Jika berminat boleh email normj1001@hotmail.com (lowercase)

Gambar Irma Hasmie Mengandung - Sweet Moment

Sejak Irma Hasmie berkahwin, sepi seketika perkembangannya kan, mungkin sebab dah berbadan dua ni maka aktiviti agak tergendala. Apapun semoga Irma dan bayi dalam kandungan sihat, tak sabar nak tunggu baby Irma, mesti comel kan :D



Adik ipar tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung ini, malah menawarkan diri untuk menjaga bayi saya nanti,” - Irma Hasmie Ibrahim, Pelakon
 “Jujur Aku Dayus adalah drama terakhir yang saya terima sebelum berkahwin. Selepas itu, saya mula sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan diikuti pernikahan kerana jarak waktu antaranya singkat.

“Ini menyebabkan saya terpaksa menolak tawaran berlakon. Selepas berkahwin, rezeki menimang cahaya mata dipermudahkan. Apabila berbadan dua pula, saya tidak larat hendak berlakon walaupun ada watak sesuai ditawarkan.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, saya mudah mengah,” katanya yang cukup gembira dengan kehidupan baru sebagai isteri Redza Syah.

Ditemani ibu mentua dan adik ipar, pelakon yang makin berisi akibat penambahan berat badan hampir 10 kilogram sejak mengandung, masih belum mempunyai sebarang perancangan mengenai kerjaya seni selepas melahirkan anak.

Irma yang pernah membintangi drama Kasih Alia ini berkata, dia juga masih belum memutuskan siapa bakal menjaga bayinya. Malah, tidak pasti sama ada mahu mengambil pembantu rumah bagi meringankan tugas harian.

“Setakat ini, saya belum memikirkan siapa bakal menjaga anak kami. Saya juga belum terfikir mengambil pembantu rumah. Lagipun mendengar pelbagai masalah membabitkan pembantu rumah membuatkan hati saya jadi risau.

Sumber : BERITA HARIAN

**Jika sudi klik G+ ni ye (kalau dah berwarna merah tak perlu tekan lagi)



p/s : Doakan juga buat MJ dan suami supaya kami dapat melalui detik indah ini yang sekian lama menanti :-)

WW : Pelihara SOLAT

Untuk peringatan bersama 

 Sumber :  FB Ustaz Azhar Idrus


Ayam Dendeng Lagi

Dah lama tak buat Ayam Dendeng ni, sebenarnya daging korban pun ada boleh kalau nak buat Dendeng, tapi nak juga makan Ayam ha..heheee


Maaf imej agak kekaburan, maklumlah guna henset je.


Cara nak memasak pun senang, yang penting sedap dimakan.. 
Kalau korang nak resepi boleh klik 

SINI  :)

Pembelian barangan dari Luar Negara, Apakah Peraturan dan Undang Undangnya?





Di zaman serba canggih penuh dengan teknologi, permintaan dan  keperluan tentang barangan harian menjadi semakin mudah. kita boleh melakukan pembelian dengan hanya perlu menaip papan kekunci di komputer samada untuk mencari barang yang diingini mahupun membeli terus di internet. Diantara laman web yang mengiklankan produk dalam negara yang popular ialah mudah.my, lelong dan sebagainya. Manakala bagi laman web luar negara yang popular seperti ebay, amazon dan Aliexpress serta berbagai bagai lagi



Pembelian dari dalam negara selalunya tidak melibatkan urusan dengan jabatan kerajaan namun apabila kita ingin membeli barangan dari luar negara,kadangkala kita terpaksa berurusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kastam, Jabatan kesihatan, Farmasi, SIRIM dan banyak lagi jabatan bergantung kepada jenis barang yang dibeli. Saya cuba mengaitkan isu ini kerana kebanyakan orang ramai(pengguna) tidak sedar akan adanya peraturan peraturan seperti cukai kastam, permit dan barang – barang larangan. 
Saya bagi anda beberapa situasi untuk diperhatikan.


Situasi Pertama
Ahmad Idham membeli sebuah beg berjenama Prada di laman web Ebay dengan harga RM1500. Barangan tersebut dihantar oleh penjual menggunakan USPS ke Malaysia. Sampai di KLIA, barangan tersebut ditahan oleh Jabatan Kastam kerana berkemungkinan barang bercukai (barang yang boleh diambil cukai) setelah dikira cukai yang terlibat, Encik Ahmad terpaksa membayar rmXXX kepada kerajaan Malaysia.


Situasi Kedua
Farid Kamil membeli Iphone 5 untuk tunangnya dari London. Dia pun menghantarnya melalui UK Post ke Malaysia. Sesampainya barang tersebut ke Malaysia, barang tersebut ditahan di Jabatan Kastam kerana memerlukan permit dari SIRIM.


Banyak lagi jabatan dan prosedur yang perlu dilalui jika anda ingin membeli barangan dari luar negara dalam talian ni. Antaranya ubat ubatan memerlukan kelulusan Farmasi, permit Topi Keledar daripada MITI, permit import haiwan dan tumbuhan daripada MAQIS, penerbitan dan senjata daripada KDN dan banyak lagi jabatan kerajaan yang terlibat bergantung kepada jenis barangan yang diimport. 

