




Ni order dari en Suami, Chicken Breaded Meurine RM 17.90



Air peberet MJ, Chocolate Blended apa ntah nama nya, RM 13.90



Ha ni MJ punya, 1st time makan set ni, sedap giler, apa ntah chicken nama dia..
Healthier food RM 17.90



Jemput makan ye kawan2, memang sedap dan berpuas hati ;)




Pada sesiapa yang belum pernah makan lagi si Swensen,
nanti boleh la mana tau nak celebrate ke apa ke kan..
Total semua kami makan malam tu


RM 73.80 (okla kan)






P/S :
  • Harap sudi-sudilah klik banner sebelah ni ye untuk menyumbangkan 1 Vote buat MJ, mana tau tercalon dalam TOP 3 untuk dapat hadiah :)
  • Kalau kata MJ tercalon dan terpilih, ada hadiah buat korang yang tolong vote, buat masa ni harapkan undian dulu la ye.
  • Kalau tak terpilih, cuma ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga atas kesudian korang bagi memeriahkan CONTEST tersebut. Takpe kot kan :)



FM dari rakan blogger


Adehhhh, baru nak publish ropanya, tersekat dalam draft kemain lama lagi..
Maaf ye pada tuan pengantar :-)

2 hadiah aka FM sampai serentak :-)



Exchange FM dengan Sis Amiey Lee
FM Melaka
Sama-sama doakan moga Abah Sis Amiey cepat sembuh..



FM PD dari Huda



Dah siap hias di peti ais :) Terima kasih ye, cantik!! :)


Dah nak melorot ke bawah ha semua FM kat Fridge,
nampaknya nak kena cari alternatif untuk lekatkan FM:)

Oreo CheeseCake Sempena Anniversary


Masih lagi mengenai sambutan Aniiversary kami, lepas korang dah tengok Majlis Nikah, Persalinan, Hadiah dan kini Kek pulak ye :) Tak lengkap rasanya sesuatu peristiwa bersejarah tanpa kek kan.:)


Kek ini buatan sendiri tau, dah lama ambik resepi, dah lama nak buat dan akhirnya buat PERTAMA KALINYA berjaya jugak buat, resepi ni ambik sejibik sebulat dari blogger MAMATISYA
Cuma rupa kurang la dari yang MamaTisya buat tu, tapi rasanya tak lari tau, sedap mmuahhh mmuaahhh :)



Kek baru keluar dari Fridge, dah ready untuk celebrate :-)


Dah nama Anniversary, wajiblah bergambar berdua kan :)



1,2,3 tiupppppp :)


Nampak tak ketidak kemasan kek ku.. wahahaa,
almaklumlah tangan keras yang nak menghasilkannya :)


Berposing dulu sebelum tiup lilin (Alamak!! tak ikut turn pulak)



Kami sambut berempat je, adik bongsu MJ sebagai jurukamera.
Abah keje Aloq Setaq, Adik Pompuan Study kat Jitra, sorang lagi keje dan sorang lagi ikut suami dok Lumut. Tapi walau berempat tetap meriah :)



Bermulalah upacara memotong kek, sampai terpejam mata punya asyik nak potong kek tu..heheee


Nyummy Nyummy, jemput lihat ye semua..heheee



Aktiviti WAJIB, suap meyuap sesama sendiri.. :)


Dan lepas tu en suami bagi hadiah pulak...
heheee suka tau, walau hadiahnya tak seberapa, tapi dengan keikhlasan hati ianya jadi berharga tau :)

Love U too my dear...mmuuaahhh mmuaaahhh


 




Panggilan Temuduga SPA





Alhamdulillah setelah setahun rasanya baru dapat panggilan semula GOMEN ni. Termasuk panggilan ni rasanya dah 5kali kot MJ p intebiu under SPA tapi belum ada rezeki. 1 pun tak penah lekat, GAGAL je selalu keputusannya, tapi atas semangat yang membara, permintaan haruslah diteruskan..hehee :)


Kawan-kawan, tolong doakan MJ ye, walaupun tarikhnya lambat lagi, at least boleh bersedia awal (bersedia lah sangat..heee). Pada kawan-kawan yang dah keje GOMEN ni ada tip tak untuk pas intebiu??


