Jika berminat boleh email normj1001@hotmail.com (lowercase)

Rebat bil Elektrik RM20 ke bawah dilanjutkan


Alhamdulillah Kerajaan melanjutkan Rebet bil Elektrik RM 20 ke bawah kepada semua pengguna sehingga akhir tahun 2012, semoga ianya akan terus dilanjutkan.. :)

MJ mestilah tersangat happy sebab bil eletrik rumah kami hampir setiap bulan di taja Kerajaan Malaysia, maklumlah cuma tinggal berdua je dengan hubby dalam rumah tu..hehehee



Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.

"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.

"Kerajaan telah membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini.

Chin berkata kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah.


Sumber : BERNAMA

Resepi Agar-Agar Laici Aiskrim


Disebabkan entry WW semalam, tak sangka ramai blogger yang minta resepi, jadi kat sini meh MJ kongsikan resepi untuk kegunaan MJ jugak di masa hadapan :) Nak guna nama dari Nureen bagi la - Agar-agar Laici Aiskrim Berirama.. :)


Agar-agar ni sebenarnya ada orang order, mula tu nak hias dengan buah je tapi My Mum suruh buat jelly aiskrim, so 1st time la MJ buat dengan resepi dari My Mum :)



Resepi Agar-Agar dari blogger MamaTisya
1 peket Agar-agar
1 tin susu cair
1 tin laici (carikkan buah laici)
6sb gula
7 cawan air
2 biji telur

Cara Memasak
1. Rebus agar-agar dengan air sehingga hancur
2. Masukkan gula sehingga mendidih
3. Masukkan telur, susu cair dan air laici
4. Tuang ke atas bekas buah laici yang telah dicarik tadi dan biarkan sejuk

Resepi Jelly Aiskrim
1sb jelly (perisa asli)
3 biji putih telur (pukul sehingga kembang-meringue-ketepikan)
pelbagai pewarna
2 cawan air
5gm agar-agar (Kalau nak ambik sikit lepas masak agar2 laici pun boleh-sebelum step 2 tu)



Cara Membuat
1. Masak agar-agar sehingga hancur,
2. Kemudian masak jelly sehingga sebati (Kalau nak manis boleh masukkan gula sikit)
2. Campur dengan meringue tadi dan kacau
3. Tuang ke atas adunan agar-agar laici yang telah sejuk
4. Pastu hiaslah dengan pewarna ikut kreativiti sendiri
5. Sejukkan dalam peti sejuk

Kami panggil aiskrim sebab dia lembut dan gebu macam aiskrim...heheeee :)


p/s : Sebenarnya part jelly eskrem tu My Mum yang buat, MJ tolong tengok sambil ingat step, nanti baru nak try buat sendiri..heheheee tapi agar-agar laici tu MJ buat ye :)

WW : Agar-agar Laici Aiskrim


Jom basahkan tekak sambil layan mata :-)


Cuma bekas je tak berapa menarik kan, 
jadi tak nampak la bahagian dalamnya :)

Voucher KFC TM Rewards March 2012


Jom kita rebut peluang ni, pakat-pakat serbu KFC,
dengan kupon ni dapatlah dengan harga RM 19.90 (harga biasa RM 26.40)





Korang boleh print B&W atau Colour, klau nak print klik SINI
Valid 30 Jun 2012

UV tertinggi minggu lepas (21 Mac 2012)


Catatan ini adalah sebagai rekod peribadi kepada blog Celoteh MJ ni ye :)


Ini adalah kali kedua blog ini mencatatkan rekod UV tertinggi, sebelum ni MJ pernah mencecah rekod 1,k, untuk melihat entry dan catatan tersebut klik REKOD BARU




Alhamdulillah pada 21 March UV blog ni mencecah 700++ dalam masa 1 hari, bukan pe blog MJ ni kurang2 pun 1 hari UV dalam 200++ macam tu je :) MJ rasa UV cecah 700 tu sebab entry CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM kot.. Tak sangka SEO mengena..hehehee (tu pun sekali sekala la nak mengena pun..hehee)

Lepas ni tak tau bila pulak nak dapat UV camtu.. :)



Payment received from HeartBeat


1st time guna tajuk dalam bahasa Inggeris, semacam je rasa..heheee :) Sebab tak tau nak tulis tajuk tu yang main letak je tapi yang penting maksud nya sama.