Seringkali kedengaran rungutan  dari pihak orang ramai ialah mereka tidak tahu terutama pasal undang undang di negara kita. Saya tidaklah menyalahkan orang ramai kerana pihak Kerajaan juga patut menghebahkan perkara ini melalui media massa agar natijahnya kerajaan tidak dilabel pelbagai gelaran yang kurang elok didengar.  


Melihatkan keadaan kekurangan informasi ini, saya merasakan adalah lebih bermanfaat bagi orang ramai mendapat sedikit pencerahan tentang akta dan undang undang serta hak hak mereka.




Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda apa yang patut anda lakukan ialah:

 1. Jika barang  anda telah ditahan, sila rujuk dengan jabatan jabatan yang berkaitan yang menahan barangan anda. Anda boleh menghubungi terus jabatan tersebut bagi mendapatkan maklumat serta sebab barangan anda ditahan    
  
 2. Rujuk mengenai barang yang dibeli mengenai status barangan tersebut samada boleh dikenakan cukai, berapa peratus cukai dan bahan bahan larangan import. Maklumat ini boleh diperolehi jika anda menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau melalui laman web JKDM HS Explorer.  

Rujuk kepada pihak berkuasa SEBELUM anda membeli barang tersebut kerana jika anda membeli barang dahulu sebelum merujuk jabatan tertentu seandainya barangan tersebut harus memiliki permit tetapi anda gagal untuk mendapat permit maka barangan anda boleh dirampas.

3.  Bawa invoice atau maklumat bayaran apabila pergi ke Jabatan yang anda ingin berurusan. Ini akan memudahkan anda dalam melakukan urusan dengan kakitangan tersebut.

4.   Sila ikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan. Pergilah pada waktu urusan seperti yang ditetapkan, jangan terlewat. Pakai pakaian kemas dan dengan senyuman. Insyaallah, jika anda murah dengan senyuman saya pasti kakitangan tersebut akan ramah dan mungkin akan membantu anda.

 
Akhir sekali apa yang saya ingin katakan anda harus mengikuti arahan yang diberikan  oleh pihak kakitangan kerajaan. Apa yang saya tuliskan disini adalah sekadar panduan bukannya bahan perundangan bermakna anda harus mengikuti apa yang pihak kerajaan tetapkan.



Mr Jay: Jika anda ada sebarang masalah berkenaan prosidur dan undang undang membeli barangan dari luar negara, anda bolehlah bertanyakan saya jika saya mampu membantu. Jika saya tak tahu saya akan cakap tak tahu.jangan pula minta tolong saya lepaskan barang kerana bukan bidang kuasa saya. lebih elok tanya nasihat dari mereka yang lebih arif.

Untuk jawapan beberapa pertanyaan boleh refer SINI


Untuk jawapan mengenai beberapa persoalan dibawah, boleh refer entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html

p/s : Nama yang digunakan untuk ke dua situasi di atas adalah sebagai pemanis cerita.. :)


Kisah Durian Crepe :(

Durian Crepe telah mencetuskan fenomena dalam arena blogging, betul kata orang kuasa Internet mampu merubah segalanya ;) MJ tergoda nak mencuba Durian Crepe ni lepas beberapa blogger dok menceritakan mengenai kesedapan Durian Crepe ni :)



MJ order dari Offismate dan hari Khamis sebelum Raya tu dah dapat, tapi disebabkan pada hari tersebut MJ berpuasa makanya tak dapatla nak makan.... Disebabkan petang tu jalan jem ya amat, maka berbuka puasa di luar sahaja, dan malam tu tak makan pun Durian Crepe ni sebab masih kekenyangan.

Cuma MJ sempat buat Puding Triffle untuk dibawa ke rumah Mertua.


Pagi Raya kelam kelibut nak balik Kampung sebab nak sembahyang Raya di sana, terus capai Puding Trifle dalam peti Ais, dan terlupa nak capai Durian Crepe ni, huhuuhhhuu.



Hari Ahad MJ kembali ke rumah, kemudian balik beraya ke rumah family MJ pulak dan baru bawa Durian Crepe ni untuk makan bersama adik-adik MJ. Petang Ahad tu baru ambil nak makan dan kongsi dengan adik.


Gigitan pertama - Ok, 
Gigitan Kedua - Eh!! kenapa semacam je ni
Gigitan Ketiga - Baru rasa macam masam-masam sikit, adik pun cakap masam jugak, MJ ambik dan cium... owwhhh durian dah masam la.
Terus buang dengan rasa sedih yang sangat...huhuuu


Sedih sebab kenapa cepat sangat masam ye, atau memang makanan ni tak tahan? huhuuu frust sangat sebab andai durian tu masih elok, mesti sedap sangat kan... :( Ni yang terus berbelah bahagi nak beli pulak lepas ni..