Kalau sebelum ni GRED untuk jawatan ni W27 sistem baru kot jadi WK3-1



Barangan HeartBeat sempena Anniversary


Untuk Anniversary kami, MJ memikirkan sesuatu yang akan menjadi kenangan seumur hidup iaitu yang tak lekang dek hujan tak lapuk dek masa, MJ nak ianya dapat dilihat oleh anak cucu cicit piut dan seterusnya.

Jadi MJ hanya terfikirkan barangan dari HeartBeat yang mempunyai pelbagai rupa dan bentuk selain cantik dipandang :) Dah 2 tahun berturut-turut Anniversary MJ order dari HeartBeat dan tak mustahil ianya akan berterusan untuk ke tahun seterusnya :)


Bawah ni ada beberapa keping aksi potogediks kami bersama HeartBeat, korang jangan nyampah ye...heheee



Ya, inilah hadiah Anniversary kami, bukan henpon mahal atau kamera mahal atau laptop mahal..
Semua tu akan rosak jua nanti, tapi ini takkan rosak tau :)


Tak cukup gambar sorang-sorang, ajak en suami join sekali..
Kitorang guna self-timer :)



 Memula MJ order untuk kak Has (Pemenang Top Komen),
bila draft tersebut siap MJ lak berkenan terus order untuk diri sendiri :)


 
Yang kiri tu masa 1st Anniversary, kecik comel je bila dok bersebelahan ha :)
2 2 barang order dari HeartBeat



Ok dah tersusun atas almari di rumah sebagai hiasan.. :)

Kalau korang nak order boleh klik SINI ye, ada pelbagai pilihan hadiah menarik ;)



Calon TOP 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH)


Berikut adalah senarai Calon TOP 5 yang akan bertanding bagi kategori-kategori tertentu seterusnya merebut gelaran POPULAR bagi ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011. Jom kita tengok siapakah calon-calon bertuah tersebut.




Penyampai Radio Lelaki                                           Penyampai Radio Wanita :
1. Aznil Hj Nawawi                                                       1. Fara Fauzana
2. Faizal Hussein                                                           2. Linda Onn                                 
3. AG                                                                           3. Sharifah Shahirah
4. Halim Othman                                                           4. Raja Azura
5. Khairil Rashid                                                            5. Abby Fana

Pengacara TV Lelaki                                                 Pengacara TV Wanita
1. Aznil Hj Nawawi                                                       1. Fara Fauzana
2. Faizal Hussein                                                          2. Cheryl Samad
3. Awal Ashari                                                              3. Sharifah Shahirah
4. Zizan Raja Lawak                                                      4. Raja Azura
5. Ally Iskandar                                                             5. Nurul Syuhada

Pelakon Filem Lelaki                                                 Pelakon Filem Wanita
1. Aaron Aziz                                                               1. Diana Danielle
2. Adi Putra                                                                  2. Siti Shahrizah (EJA)
3. Bront Palarae                                                            3. Lisa Surihani
4. Shaheizy Sam                                                           4. Maya Karin
5. Syamsul Yusof                                                         5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki                                                   Artis Komedi Wanita
1. Zizan Raja Lawak                                                      1. Enot
2. Johan Raja Lawak                                                     2. Didie Alias
3. Afdlin Shauki                                                             3. Kenchana Dewi
4. Along                                                                        4. Noor Khiriah
5. Nabil Raja Lawak                                                      5. Sharifah Shahirah

Pelakon TV Lelaki                                                    Pelakon TV Wanita
1. Aaron Aziz                                                              1. Fasha Sandha
2. Adi Putra                                                                 2. Scha Al-Yahya
3. Fizz Fairuz                                                               3. Nora Danish
4. Remy Ishak                                                             4. Tizz Zaqyah
5. Fauzi Nawawi                                                          5. Rozita Che Wan