Ok ini adalah bayaran pertama MJ terima selepas setahun bersama HeartBeat, orang lain dah cashout berkali-kali tapi MJ baru merasa sekali, tu pun jumlah cun-cun untuk cashout je :) Lepas tu kena tunggu setahun pulak la baru dapat cashout pe..heheee :)








MJ pilih Internet Fund Transfer, senang terus masuk akaun tak payah susah-susah nak tunggu cheque clear semua :) MJ cashout pada 09 Feb 2012, dan duit masuk pada 23 March 2012, hampir 2 bulan jugak la kan.. Mungkin sebab cashout awal bulan kot, kalau hujung bulan mungkin dapat awal.





Kalau korang nak bantu MJ untuk tambah $$$ dalam HeartBeat, rajin-rajinla klik iklan HB tu ye @ jom klik SINI, nanti MJ klik korang jugak :) Terima kasih :)

Syarat Pinjaman Pembelian Kereta Ketat-Urusan MJ tertangguh


Seperti yang semua sedia maklum, mulai 1 Jan 2012 Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengetatkan syarat pembelian kereta samada kereta baru atau terpakai. Syarat ini dikenakan bagi mengekang individu daripada tidak dapat membayar balik pinjaman atau dalam erti kata lain muflis.


Terdapat rungutan dari pelbagai pihak mengenai syarat ketat yang dikenakan, ada yang bersetuju dan tak kurang yang membangkang. Yang membangkang tentulah yang kurang berkemampuan atau yang tidak memenuhi tuntutan syarat yang dikenakan.


Salah satu rungutan termasuklah dari MJ, kalau dahulu urusan pembelian kereta mudah dan cepat tetapi sekarang memakan masa yang panjang. Ye MJ tahu GAJI BERSIH MJ bukanlah ribu riban, tapi kereta merupakan 1 keperluan kini. Kita membeli kereta bukan hanya untuk setahun dua, tetapi kalau boleh sepanjang masa, jadi memang nak cari kereta yang selesa dan sesuai untuk keluarga dalam jangka masa panjanglah kan.




Bukan Mercedes, BMW, Volvo, Forte, mahupun Inspira atau terbaru TUAH yang dipertaruhkan, cukuplah sekadar kereta biasa2 mengikut kemampuan sendiri tapi itu pun terseksa nak luluskan pinjaman. (Dah 2 minggu menanti kelulusan) Aduhhhh terseksa betulla, kita nak beli kereta tentulah sebab boleh bayar balik (InsyaAllah) dan bukan sebab saja suka-suka 2-3 bulan pakai kereta pastu BANK tarik kereta sebab tak mampu bayar :)


Nak baca lanjut sila klik SYARAT BARU PINJAMAN KERETA

p/s : Harap korang turut sama mendoakan agar urusan MJ dipermudahkan supaya dapat membeli kereta ye :) Terima kasih :)

Keputusan Pemenang Top Komen Gadget Impian


Sebagai penghargaan kepada rakan-rakan setia yang sudi menyumbangkan mata kepada MJ, dengan ini MJ nak umumkan keputusan TOP KOMEN yang bakal membawa pulang WANG TUNAI yang tak seberapa, tajaan dari en suami :)




Sebelum tu mari kita tengok senarai Pengomen-pengomen setia bersama jumlah komen terkumpul yang sudi berumah di entry Contest Gadget Impian MJ


  • Dadan  =  315 komen
  • Kakyong = 81 komen
  • Syu90     = 116 komen
  • Yanmie    = 62 komen
  • Fiezahkecik = 110 komen
  • Sensasi2020 = 455 komen
  • Rosezha     = 218 komen
  • Ziefauzi      =  53 komen
  • Puan Bee   =  41 komen
  • Farah        =   45 komen
  • Bang Iwan  = 45 komen 

Dengan ini tempat PERTAMA ialah
SENSASI2020 dengan jumlah komen sebanyak 455.
Terima kasih atas komen yang diberi terutama part berpantun, MJ dari tak reti pantun mantun ni tapi tetap mencuba nasib :)

Dan tempat kedua hingga kelima ialah
2.  Dadan
3.  Rosezha
4.  Syu90
5.  Fiezahkecik

Tahniah pada kelima-lima pemenang dan terima kasih juga kepada rakan-rakan lain yang sudi menyumbang mata kepada entry contest MJ :)



Kepada pemenang di atas, sila tinggalkan nama penuh dan Akaun Bank (Maybank/CIMB) untuk urusan pindahan wang, dan kepada bang Dadan terpulang pilihan pindahan wang yang diinginkan ke normj1001@hotmail.com


POST WEDDING Lisa Surihani dan Yusry


Kalau orang lain dengan Pre-Wedding, tapi Lisa dan Yusry buat Post Wedding, suka giler tengok video ni, sangat comel :) Dan nampak kemesraan dan kebahagiaan antara Pengantin Baru ni.