Member ofis makan di hari kedua (Jumaat) pun dah masam apatah lagi MJ yang makan hari Ahad...

p/s : Kalau ada yang nak mencuba buat sendiri, boleh refer RESEPI ni ye.. :)

Jawapan Teka Hadiah

Pertama sekali MJ nak ucapkan terima kasih sesangat pada semua rakan yang sudi meneka apakah HADIAH yang MJ terima tersebut, walau tanpa klu yang diberi, tapi korang tetap bersemangat meneka, Tahniah ye :)



Ada macam-macam yang diteka, dan ada 3 blogger yang berjaya meneka dengan tepat, TAPI seperti yang telah diberitahu di entry tersebut, MJ mencari peneka yang pantas dan tepat sebagai pemenang dan sebelum tu jom kita lihat dulu hadiahnya :-)

Jangan ada yang terpedaya pulak, iPhone ni bukan sebarang iPhone ye, special edition punya tau..hahaaa :)



Dan pemenang terpantas tersebut ialah :-)













Tahniah diucapkan, kepada DYSHA sila tinggalkan details anda di email MJ ye normj1001@hotmail.com dan kepada yang lain jangan sedih ye, mana tau ada lagi nanti buat korang :D


p/s : Takut ada yang salah faham, Note Book ni apa yang MJ faham adalam Buku Nota/Catatan dan bukannya Laptop tu ye.. Harap maklum :D

Kisah Lawak Burung LANGkawi

Burung HELANG adalah trademark bagi Pulau Langkawi, MJ yakin semua orang tau kan replika burung HELANG yang ada berdekatan dengan Jeti Kuah tu kan.. :)


Seperti yang dinyakan di entry sebelum ni, jadi MJ nak kongsi dengan korang satu cerita :-)

 Malam tu sedang enak kami 'lepaking' di sini sambil menikmati angin malam yang sepoi-sepoi menampar pipi yang gebu gebas ni, serasa nyaman je badan ha, tiba-tiba terdengar

'Syuuhhhhh syuhhhh syuhhhh' (seperti sedang menghalau ayam) sambil tangan sebelah menggalas beg tangan dan sebelah lagi memegang kamera, lagak seperti ingin mengambil gambar pergerakan burung tersebut.
MJ dengan Mak berpaling pada arah suara tersebut
Jejaka tersebut terus bertanya kepada kami :-


Jejaka : Burung ni memang tak bergerak ke?
Mak    : Kalau bergerak kami tak dok la bawah burung ni, semua pakat lari habis la :)
Jejaka : Owhh ye ke? Saya ingatkan burung ni bergerak dan akhirnya terus berlalu


MJ dan mak tersenyum dan ketawa, terpikir adakah dia sedang 'buat lawak' :)

Dan tiba-tiba terdengar suara dibawah (kami masa ni masih di atas tempat burung helang)

Jejaka tadi : Cepat la berdiri nak ambik gambar dengan burung helang ni
Wanita       : Ehh!! taknak lah takut karang burung tu gerak
Jejaka tadi : La nak takut apa, cepat-cepat berdiri lepas tu sudah.
dalam ketakutan dan selesai ambik gambar terus beredar.


Adoila, macam-macam pe'el manusia, kalau korang la masa ni apa pendapat? Takkan diorang tak tau burung Helang ni dah berkurun ada kat situ, atau adakah sengaja nak menghiburkan kami.... huhuuu :)

Puding Triffle di Hari Raya

Raya Korban tahun ni MJ buat PUDING TRIFFLE Anggur untuk dibawa ke rumah mertua. Hati sebenar meronta nak makan Kek Biskut Marie (Kek Batik) tapi akhirnya jadi Triffle dulu, sebab asben cakap kek batik tu semua dah biasa makan, puding ni orang jarang atau tak pernah makan :) Jadi sebagai Isteri Mithali, cewahhhhhh perahsantanlemakbetul makanya diturutkan jua. :)



MJ guna Kek Pandan Layer Apollo, beli sekotak tu ha puas hati nak susun lagu mana pun :D  Masih menggunakan resepi dari entry SEBELUM INI, cumanya koktel je MJ tak guna, yang lain tu sama saja :)


Disebabkan Jeli Perisa Stoberi kehabisan stok, jadinya MJ gunakan Perisa Oren, nampak macam tak meriah kan..? Jadila dah cari barang pun last minit tentulah banyak yang habis :)



Bekas besaq, nampak jeli macam tak cukup je, takpela.... heheee nak sedapkan hati.. Dapat juga Cik Nurul kita merasa, maaf la sebab tak cantik ye :)



Kelayakan mendapat diskaun 10% dari Pinjaman PTPTN

MJ merupakan salah seorang peminjam PTPTN masa Diploma tahun 20** (maaf tahun terpaksa dirahsiakan..hehehe) cukup 6 bulan lepas tamat pengajian, sampai surat dari Mahkamah suruh bayar balik pinjaman, padahal masa tu MJ masih terkial-kial mencari kerja tetap.