Penyanyi Lelaki                                                         Penyanyi Wanita
1. Faizal Tahir                                                               1. Alyah
2. Anuar Zain                                                                2. Najwa Latif
3. Aizat                                                                         3. Shila Amzah
4. Hafiz                                                                         4. Stacy
5. Black                                                                        5. Yuna

Artis Baru Lelaki                                                       Artis Baru Wanita
1. Aeril Zafrel                                                                1. Izara Aishah
2. Awi Rafael                                                                2. Najwa Latif
3. Beto Khusyari                                                           3. Neelofa
4. Hazama                                                                     4. Nur Fathia
5. Johan Asari                                                               5. Tasha Shilla

Artis Duo / Kumpulan
1. 6ith Sense
2. Bunkface
3. Forteen
4. 3 Suara
5. Meet Uncle Husain / Hazama

Calon feveret MJ yang kaler PEPEL tu ye :) Korang lak nak undi siapa?

Sumber : GUA

Nak beri hadiah buat tersayang? Klik SINI

Memasak itu seronok dengan Pressure Cooker 6L, Offer 45%, klik SINI

Nak cari Roll On Foundation? Klik SINI

Baju Nikah Part 2


Masih dalam mood sambutan Anniversary, jadi kena jugaklah masukkan kenangan masa pernikahan dulu kan ;) Entry ni adalah sambungan dari entry Anniversary semalam iaitu persalinan baju kami selepas diijabkabulkan.


Sebelum tu, MJ nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH yang tak terhingga buat kawan-kawan yang sudi mendoakan untuk kami dalam entry SEMALAM  MJ mengaminkan setiap doa kalian buat kami terutama mengenai ZURIAT, mudah-mudahan Allah mendengar :) Aminn Aminnn Aminnn..


Ok berbalik pada tajuk, disebabkan BUTIK memberikan kami 2 baju free untuk persalinan NIKAH iaitu 1 SONGKET dan 1 lagi KIMONO, tapi MJ dan en suami cuma menerai SONGKET SAHAJA, KIMONO tu sebab tak reti nak gayakan camne, almaklumlah sendiri kena bikin :-)


Masa ni masih malu-malu lagi, dan penggambaran (ecehhh) hanya sekitar dalam bilik sahaja :) 


 At least merasa jugak kami berpakaian tradisional ni..


Ok itu sahajalah perjalanan pernikahan kami 2 tahun lepas, satu moment yang takkan dilupakan..
Terima kasih pada korang yang sudi layan CELOTEH MJ ini :)



p/s : Untuk Anniversary, MJ order barang dari HEARTBEAT untuk dijadikan kenangan, dah 2 tahun berturut-turut MJ order dari SITU, sangat berpuas hati sebab ianya berkualiti :)


Happy 2nd Anniversary!! 10 Jan 2012


Hari ni 10 Jan 2012 genaplah 2 tahun usia pernikahan kami..
Happy 2nd Anniversary to Us

Moga perkahwinan yang dibina sejak 2 tahun lalu akan terus Utuh,
dan berkekalan buat selamanya, Aminnn..

Semoga Perkahwinan kami akan sentiasa dirahmati dan mendapat keredhaan
dari Allah SWT, Aminnn..

Semoga kasih sayang antara kami semakin kuat, Aminnnn..

Semoga segala Ombak badai dapat ditempuhi, Aminnn..

Semoga hidup kami dimurahkan rezeki termasuklah menimang CAHAYA MATA, Aminn..


Ni MJ selitkan beberapa keping gambar sekitar Majlis Pernikahan kami 2 tahun lalu
(10.01.10)
(Dulu masa nikah belum ada blog, hehee)





Masing-masing muka penuh debaran, bermacam perasaan bergelocak dalam diri terutama en suami yang sebentar lagi akan melafaz AKAD..hehee


Aku terima Nikah Normaira binti _____ dengan Mas Kahwin RM ____ tunai.