Moga hubungan kalian bahagia hingga hujung nyawa :) Jom sama-sama layan..




Sumber : Oh Artis (Kalau nak tengok Video Honeymoon Lisa dan Yusry, klik je link tu ye :)




p/s : Lepas tengok video ni, en suami ajak buat POST WEDDING.. Almaklumlah masa kami kawen dulu takdak Pre mahupun Postt..heeeheee



WW : Kobis TIRUAN.. Berhati-hati


Sebelum ni kecoh pasal Telur Palsu, ini Kobis pulak.. Harap semua berhati-hati ye..










Sumber : Email


Puding Triffle Pandan Layer versi MJ


Sabtu lepas jiran depan rumah MJ buat besday anak dia, segan la MJ kalau nak p dengan tangan kosong kan, so pikiaq punya pikiaq teringat nak buat puding.  lagipun senang je nak buat dan yang penting SEDAP :)


Resepi asal puding ni adalah dari MamaTisya, TQ kak ye, dengan resepi akak ni ramai yang puji leleh tau..hehee kembang semangkuk mak tau :)



 Hubby tak dapat jumpa Jelly berperisa (kaler), jadinya jelly perasa selamat la jawabnya..
So kurang la tarikannya kan :)


Memandangkan puding ni pertama kali buat, jadi hubby minta buat lebih untuk 'rasa'..
Makanya terhasilla dalam cawan-cawan kecil nie :)

Dihiasi dengan Whiping Cream





Bab-bab nak menghias ni memang kena belajar lagi, pendek kata FAILED...heheee
Tapi takpe rupa tak penting, asalkan sedap ;)


Ok, jom MJ syer resepi yang diambil dari MamaTisya
banyak resepi sedap korang boleh try kat situ ye :)

1 buku kek gulung (MJ guna sekotak kek pandan lapis)
1 tin susu cair
7sb gula (MJ buat 6sb)
4sb tepung kastard (bancuh dengan air)
1 tin cocktail
1 peket jelly

Caranya:
1. Potong kek gulung dan susun di dalam bekas
2. Masak susu cair, setin air dan gula sehingga mendidih
3. Masukkan bancuhan tepung kastard, kacau sampai pekat
4. Tuang atas kek tadi
5. Kemudian masak jelly seperti tertera di belakang peket (sebungkus jelly dengan air cocktail  bersama air)
6. Tuang ke atas adunan kastard tadi, hias dengan buah cocktail dan sejukkan
Sedap di makan kala sejuk dengan cuaca panas sekarang ni :)

Firas dengan Motor Besarnya


Masa sambutan besday Firas yang ke 2 tahun baru-baru ni, MJ dan Tok Ma Firas dengan baik hatinya memberikan HADIAH terbesar kepada Firas :) Almaklumlah baru cucu seorang setakat ni merangkap anak menakan kesayangan MJ :-)



 Tengoklah kemain lagi bergaya dengan moto baru, nampak moto lagi besaq dari tuan ha ;)


Memula tu iras takut jugak nak naik, maklumlah moto ni auto, start enjin tekan pedal jalan la,
tapi pastu cekap naik tak peduli orang lain dah.



Ada gaya moto abang Polis ni, takpe nanti dah besaq jadi POLIS na FIRAS :D





Amacam Auntie Uncle semua, ada gaya tak?


Naik moto naik moto jugak jangan sampai merempit pulak na, bahaya :)



p/s : Jika tiada aral dalam minggu ni MJ akan umumkan keputusan Top Komen Contest Gadget Impian Denaihati


Beli TV baru..Mode in Happy :)


Selamat hari Isnin semua... Tentu-tentunya hari Isnin ialah hari blues buat semua termasuklah MJ, cuti 2 hari serasa tidak mencukupi untuk rehat sepenuhnya kan.. Kalau boleh nak rehat dan terus rehat je, bila la keje ni nak bagi cuti lama-lama, huhuuuu


Ok berbalik pada tajuk, seperti yang korang dah tahu kami dah membeli TV baru, takdaknya nak survey dulu ke apa, nampak murah je terus beli :)  Kebetulan salesman tu baik hati bagi diskaun sampai dekat RM 200, katanya bos takdak, so dia kira harga staff :) Kami tak tunggu dah terus 'ok jadi je' heheee.