Ok pada korang yang nak menikmati Diskaun 10%dari pinjaman yang dibuat jom kita baca kat bawah ni :)



Nampaknya bermula 1 Oktober 2012 ni kena bayar secara konsisten la selama 12 bulan berturut-turut jika ingin menikmati rebat tersebut.. Hmmm terus bersemangat waja nak membayar balik dengan keazaman yang kuat..heheee


Nak baca lanjut klik SINI

Firas KACAK...? ("~")

Tersenyum simpul MJ baca komen ni di entry semalam, adoila Maisara oh Maisara.. heee :) Comel tau, apa la yang dia faham erti kacak ni kan :-)

Kacak dari segi mana yang Maisara maksudkan tu ye... Jadi dah alang-alang ni, apakata kita lihat 'kemesraan' antara Firas dan Maisara masa Open House Raya hari tu (Ampun rupanya belum update lagi pasal ni...hehee)

Usik Mengusik

Ketawa bersama

Berbual mesra

Gelak ketawa yang hanya mereka yang memahami

Dan bergambar kenangan bersama pemilik blog Senyum Senyum dan juga Maisara :)


 Apapun terima kasih kak Diana sebab sudi singgah, untuk pertama kalinya kami berjumpa, sebelum ni bertegur sapa dalam blog je tanpa kenal siapa pemiliknya melainkan hanya Maisara. :)


p/s : Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua rakan beragam Islam, semoga ibdah korban membawa keberkatan buat kita semua..



Cuba teka Hadiah apa ye??

TEKA TEKI diTUTUP

Jom cuba teka meneka :)

 Hadiah ni pemberian dari offismate yang akan meninggalkan ofis kami selepas raya AidilAdha ni..
Terharu sangat sebab meninggalkan kenangan buat kami semua disini :)
Masa dapat bungkusan ni, sayang sangat nak buka, jadi apa kata kita berteka teki apa barang di dalam.


Barang ni tak lah besar, biasa-biasa saja. Korang teka lah berapa kali pun 
sebab jawapan yang pantas dan tepat saja yang akan dipilih sebagai pemenang. 
(my colleague tak leh teka iaitu cik Umi, heheee)

Kesinambungan Entry Semalam

Seperti di entry SEMALAM (klik untuk membaca), memang ianya satu percutian yang langsung tak dirancang, kiranya sebut dan terus jadi saja pada hari tu. Pada asalnya plan nak kesana mungkin dalam bulan 12 ataupun paling tidak tahun depan. Tapi siapa sangka yang tak dirancang tu la yang menjadi, kan?


Hari Sabtu lepas dalam pukul 2.30 petang macam tu baru buat keputusan nak ke sana, asalnya asben tak bagi, almaklumlah pada hari tersebut dia kerja (OT) sampai petang dan maksudnya kalau MJ ke Langkawi, terpaksa meninggalkan suami di sini. At last asben bersetuju, masa tu lah kelam kelibut packing barang, dan terus roger maksu MJ yang kebetulan memang nak kesana untuk berkursus untuk datang ambik MJ. (Mujur sempat)


Pemandangan dari balkoni (Rumah tingkat 2 tapi disebabkan atas bukit nampak tinggi kan)

Langkawi adalah tempat baru untuk family adik MJ, diorang memang tak pernah menjangka akan berpindah dan menginap disini. Alhamdulillah kuarters yang diberi sangatlah luas dan selesa, pemandangan pun cantik.



Suka dengan gambar ni, nampak tenang, kehijauan dan juga kebiruan :) Saujana mata memandang.

Penuh dengan bukit bukau, rasanya ni antara pulau-pulau yang ada di Langkawi kan.

Dari jauh MJ terpandang pulau ni, nampak macam Pulau Dayang Bunting, tapi tak taulah betul ke idak ni Pulaunya, rasa bukan kot kan, entahlah sebab tak penah sampai lagi :D


Dan kerana merekalah punca MJ ke Langkawi tanpa dirancang, berdesup dengan hati yang bersemangat untuk berjumpa dengan 2 orang kesayangan MJ... :) Lepas ni susahlah nak jumpa dah diorang sebab dah dok Langkawi..... sobsob... :)


Kami tak kemana sangat pun sepanjang 3 hari disana, yela p masa belum GAJI kan, cuma jenjalan sekitar KUAH je,  insyaAllah akan ada lagi trip ke Langkawi next time, sebab tu MJ tak sempat nak inform Cik Matatajam yang MJ ke sana. Nanti MJ roger k :)


WW : Moncong lagi lahai

Ilhan sekarang ada hobi baru tau, asal kita 'marah' dia je terus moncong ha, 
mungkin ala-ala cam sebek (sedih) 




Lagi kalau nak tengok gambar Ilhan klik PEWARIS dan MULUT COMEL :)


Percutian yang tak dirancang

Masih lagi dalam keletihan, mood nak buat kerja belum mai lagi tapi dah bercuti semalam hari ni kena kembali bertugas sebab 2 minggu lagi nak p bercuti pulak :)

MJ nak jejak balas komen-komen yang ditinggalkan selama 3 hari ni, terima kasih atas kunjungan korang.



 Disinilah tempat kami bercuti, Langkawi we Come :-)


Tak banyak tempat kami tujui, almaklumlah belum gaji kan


Bila tengok sang HELANG ni rasa gerun, tapi ada cerita lawak disebalik.