Sah!! Sah!! Sah!!
Alhamdulillah kami sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz :-)



Amin, amin Ya Rabbal A'lamin, syukur Ya Allah saat ini status kami bertukar, maka bermulalah episod baru kami sebagai SUAMI ISTERI



Melafazkan TAKLIK dan menurunkan tandatangan



Ini sebagai tanda Membatalkan Air Sembahyang,
MJ menerima seutas Gelang Tangan manakala
en suami menerima seutas Jam Tangan :)



Berdebar-debar masa ni tau, dengan lensa kamera tup tap tup tap ke arah kami... hehee



Selesai sahaja upacara NIKAH di Surau, kami mengadakan jamuan dan menjemput semua ke rumah My Parents :)


Bergambar dengan hantaran dari pihak LELAKI - TEMA PEPEL



Hantaran dari ke 2 2 belah pihak, MJ TEMA ENGLISH



Bersama kedua orang tua kami, Mertua MJ di sebelah en suami



Selesai bergambar ke upacara seterusnya - POTONG KEK :)


Selepas itu kami buat simple OUTDOOR Session

Selesai OUTDOOR kami tukar baju pulak..
Dah alang-alang BUTIK bagi 2 persalinan free, rugi la kalau tak pakai kan..
Tapi MJ cuma buat 1 persalinan je, sebab dah letih, jadi malas nak tukar-tukar baju segala :)



p/s : Perasan tak Header pun baru, ni sempena Anniversary kami la..hehee.. Thanks eB sebab bersusah payah decorate header ni, simple dan cantik