Tapi kami bukan beli TV besar seperti kat belakang MJ tu, tak mampu cheq, almaklumlah kena utamakan keperluan lain dulu sebelum nak beli TV 'gabak gaban' camtu kan :)






Tu dia itulah TV kami 'PANASONIC VIERA' 32" jadila buat kami berdua nak tengok berbanding TV kami sebelum ni cuma 14", kiranya dah cukup besaq la buat kami :)




Sesampai je kat rumah, tak tunggu lagi dah terus pasang, TV lama masuk stor walhal masih elok lagi.. Ada sesapa nak tak??hehehehe :) Bila letak atas Almari Baru terus rasa alahai keciknya TV, kontra kaler tapi cantik kan :)



p/s : Harini MJ ada tugas di luar, dan mungkin tak dapat nak Blogwalking @ balas terjah, insyaAllah dah selesai urusan MJ terjah balas ok :)


Laut tenang Jalan lengang dicemari aksi merempit


Kalau kita stress, lautlah tempat yang terbaik untuk kita, 
dah macam terapi kalau dapat memandang laut yang sayup mata memandang kan, 
sejuk terasa jiwa dan raga :-)



Ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa melambai-lambai sambil menampar lembut pipi yang gebus ni




Dan pada masa inilah semua berkumpul dengan keluarga bermain layang-layang, bermanja dengan anak-anak dan beramah mesra dengan kawan-kawan..



TETAPI!!!! AWASSS!!!
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya



Masing-masing kononnya menunjukkan bakat terpendam, 
pada anak-anak di bawah umur harap jangan meniru aksi ini ye.
Apa yang penting
'Tungganglah dengan selamat'
'Pandu cermat jiwa selamat'




Entah apa yang mereka dapat dengan membuat aksi sebegini kan,
adakah kepuasan @nafsu diri??


Ok, kita tutup aksi merempit, jom layan beberapa keping gambar 'SUNSET'
yang sempat dirakamkan kamera kompak kami iaitu



Macam cantik pulak gambar ni, pelbagai gaya ada, 
hanya gambar dapat menceritakan segalanya :)



Masih dalam peringkat percubaan untuk mengambil gambar saat matahari terbenam.


InsyaAllah andai ada rezeki kami menang Kamera DSLR Nikon D90 pasti akan bertambah koleksi moment indah ini, doakan buat MJ ye kawan-kawan :)




p/s : Harini MJ ada jemputan ke rumah rakan blogger di Sg Petani, insyaAllah kalau ada kesempatan dan tiada aral MJ nak terjah lah :)

Konsert MANIA - Terbaru di Astro Ria


 Penerbit Muzik ~ Ahmad Dhani, M.Nasir, dan Aubrey Suwito


Mania merupakan satu rancangan hiburan bercorak pertandingan nyanyian melibatkan artis – artis terkemuka tanahair masa kini. Sesuatu yang unik mengenai Mania ialah ianya akan menggandingkan para artis hebat ini dengan ikon – ikon penerbitan muzik yang gah dalam industri muzik. Sepanjang 10 minggu pertandingan ini berlangsung, para penonton akan dapat menyaksikan hasil gandingan artis terkenal dengan ikon penerbitan muzik ini di pentas.




Konsert Mania akan bersiaran pada setiap Sabtu jam 9malam di Astro Ria. Kalau tak da apa2 program malam minggu jangan lupa layan Konsert Mania ni ye :) Bawah ni disertakan jadual konsert yang bakal berlangsung pada setiap minggu :-)




Sumber : Astro

Sijil HALAL : Penjara dikuatkuasa pada 1 Julai


Mulai 1 Julai ini, pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berdepan hukuman denda dan penjara.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Kami akan membuat lawatan operasi di setiap premis mulai 31 Mac sebagai langkah pendidikan untuk pastikan setiap premis perniagaan mempunyai sijil halal dan tidak hanya mempamerlan logo halal sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.



Beliau berkata hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan diiktiraf.

“Sijil halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf dan akan dikenakan tindakan. Semua ini termaktub di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011,” katanya.
Hakimah berkata sehingga Februari lalu, sebanyak 1,420 permohonan sijil halal telah diterima.