Nanti la MJ update ye :)

Tekak tetiba teringin

Bila hujan ni tekak rasa nak makan macam-macam tapi masalahnya malas nak buat :-) Nak meng'order' tu tak dak masalah tapi rasa macam baik buat sendiri je, haissssyyy tu semua nafsu dok goncang iman tu :-)


Mula rasa nak makan kek Batik aka kek Biskut Marie, google resepi ok senang je nak buat bahan-bahan pun mudah, balik kerja satgi boleh pergi cari barang.



 Lepas tu rasa macam nak makan Oreo Cheese Cake pulak, haisssyyyy tu semua penambah lemak-lemak tepu dalam badan tu :)


Tapi kalau dapat Strawberry Cheese pun best jugak, lemak masam manis semua ada, terus rasa tak sabar nak p Cameron bercuti free nak borong strawberry banyak-banyak pastu nak masak macam-macam.. Masalahnya rajin ke MJ ni??? huhuuu



Tapi antara semua yang atas tu yang paling rasa nak makan sesangat adalah.......












Haagen Dasz Fondue - adehhh tak pernah makan, teringin sangat nak try :) Ada yang nak belanja ke? wahahahaa :D



p/s : Entry ini bukan bermaksud mengidam atau apa ye, tapi adalah sebab nafsu nak makan...heheheee :D


Alhamdulillah rezeki untuk Mak

Setelah lebih sebulan Mak MJ menanti cheque ni, alhamdulillah dah dapat :) Penat jugak menunggu, dah macam ada payment term pulak :)



Sebenarnya duit ni sebab Mak ada masak untuk jamuan di sebuah kilang, untuk makluman ianya adalah JAMUAN HARI RAYA PUASA ye, dah nak masuk RAYA HAJI baru dapat bayaran. Kalau 10kali kena tunggu macam ni, mau makan modal tuan katering :)

Apapun syukur alhamdulillah, dapatlah Mak gunakan untuk persiapan Raya Haji kan :)

Mak MJ sekarang dalam perjalanan ke Langkawi menemani family adik MJ yang berpindah ke sana dari LUMUT, moga perjalanan mereka selamat. Dan selepas ini pastinya MJ akan merindui gelagat anak menakan kesayangan iaitu Firas dan Ilhan ;)

Nak poligami tak perlu keizinan Isteri

Terperasan keratan ni kat FB semalam, banyak la yang diperdebatkan, dan konpem ramai Isteri Pulau Pinang tak setuju kan termasuklah MJ. Tetapi yang berganda keceriaan tentulah SUAMI dan mungkin ada yang dah memasang angan-angan :P



MJ malas nak komen panjang, cumanya buat apa nak sorok kan at least kena la bagitau isteri, bila tak perlu minta izin ni maksudnya suami akan men'dua'kan atau tiga atau empat isteri tanpa pengetahuan isterinya dan akhirnya pada masa akan datang pasti akan timbul masalah (jika isteri tu tak dapat menerima). Nak poligami tak salah, asalkan sang SUAMI berTANGGUNGJAWAB dan MAMPU melaksanakan keperluan mengikut hukum agama.


p/s : Berdoa moga hubungan kami suami isteri berkekalan hendaknya tanpa ada masalah, aminnnn :)

WAJAH

Tertarik dengan kata-kata ni di FB AKADEMI AL-Quran

Kata-kata yang sangat menyentuh hati


p/s : Happy Birthday yang ke 24 tahun buat sahabat/adik merangkap rakan blogger iaitu Corat Coret Nusha,  semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh. Dan semoga bisnes craft berjaya ye Yui. Jom sesama kita terjah blognya dan ucapkan selamat buat nya supaya besday girl gumbira ;D
 

Gieyana Giveaway ~Saya Mahu!


Nak join klik banner ye
Due : 19 Oct 2012

Saya Mahu menang dalam giveaway ini kerana
- merupakan salah seorang peminat setia pengguna perfume Body Shop (dan yang penting suka simpan koleksi botolnya yang cute walaupun simple)
- Baunya yang sangat harum memikat, terpesona, terpegun (walaupun ada bauan lain)
- Bila nak guna terasa sayang, tapi bestnya bila guna tak terkata (rasa macam mandi bila disembur)
- sanggup tinggalkan sikit supaya nanti bauan tu akan dapat dicium seterusnya dikenang
- Paling sedih bila Perfume Oceanus perfume pujaan hati dah tak dikeluarkan
- mujur masih simpan 2 botol dengan airnya (perfume) masih bersisa, dapat juga menghidu bila kerinduan menggamit..hehehee


Apapun kak Gie, tahniah dari Myra sebab menang GP contest Nivea tu ye, murah rezeki untuk kak Gie dan gambar tu memang layak menang sebab cantik, bila tengok senyuman disitu, Myra turut tersenyum, memang ceria dan penuh kasih sayang ;)


Abu Bakar As Siddiq dituduh sama dengan iblis




Baru baru ini saya ada terbaca post dalam facebook yang ditulis oleh salah seorang yang saya rasakan bukan dari golongan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Tulisannya secara terang terangan cuba merendahkan darjat Sahabat Khulafa arrasyidin seperti Abu Bakar As Siddiq dan Umar al Khatab R.A. saya pada mulanya enggan berhujah dengan penulis ini kerana bukanlah untuk menentukan siapa menang atau kalah, benar atau salah akan tetapi setelah melihatkan nama sahabat diperendahkan darjatnya, saya rasakan perlu untuk saya pertahankan.