Labels

#SBDdB (1) abu bakar (1) Adam dan Hawa (1) Adat Perkahwinan India (1) adik kemalangan (3) agama (8) Aiskrim Goreng sedap (1) aiskrim kek (14) Akademi Fantasia (3) aksi terlampau (12) Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (1) angry bird (2) anime (2) Anne Ngasri (2) Anniversary (5) Apom Polkadot (2) ASB (1) Ashraf Muslim (1) Assignment (1) astro (2) Avon (10) Ayam Dendeng (3) ayam goreng rempah (2) Azza Elite (2) Bahtera Nabi NUH (1) BAJET 2012 (5) baju tunang (1) balotelli (1) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (2) Bayaran Balik Pinjaman (1) BE nuffnang (41) beauty Umaira (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bedak Miyami (1) Ben Ashaari (3) berita (1) Biar Mimpi Sampai ke Bintang (1) Birthday Suami (6) Blogger Kelantan (1) blogger Kuala Lumpur (8) Blogger Perak (1) Blogger Utara (6) bolasepak (1) bonus (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Borang BR1M online (1) Burger Bakar (2) Burger Besar (1) Burger King (5) Burger KOMTAR (1) Cable Car Langkawi (1) calculator (1) Cameron Highland (16) Candy Crush Saga (1) cantik (87) car loan (2) cara membawa masuk barang ke malaysia (2) cara mengira cukai (2) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara ubati Denggi (1) Celebrate Birthday (10) Celoteh MJ (126) ceramah (4) Cheezy Magik (1) Cheque Exabytes (2) Cheque Nuffnang (4) Chicken Chop (1) China (1) churpchurp (15) Coconut Shake (2) coklat (3) Coklat Crepe (1) contest (32) CPUV Earning (2) CPUV Nuffnang (1) cukai kastam (2) Cuti-Cuti Malaysia (6) CY 2000 (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) dalam negara (8) De Pauh Garden (1) Dejavu di Kinabalu (2) Demam Denggi (1) Denaihati (23) Diskaun PTPTN 10% (1) Dividen ASB (1) Doa Dhuha (1) dosa (1) Download Movie (1) drama (2) duit malaysia (1) dunia artis (59) duti import (2) Eagles Feeding Langkawi (1) endorscope (6) EURO 2012 (1) Exabytes (1) Exam USM (5) External Hard Disk (1) Eyriqazz vs Denaihati (1) Facebook Fanpage (2) Fadilat Bulan Rejab (1) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fesyen (24) Filem Ombak Rindu (1) Firas (26) fitnah (1) Followers (15) free sample (1) Fridge Magnet (10) Frozen Food (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) games (3) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) GiveAway (89) GUESS (4) hadiah (62) Hadiah Anniversary (1) Hadiah Contest 2013 (7) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah Wang Tunai (6) haiwan (4) Handmade Frame (1) happy (46) Happy Anniversary (3) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Puasa (32) Header Baru (3) heartbeat (9) hikmah (12) hobi masa lapang (2) HomeMade Aiskrim (1) Homoseksual (2) Hotel Bajet (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (1) Ibadah Korban (1) ibadah puasa (2) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Terubuk Masin (2) Ilhan (8) ilusi optik (2) Indonesia (1) Info (6) iniesta (1) iPhone 5 Contest (2) iPhone 5 Gadget Impian (7) IQ (7) Irma Hasmie (3) Irma Hasmie Mengandung (2) islam (20) Jadual Konsert Mania (1) Jadual Puasa 2012 (1) JAKIM (1) Jalan Masjid India (1) jalan-jalan (20) jamak (1) jamuan raya (4) Jangkaan Kiamat (1) Jeruk Buah Penang (1) Join Contest (73) juadah berbuka (5) Jualan Penghabisan Stok (2) Juara bola sepak EURO (1) juara lagu (1) Jumpa Blogger (5) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) kad raya (7) kamera (9) kapal karam (1) Karnival Kerjaya (1) kartun (2) kastam (1) Kasut Baru (2) Kasut Le Sandae Zalora (1) KBC Rantau Panjang (1) Kedah Darul Aman (3) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Lapis Sarawak (2) kekabu (2) kelakar (19) Kelantan (8) Kelebihan Al Quran (2) Kelebihan Bulan Rejab (1) Kementerian Kesihatan (2) kenangan (8) kencing tikus (1) Kenduri (7) kenduri kawen (25) keputusan GA (26) keputusan Peperiksaan (2) Keputusan PRU13 (1) keputusan SPM (2) keracunan (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) kereta (3) Kereta tertimbus Tanah Runtuh (1) kes bunuh (4) KeyChain (1) khalifah ganti superman (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Nenas Batu (2) Khasiat Nestle Bliss (1) khulafa ar rasyidin (1) kisah tauladan (9) Kobis Tiruan (1) Koleksi Carlo RINO (1) Konsert Mania (1) kotak sembang (2) Kuala Lumpur (1) kuih raya (5) kupon (10) kupon KFC (6) Kursus Intensif USM (2) Ladang Teh Boh Sg Palas (1) Laksa Janggus (1) layan (134) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (2) Lisa Surihani (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) Lost World of Tambun (3) luar negara (6) lucu (17) lukisan termahal didunia (1) Lumut (5) M'c Donalds (5) maal hijrah (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Makan Sedap (35) Mandi Wap (1) Masakan Pasta (1) mascara (1) masjid (1) masker wajah (2) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Mayang Mengurai (1) Maybank ATM Card (1) ME Nuffnang (15) Meatball IKEA (1) Mee Sotong sedap (2) Mee Udang Special (1) melaleuca (1) Menang GA (58) Menu Barbeque BBQ (1) Menu Berbuka Puasa (1) Menu Hari Raya (3) mesir (1) movie (1) Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (1) mukjizat (3) musaffir (1) mutiara kata (6) my birthday (7) My Mum (1) Nabi Adam a.s (1) nasihat (24) negara yang bertanding dalam EURO (1) niat jamak (1) niat qasar (1) Nikah Kawen (20) Nikon D90 (12) nuffnang (50) numismatik (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) on9 visitor (27) online (9) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Oreo CheeseCake (3) ovarian cysts (6) Panasonic Viera (1) Panggilan Palsu (1) Panorama TV1 (1) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Besar Siti Khadijah (1) Pasar Ramadhan (1) Pati Ikan Haruan (1) Pegangan (18) Pekeliling 2012 (1) Peluang Kerjaya (1) pembunuh (1) pemenang (46) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (1) Penetapan Gaji Minimum (1) pengalaman (14) pengantin (1) Pengkalan Hulu (1) Pengumuman (37) penipuan (1) penjenayah (1) Perak (4) peraturan dan undang undang kerajaan (2) Perfume (2) Perfume Burberry (1) periksa (6) Perkahwinan Artis (4) permit import (2) Pernikahan Anne Ngasri (1) Perodua Alza (2) pertunanganku (2) pesakit (19) Petaling Jaya (1) petua (12) Petua ubati batuk (1) Petua ubati Patah/Retak (1) photography (1) picaso (1) PilihanRaya (1) Pisau Magik (2) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Promotion (5) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (1) PJJ (4) Portable Power Bank (12) Potluck (3) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 2800mAh (1) Power Bank 8000mAh (2) PRADA (1) Primavera Shoes (1) Program Realiti TV3 (1) promosi hebat (26) Proton Preve (2) Proton Terbaru (1) PTPTN Info (2) Puasa Ramadhan (2) Pulau Beras Basah (1) Pulau Langkawi (9) Pulau Pinang (14) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Pelancongan (31) Putra Heights Subang Jaya (1) Qi Razali dan Nelydia Senrose (1) Quran (2) Ramalan Kiamat (1) Rebat Bil Elektrik (1) Rekod Baru (3) rempah sauna (1) Resepi Aiskrim (2) Resepi Aiskrim Goreng (3) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding Triffle (3) Resepi Roti (1) Resepi Udang (1) Resipi (14) Restoran Fais (1) review blog (5) reward (1) RnZ Cosmetic (1) RSS feed (1) rumah tangga (23) Rumah Terbuka (1) rusuhan (1) Sabun BERAS (1) Salad Ayam (1) sale (9) Saman Hadlaju (1) santai (3) Sarawak (1) SBPA (4) Scha dan Awal (1) sedap (38) sedih (21) Segmen Eyriqazz (1) Sejarah Komputer (1) seksi (1) Semanis Kurma TV9 (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Seminar Wordpress (3) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) senarai peserta (17) Sepanyol vs Itali (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Side Income (2) sihat (15) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL (1) Simply Siti (1) simulator (1) Singapura (1) Sinopsis Bukan Bidadari (2) sinopsis KHILAF (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Slot Lestary TV3 (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Sooft Book Washable for children (1) sosilawati (1) SPA (3) Strawberry Cheese Cake (1) Strawberry Park Resort (6) suami isteri (34) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) sunnah wal jamaah (1) Sunset (1) SX150 IS (2) Syarat Pinjaman (1) syiah (1) Taj Mahal (1) tan sri ali hashim (1) Tapak Pesta (1) Tarikh mengundi PRU13 (3) Tasik Dayang Bunting (1) teka-teki (15) teknik- teknik fotografi (1) Telefilem KHILAF TV1 (1) tembak (1) temuduga (2) Tepung Magik (1) terima kasih (118) terkini (1) Testimoni Zalora (1) ThePopLook (3) timbalan ketua pengarah kastam (1) tiny stuff (1) tips (14) Tips pemilihan Tudung (1) titanic 2 (1) top komen (9) Tudung Chiffon 3 Layer (4) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Tudung2u.com (1) tutorial (10) Tutti Frutti (1) Twitter (1) Update Bloglist (1) USM Penang (7) Ustaz Ahar Idrus (4) Ustaz Don Daniyal (1) Vibrance Kegel Device (1) video (8) Wallet (4) Wang Kelian (1) wang kertas siri baharu (1) Watie Elite (1) Wordless Wednesday (28) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yusry KRU (1) Zalora Malaysia (1) zuriat (2)