Sumber : Harian Metro Online


4 bulan menanti akhirnya = University of London, International Programmes


Kalau korang perasan sebelum ni kan MJ dok ngiyau-ngiyau yang BE dah lama tak menyinggah, dah hampir 4 bulan tau..huhuuhuu dan pagi ni bila chek terus senyum melebar ha :)


Terima kasih Nuffnang kerana akhirnya sudi memberi ruang dan peluang untuk blog MJ ni :)


University of London menawarkan pengajian secara jarak jauh (Distance Learning) kepada korang semua yang telah bekerja dan ingin menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Sama macam MJ juga sekarang ni Pengajian Jarak Jauh tapi di Universiti tempatan :)




Pengajian dijalankan dalam Malaysia dan pendaftaran boleh dibuat di

 Untuk maklumat lanjut dan kepada yang berminat, ayuh cepat mendaftar dengan klik SINI
Bekerja Sambil Belajar :-)




Seminar Wordpress dari Akademi Denaihati


Kepada rakan taulan yang singgah di sini, ada 1 peluang menarik untuk direbut tau.. Kepada korang yang ingin menjadikan blogging sebagai 1 kerjaya dan ingin menambahkan @ meningkatkan pendapatan, ha ini ada 1 peluang menarik buat anda semua.





Blogger Denaihati telah menubuhkan Akademi Denaihati menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja melalui internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.


SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPAT Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH 14 – 15 April 2012
MASA 9 Pagi – 6 Petang
YURAN RM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)

Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.


Jika berminat untuk menyertai, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:

CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)

Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan butiran berikut ke akademi@denaihati.com
  • Nama
  • No Telefon
  • Email
  • Bukti pembayaran
  • 3 Nama pilihan domain

Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya.
Untuk peta lokasi dan pertanyaan boleh terjah di blog Denaihati


p/s : MJ berminat juga nak join, sedang dalam pertimbangan dan nak berbincang dengan en suami, almaklumlah faktor jarak perlu diberi pertimbangan terlebih dahulu :)


Cabutan Kali ke 2 - Vote BONIA


Disebabkan 5 peserta masih tidak memberi sebarang respon sehingga entry ini di publish, maka seperti yang diberitahu sebelum ni, MJ akan membuat undian semula dan memilih pemenang lain. Maaf kepada pemenang terdahulu ye...

Ini supaya dapat memberi keadilan buat peserta yang dah memberi feedback kepada MJ dan juga buat peserta lain yang turut sama membantu MJ dalam contest di FB :)

Nama yang telah tersenarai sebagai pemenang sebelum ni akan di potong, dan kalau nak tengok senarai peserta boleh klik SINI. Dari 18 peserta kesemuanya (3 pemenang UTAMA dan 2 pemenang SAGUHATI yang dah bagi feedback) 5 dari senarai tersebut tidak memberi respon, maka 8 peserta lain akan diundi semula. Korang boleh faham kot dengan apa yang MJ cuba sampaikan ni :P

Pemenang bertuah yang seterusnya ialah :-



Tahniah kepada pemenang baru, harap dapat tinggalkan No telepon dan jenis prabayar ke..


..untuk urusan TOPUP, kepada kak Has dan AzelYusof, MJ akan memberi TOPUP selepas kesemua peserta di atas memberikan respon ye.. Maaf sebab lama menunggu..




p/s : Aduhai cik Mood, kemana la dikau melarikan diri ni, nak update blog pun lemau je rasa, BW tetap jalan cuma ada sesetengah blog tu MJ baca entry tapi tak drop komen pun..huhuuu, sedih tul rasa dengan cik Mood nie, cepatlah kembali wahai cik Mood... :)