ISU: Ini salah satu dalil pihak Syiah gunakan dalam melaknat Abu Bakar r.a dan Umar r.a : Kali ini mereka gunakan Imam Abu Hanifah r.a yg mengatakan Abu Bakar dan Umar adalah Iblis, nauzubillah. Dibawah ini adalah postnya:

 MARI KITA LIHAT KATA2 IMAM BESAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH IAIATU IMAM ABU HANIFAH BERKENAAN SAIDINA ABU BAKAR DAN SAIDINA UMAR:
Abdullah bin Ahmad bin Hambal telah merakamkan dalam kitab Al Sunnah: 370 – حدثني محمد بن هارون نا أبو صالح قال سمعت الفزاري371 – وحدثني إبراهيم بن سعيد نا أبو توبة عن أبي إسحاق الفزاري قال كان أبو حنيفة يقول إيمان إبليس وإيمان أبي بكر الصديق رضي الله عنه واحد قال أبو بكر يا رب وقال إبليس يا رب // إسناده صحيح 
 (Two chains) Abu Ishaq al Fazari says that Abu Hanifa use to say that faith of ibless and faith of abu bakar are one. Abu Bakar said: o God. and Ibless said: o God Researcher of book, Mohammad Saeed Salim says: Isnaad Sahih
Terjemahan: Dari dua rantaian perawi, Abu ishaq al Fazari berkata, Bahawa Imam abu Hanifah telah berkata: KEIMANAN IBLIS DAN KEIMANAN ABU BAKAR ADALAH SATU, ABU BAKAR BERKATA: OH TUHAN DAN IBLIS PUN BERKATA: OH TUHAN...
 [ السنة 4 - عبد الله بن أحمد ]الكتاب : السنةالمؤلف : عبد الله بن أحمد بن حنبل الشيبانيالناشر : دار ابن القيم – الدمامالطبعة الأولى ، 1406تحقيق : د. محمد سعيد سالم القحطانيعدد الأجزاء : 2(1/219)






JAWAPAN: Salam. Sebelum saya cuba menjawab pernyataan diatas, eloklah saya katakan seberang persoalan agama haruslah dirujuk kepada para alim ulama agar tidak tersasar dari maksud sebenar ataupun menyebabkan perlencongan akidah. Jika saya tersilap sila betulkan

Sememangnya ada pihak pihak tertentu cuba memburukkan nama Imam Abu hanifa. Mereka cuba menjatuhkannya dengan menyatakan dia seorang murji, dia menolak hadis dan merendahkan martabat Abu bakar As siddiq Peratamanya, Imam abu hanifa merupakan seorang seorang ulama yang mendapat pujian dari ulama ulama yang lain. Memanglah ada sesetengah ulama sunnah yang tidak menyukai beliau. Sememangnya kita sebagai manusia tidak akan diterima oleh semua manusia hatta Rasulullah SAW skalipun mempunyai musuh. Bagaimanapun kebanyakkan ulama memuji beliau seperti Imam Dahabee dalam bukunya tazkaratul huffadh, Shaykh Zubair Ali Zai dan Shaykh ul Ilsam Ibnu Tamiyah. Imam Syafie juga menyatakan beliau sangat mengkagumi Abu Hanifa

Sebelum kita memperincikan kata kata Abu Hanifa terhadap Abu Bakar R.A elok kita ketahui juga bahawa kita boleh buat seseorang itu mengatakan apa saja jika kita tidak mengikut konteks tentang apa yang cuba dikatakan. Contohnya seperti orang munafiq dan kafir menggunakan ayat2 al quran tertentu untuk menyatakan al quran menyuruh umat islam membunuh orang kristian dan yahudi dan sebagainya. Kita seharusnya melihat kepada fahaman dan ajaran secara keseluruhan yang dibawakan oleh seseorang itu sebelum mengatakan sesuatu mengenainya.

Tentang kata kata abu hanifah Dari dua rantaian perawi, Abu ishaq al Fazari berkata, Bahawa Imam abu Hanifah telah berkata: KEIMANAN IBLIS DAN KEIMANAN ABU BAKAR ADALAH SATU, ABU BAKAR BERKATA: OH TUHAN DAN IBLIS PUN BERKATA: OH TUHAN...