Labels

Adat Perkahwinan India (1) adik kemalangan (5) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang Maklom (1) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Goreng sedap (2) aiskrim kek (14) Akademi Fantasia (3) aksi terlampau (12) Alamat Jalil Coconut Shake (1) Alamat Nasi Arab di Bandar Perda (1) Almari MJ (1) Ana Rafali dan Suami (1) Anak anugerah Allah (1) Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (1) Angin dalam Badan (1) angry bird (2) anime (2) Anne Ngasri (2) Anniversary (9) Apa itu berkabung dalam Islam (1) Apom Polkadot (3) Asam Gelugor aka Asam Keping (1) ASB (1) Ashraf Muslim (1) Assignment (1) astro (2) Asyraf Muslin dan Wan Sakinah (1) Avon (10) Ayam Dendeng (2) ayam goreng rempah (2) Ayam Percik (1) Azza Elite (2) Bahaya Cyst (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahtera Nabi NUH (1) BAJET 2012 (5) Baju Pengantin Diana Amir (1) baju tunang (1) balotelli (1) Banjir Kilat di Cameron Highland (1) Batik Pants (1) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bayaran Balik Pinjaman (1) BE nuffnang (42) beauty Umaira (1) Bedak Arab KokuRyu (2) Bedak Miyami (2) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Beef Lasagna Cheese (3) Bekam adalah Sunnah (2) Belajar secara Sidang Video (1) Ben Ashaari (3) Bencana Alam (1) Bercuti di Melaka (1) Bercuti di Taiping (1) Berita Sensasi (3) berita terkini (3) Birthday Suami (9) Bisnes Pelekat Pantz (3) Blogger Kelantan (1) blogger Kuala Lumpur (11) Blogger Perak (1) Blogger Utara (8) Boikot Israel (1) boikot mc donald (1) bolasepak (1) bomoh VIP penipu (1) bonus (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Borang BR1M online (1) borong.com.my (3) buku denaihati (1) Bunga Pandan (1) Burger Bakar (1) Burger Besar (1) Burger King (5) Burger King Penang (2) Burger KOMTAR (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) Butter Prawn sedap (2) Cable Car Langkawi (1) Cameron Highland (17) Candy Crush Saga (1) cantik (82) car loan (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Dekorasi Bajet (1) cara membawa masuk barang ke malaysia (2) Cara Membuat Burger (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) cara mengira cukai (2) Cara menguji Personaliti (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara mudah nak lipat baju (1) Cara Solat (1) Cara ubati Denggi (1) Cashout Nuffnang (2) Celebrate Birthday (13) Celoteh MJ (130) Cendol Maklom (1) Cendol sedap (1) ceramah (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque Exabytes (2) Cheque HOT FM (1) Cheque Nuffnang (4) Chicken Chop (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) churpchurp (15) Ciptaan Allah SWT (2) COACH For Sale (1) Coconut Shake (3) coklat (2) Coklat Crepe (1) contest (32) CoQ Health Plus Shaklee (1) Cover Samsung USAMS (1) CPUV Earning (11) CPUV Nuffnang (11) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) cukai kastam (3) Cuti-Cuti Malaysia (9) CY 2000 (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) dalam negara (9) De Pauh Garden (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dekorasi Simple by MJ (1) Demam Denggi (1) Denaihati (29) Diana Amir dan Suami (1) Diskaun PTPTN 10% (1) Ditipu dengan Western Union (1) Dividen ASB (1) DIY Fridge (1) DIY Peti Ais (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) drama Melayu (2) Drama Nora Elena Novel Kasih Suci (1) duit malaysia (2) dunia artis (58) duti import (2) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Emperial Horse Wallet (1) endorscope (6) Ephyra membantu untuk Hamil (1) Ephyra meningkatkan kesuburan (1) EURO 2012 (1) Exabytes (1) Exam USM (15) External Hard Disk (1) Eyriqazz vs Denaihati (1) Facebook Fanpage (2) Fadilat Bulan Rejab (1) Family Day (4) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fesyen (23) Filem Ombak Rindu (1) Firas (28) Fizo Mawar bersanding (1) Followers (15) free sample (1) Fridge Magnet (15) Fridge Magnet Oversea (1) Frozen Food (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Faizal Ismail (1) Gambar Fara Fauzana (1) Gambar Pelik (1) games (3) Gaviscon Advance (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) GiveAway (95) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) GUESS (4) hadiah (65) Hadiah Anniversary (5) Hadiah Birthday (6) Hadiah Contest 2013 (13) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Hadiah Wang Tunai (11) Haiwan Pelik (1) Handbag COACH (2) Handmade Frame (1) happy (42) Happy Anniversary (5) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hari Raya Puasa (41) Header Baru (4) Header Raya (1) heartbeat (10) Henna Mehendi (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) HomeMade Aiskrim (2) HomeMade Burger (2) Homemade Burger Bakar (3) Homemade Meatball (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homestay Murah di Melaka (1) Homoseksual (2) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet (2) Hotel Bajet/Hotel Murah (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) hukum berkabung bagi Islam (1) Hukum Bertafakur (1) Hukum memakai Inai Lukis (3) Hukum Menyebut OMG (1) Ibadah Korban (1) ibadah puasa (4) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Masin (2) Ikan Terubuk Percik (1) Ilhan (9) ilusi optik (2) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Indonesia (1) Info (2) iniesta (1) iPhone 5 Contest (2) iPhone 5 Gadget Impian (7) IQ (5) Irma Hasmie (3) Irma Hasmie Mengandung (2) islam (17) Islam Agamaku (19) isu agama (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Konsert Mania (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) JAKIM (1) Jalan Masjid India (1) jalan-jalan (19) Jalil Coconut Shake (2) Jalil Coconut Shake Bandar Perda (1) jamuan raya (6) Jangkaan Kiamat (1) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jeruk Buah Penang (2) Join Contest (74) juadah berbuka (6) Jualan Penghabisan Stok (2) Juara bola sepak EURO (1) Jumpa Blogger (6) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) kad raya (8) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) kamera (9) Kami di Lumut (1) kapal karam (1) Karnival Kerjaya (1) kartun (2) Kasut Baru (2) Kasut Le Sandae Zalora (1) Katil MJ (1) KBC Rantau Panjang (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kebaikan Lecithin (1) Kebaikan Omega Guard Shaklee (3) Kedah Darul Aman (3) Kedai Kacang Bagan (1) Kegunaan Basic H Shaklee (1) Kegunaan Duit Nuffnang (1) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Keistimewaan ESP (2) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kejutan di Hari Lahir (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kek Lapis Sarawak (2) kekabu (1) kelakar (17) Kelantan (8) Kelebihan Al Quran (2) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Bulan Rejab (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (4) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan Vitamin C Shaklee (2) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kementerian Kesihatan (2) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) kenangan (8) Kenangan di tahun 2013 (1) Kenangan di Tahun 2014 (1) kencing tikus (1) Kenduri (9) Kenduri Doa Selamat (1) kenduri kawen (25) Kenduri Kesyukuran (2) keputusan GA (26) keputusan Peperiksaan (3) Keputusan PRU13 (1) keputusan SPM (2) Kerabu Sotong (1) keracunan (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kereta yang Diubahsuai (2) kes bunuh (3) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) khalifah ganti superman (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Nenas Batu (2) Khasiat Nestle Bliss (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (1) khulafa ar rasyidin (3) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Kisah Kereta MJ (1) kisah tauladan (10) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Carlo RINO (3) Konsert Mania (1) kontroversi (1) Konvo USM (4) Konvo USM ke 48 (2) kotak sembang (2) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) kuih raya (9) kupon (10) kupon KFC (6) Kursus Intensif USM (3) Ladang Teh Boh Sg Palas (1) Laksa Janggus (1) layan (126) Lecithin Shaklee (3) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (2) Lisa Surihani (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) Lost World of Tambun (4) luar negara (5) lucu (15) lukisan termahal didunia (1) Lumut (5) M'c Donalds (5) Macarons (1) Machu Pichu (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makan Sedap (57) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Maksud PJJ (2) Mandi di Private Pool (1) Mandi Wap (1) Masakan Pasta (1) mascara (1) masjid (1) masker wajah (2) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Mayang Mengurai (1) Maybank ATM Card (1) ME Nuffnang (15) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Meatball IKEA (4) Mee Sotong Padang Kota (1) Mee Sotong sedap (3) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (1) Mee Udang Special (1) Mega Giveaway Celoteh MJ (2) Melaka (1) melaleuca (1) Menang GA (63) Menu Barbeque BBQ (2) Menu Berbuka Puasa (3) Menu di Victoria Station (1) Menu Diet Atkin (3) Menu Hari Raya (8) Menu Rumah Terbuka (3) Menu Sarapan (1) mesir (1) MH370 MAS Hilang (3) Mineral Coffee Hai-O (1) Misteri Villa Nabila (1) movie (1) Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (1) mukjizat (3) Murtabak Telur (1) Mushroom Sup Pizza Hut (1) mutiara kata (3) My Best Moment (2) my birthday (10) My Graduation (1) My Koleksi (1) My Mum (1) Nabi Adam a.s (1) Nan Cheese Meleleh (1) Nasi Arab Al-Bayt (1) Nasi Arab Bandar Perda (2) nasihat (19) Nasihat Suami Isteri (2) negara yang bertanding dalam EURO (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nikah Kawen (19) Nikon D90 (12) nuffnang (53) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Omega Guard Shaklee (3) Omega Gurad Shaklee (3) on9 visitor (27) online (9) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Oreo CheeseCake (3) Original Handbag COACH (1) Ostematrix Shaklee (3) ovarian cysts (8) Panasonic Viera (1) Panggilan Palsu (2) Panorama TV1 (1) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Besar Siti Khadijah (1) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Pathlab Penang (1) Pati Ikan Haruan (1) Pegangan (17) Pekeliling 2012 (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Peluang Kerjaya (1) pemenang (49) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Penetapan Gaji Minimum (1) pengalaman (13) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Pengalaman HSG Test (2) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pengumuman (37) penipuan (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Perak (4) peraturan dan undang undang kerajaan (2) Percutian Kami (3) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (3) Perfume Burberry (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (4) permit import (2) Pernikahan Anne Ngasri (1) Pernikahan Artis Malaysia (1) Perodua