Terdapat dua kelemahan dalam teks tersebut Pertama terdapat juga riwayat dari ishak Zafari
 أَخْبَرَنَا عَبْد الله بن جَعْفَر ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَعْقُوب بن سُفْيَان ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو بَكْر الحُمَيْدِيّ ، عن أَبِي صالح الفَرَّاء ، عن الفزاري ، قَالَ : قَالَ أَبُو حنيفة : إيمان آدم ، وإيمان إبليس واحد. قَالَ إبليس : رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي سورة الحجر آية 39 وَقَالَ : رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ سورة الحجر آية 36 وَقَالَ آدم : رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا سورة الأعراف آية 23
Fazari said Abu Hanifa said the eeman of Adam and Iblees was one. Iblees said ( "My Lord, because You have put me in error,) and Iblees said "My Lord, then reprieve me until the Day they are resurrected." and Adam said "Our Lord, we have wronged ourselves"
Abu Tooba daripada Ishaq Fazari menyatakan Abu Bakar sedangkan Abu Saleh daripada Ishaq Fazari mengatakn Nabi Adam A.S. terdapat perbezaan disitu. Keduanya, pernyataan oh tuhan bukanlah pernyataan keimanan kerana iblis juga mengaku adanya tuhan. Akan tetapi yang menyebabkan dia kufur adalah kerana ingkar arahan Allah SWT bukannya tidak mempercayai kewujudan Allah. Sebab itu iblis juga mengatakan oh tuhan kerana mempercayai Allah tetapi tidak patuh kepadaNya

ada beberapa lagi isu yang dibincangkan akan tetapi terlalu panjang untuk saya bicarakan disini. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan sambung isu yang lain
 
By: Mr Jay




Pengalaman Membeli secara online

Entry ini adalah sebagai peringatan buat diri sendiri dan MAAF ianya agak panjang.

MJ dah beberapa kali membeli barangan secara online, setakat ni alhamdulillah tiada masalah, pihak penjual pos barang yang dikehendaki tepat pada masa yang dijanjikan. Jadi kita pun seronok nak membeli dan akan teruskan belian di masa akan datang, betul tak?

Sebelum ni kecoh hal ZALORA dan LAZADA apabila barang yang dipesan senyap dan sepi begitu sahaja. MJ pun bila baca pengalaman kawan-kawan yang 'terkena' saja gatai tangan cuba order online dengan salah 1 pihak tersebut, dan MJ memilih term COD, maksudnya barang sampai baru bayar senang at least tak lah geram atau terasa ditipu. 
Dan ternyata sehingga saat ni, rasanya dah hampir 2 bulan kot, barang yang dipesan langsung tak nampak batang hidung, apatah lagi pihak diorang nak email atau telefon, hmmmm malas nak bising lagipun belum bayar kan, so let it go dan ternyata betul apa yang orang perkatakan sebelum ini.. TITIK!!


Ok lain cerita baru-baru ni MJ ada membeli secara online thru FB, tertarik dengan barangan yang dijual selepas classmate MJ ada beli dan HIGHLY RECOMENDED, jadi MJ pun pilih punya pilih dan buat keputusan untuk membeli dan membayar pada hari SELASA (9 Sept 2012), penjual memaklumkan akan pos pada hari Khamis (11 Sept 2012) dan siap beri Tracking No pada MJ. MJ pun setuju dengan perkara ini.

Bila pos hari khamis dan oleh kerana MJ tinggal dalam kawasan bandar (1 hari tempoh penghantaran), maksudnya barang akan sampai pada hari Jumaat, tapi malangnya tak sampai, ok takpa tunggu hari Sabtu la tengok macam mana. (Untuk sedapkan hati)


Check dengan pejabat pos tempat MJ dan bagi tracking no, pihak pos cakap No tu tak wujud dan maksudnya belum pos lagi. Jadi MJ PM penjual tersebut untuk bertanya inginkan kepastian betul ke dah pos dan dia maklumkan bahawa barang MJ MEMANG DAH POS PADA HARI KHAMIS, dan memberitahu kebelakangan ni banyak barang customer dia sampai lewat lebih kurang seminggu sebab musim hujan, dan sistem pos down.


Dan bila tanya adakah betul Tracking No tu-yela takut silap ke apa kan - terus SENYAP tiada jawapan. Pihak POS memberitahu MJ sekiranya barang tersebut sudah dipos, automatik tempat penghantaran akan scan No Tracking tu dan direkod dalam sistem mereka tapi bila di check tak ada.

Isnin lepas (15 Sept 2012) MJ tunggu lagi barang tersebut tetapi tetap juga tak sampai, MJ PM sekali lagi penjual dan bertanya soalan yang sama, tapi tak berjawab dan MJ perasan di wall FB nya dia bagitau barangan yang dipesan akan sampai lewat sebabnya musim hujan sekarang ni dan mohon maaf tak sempat nak reply komen di Inbox sebab terlalu banyak.

 Maaf, dah cuba untuk rotate tapi masih tak menjadi, 
kalau korang perasan ada nampak tarikh pada 13 Oct 2012.
Kualiti gambar agak kurang jelas sebab menggunakan enset.