Alza (4) pertunanganku (2) pesakit (19) Petaling Jaya (1) petua (12) Petua ubati batuk (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) photography (1) picaso (1) PilihanRaya (1) Pisau Magik (2) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Pizza Hut Promotion (8) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) PJJ di USM Penang (14) Popcorn Ayam (1) Popia Milo (3) Popia Nestum (3) Portable Power Bank (12) Potluck (3) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 2800mAh (1) Power Bank 8000mAh (2) PRADA (1) pray for gaza (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Produk Shaklee (25) Program Affiliate AssignJobs (1) Program Realiti TV3 (1) promosi hebat (26) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Proton Terbaru (1) PTPTN Info (2) Puasa Ramadhan (6) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Pulau Langkawi (9) Pulau Pinang (20) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Pelancongan (31) Pusat Peranginan di Malaysia (1) Qi Razali dan Nelydia Senrose (1) Quran (2) Ramalan Kiamat (1) Rantai Tangan Hilang (1) Rashidun Caliph Conference 2014 (1) Rawang Burger Bakar (2) Rawatan Kesuburan MJ (6) Rebat Bil Elektrik (1) Rekod Baru (3) Rempah Nasi Arab (1) rempah sauna (1) Renungan Bersama (1) Resepi (33) Resepi Aiskrim (2) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi biskut Meringue (1) Resepi Burger sedap (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Juadah Berbuka (6) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Kek Sedap (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Lasagna Atkin (1) Resepi Lasagna Telur (1) Resepi Mudah dan Sedap (1) Resepi Mushroom Sup sedap (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Popia Goreng (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (2) Resepi Puding Triffle (4) Resepi Roti (2) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sotong Kangkung (1) Resepi Spagethi mudah (2) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resipi (8) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) review blog (8) Review Ephyra (3) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) rumah tangga (20) Rumahku Syurgaku (1) rusuhan (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Salak Denai Chalet (4) sale (9) Saloma Bistro Kuala Lumpur (1) Saman Hadlaju (1) santai (2) Sarawak (1) SBPA (4) Scha dan Awal (1) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) sedap (22) sedih (21) Segmen Eyriqazz (1) Sejarah Komputer (1) seksi (1) Semanis Kurma TV9 (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Seminar Wordpress (3) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) senarai peserta (20) Sepanyol vs Itali (1) Sepetang Bersama Blogger (5) Set Berpantang Shaklee (1) Set BUASIR (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Set Menyusu Shaklee (2) Set Senggugut (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Siapa perlukan ESP (2) Side Income (2) sihat (15) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL (1) Simply Siti (1) simulator (1) Singapura (1) Sinopsis Bukan Bidadari (2) sinopsis KHILAF (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Slot Lestary TV3 (2) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Sooft Book Washable for children (1) sosilawati (1) Sotong Kangkung (1) SPA (3) Spagethi Meatball sedap (2) Steamboat dan Yong Taufu murah (1) Stokin Kaki Scholl (1) Stokin Scholl Sleeping (1) Strawberry Cheese Cake (2) Strawberry Park Resort (6) suami isteri (30) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) sunnah wal jamaah (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Surprise Birthday (1) Susu Kambing sedap (1) SX150 IS (2) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) syiah (2) Taj Mahal (1) tan sri ali hashim (1) Tanda menghidapai Cyst (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tarikh mengundi PRU13 (3) Tasik Dayang Bunting (1) teka-teki (15) teknik- teknik fotografi (1) Telefilem KHILAF TV1 (1) temuduga (2) Tepung Magik (1) terima kasih (116) Testimoni B-Complex (1) Testimoni Basic H Shaklee (1) Testimoni Ephyra (3) Testimoni ESP (2) Testimoni GLA Complex (2) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (2) Testimoni produk Double Stemcell (1) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni Shaklee (2) Testimoni Vivix (3) Testimoni Zalora (1) ThePopLook (5) Tiket Wayang Free (3) Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak (1) tips (14) Tips buat suami isteri (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tips pemilihan Tudung (2) Tips Rumah Tangga (1) Tiram Goreng Tepung (1) titanic 2 (1) Tonsil Bengkak (1) top komen (10) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Trying To Conceive (6) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Chiffon 3 Layer (5) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) tutorial (10) Tutti Frutti (2) Twitter (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Update Bloglist (1) USM Penang (22) Ustaz Ahar Idrus (4) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Vibrance Kegel Device (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) video (9) Wallet (5) Wallpaper Fridge (1) Wang Kelian (1) wang kertas siri baharu (1) Watie Elite (1) Western Union Selamat (1) Wordless Wednesday (35) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Yusry KRU (1) Zalora Malaysia (1) Zinc Complex Shaklee (1) zuriat (2)