Dan pada hari Selasa (16 Sept 2012) barang tersebut baru sampai di Pejabat Pos tempat MJ dan bila tengok di resit tarikh penghantaran/pembayaran dibuat adalah pada hari SABTU (13 Sept 2012) jam 4.50 petang, lagi 10minit pejabat pos nak tutup memang konpem la barang MJ akan diproses pada Isnin. Dan kalau betullah masa tu barang yang dihantar, pada MJ mana ada sampai lewat pun, normal lah proses hari Isnin dan hari berikutnya MJ boleh dapat. (Sedangkan MJ juga ada pos barang kepada blogger Ina pada hari KHAMIS dan hari Jumaat tu Ina maklumkan barang dah sampai)

MJ tak kisah kalau dia nak pos lambat pun (asalkan dia bagitahu la kan) tak lah kita ni tertunggu-tunggu, takut la kot-kot barang tu hilang ke atau apa ke kan. kalau barang harga RM12.00 MJ ok lagi, tapi kalau melibatkan ratusan ringgit siapa tak risau kan.


Lepas kejadian tu MJ memang beringat la dan TAK AKAN berurusan lagi dengannya, maaf cakap tapi kalau kita berniaga secara ikhlas customer akan berpuas hati dan akan teruskan belian pada masa akan datang, berterus terang itu lebih baik dan tak perlu menyalahkan pihak lain yang nantinya diri sendiri yang susah.


p/s: MJ akui kekadang kita semua ada kekhilafan, harap perkara ini tidak berlaku pada MJ juga.



WW : Pewaris No 7 dan 8


 Hheeee, sweet je tengok 2 beradik ni :)


Selamat pagi semua.......

Labels

Adat Perkahwinan India (1) adik kemalangan (5) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang Maklom (1) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Goreng sedap (2) aiskrim kek (14) Akademi Fantasia (3) aksi terlampau (12) Alamat Jalil Coconut Shake (1) Alamat Nasi Arab di Bandar Perda (1) Almari MJ (1) Ana Rafali dan Suami (1) Anak anugerah Allah (1) Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (1) Angin dalam Badan (1) angry bird (2) anime (2) Anne Ngasri (2) Anniversary (9) Apa itu berkabung dalam Islam (1) Apom Polkadot (2) Asam Gelugor aka Asam Keping (1) ASB (1) Ashraf Muslim (1) Assignment (1) astro (2) Asyraf Muslin dan Wan Sakinah (1) Avon (10) Ayam Dendeng (2) ayam goreng rempah (2) Ayam Percik (1) Azza Elite (2) Bahaya Cyst (1) Bahtera Nabi NUH (1) BAJET 2012 (5) Baju Pengantin Diana Amir (1) baju tunang (1) balotelli (1) Banjir Kilat di Cameron Highland (1) Batik Pants (1) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bayaran Balik Pinjaman (1) BE nuffnang (42) beauty Umaira (1) Bedak Arab KokuRyu (2) Bedak Miyami (2) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Beef Lasagna Cheese (3) Bekam adalah Sunnah (2) Belajar secara Sidang Video (1) Ben Ashaari (3) Bencana Alam (1) Bercuti di Melaka (1) Bercuti di Taiping (1) Berita Sensasi (3) berita terkini (3) Birthday Suami (9) Bisnes Pelekat Pantz (3) Blogger Kelantan (1) blogger Kuala Lumpur (11) Blogger Perak (1) Blogger Utara (8) Boikot Israel (1) boikot mc donald (1) bolasepak (1) bomoh VIP penipu (1) bonus (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Borang BR1M online (1) borong.com.my (3) buku denaihati (1) Bunga Pandan (1) Burger Bakar (1) Burger Besar (1) Burger King (5) Burger King Penang (2) Burger KOMTAR (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) Butter Prawn sedap (2) Cable Car Langkawi (1) Cameron Highland (17) Candy Crush Saga (1) cantik (82) car loan (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Dekorasi Bajet (1) cara membawa masuk barang ke malaysia (2) Cara Membuat Burger (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) cara mengira cukai (2) Cara menguji Personaliti (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara mudah nak lipat baju (1) Cara Solat (1) Cara ubati Denggi (1) Cashout Nuffnang (2) Celebrate Birthday (13) Celoteh MJ (130) Cendol Maklom (1) Cendol sedap (1) ceramah (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque Exabytes (2) Cheque HOT FM (1) Cheque Nuffnang (4) Chicken Chop (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) churpchurp (15) Ciptaan Allah SWT (2) COACH For Sale (1) Coconut Shake (3) coklat (2) Coklat Crepe (1) contest (32) CoQ Health Plus Shaklee (1) Cover Samsung USAMS (1) CPUV Earning (11) CPUV Nuffnang (11) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) cukai kastam (3) Cuti-Cuti Malaysia (9) CY 2000 (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) dalam negara (9) De Pauh Garden (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dekorasi Simple by MJ (1) Demam Denggi (1) Denaihati (29) Diana Amir dan Suami (1) Diskaun PTPTN 10% (1) Ditipu dengan Western Union (1) Dividen ASB (1) DIY Fridge (1) DIY Peti Ais (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) drama Melayu (2) Drama Nora Elena Novel Kasih Suci (1) duit malaysia (2) dunia artis (58) duti import (2) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Emperial Horse Wallet (1) endorscope (6) Ephyra membantu untuk Hamil (1) Ephyra meningkatkan kesuburan (1) EURO 2012 (1) Exabytes (1) Exam USM (15) External Hard Disk (1) Eyriqazz vs Denaihati (1) Facebook Fanpage (2) Fadilat Bulan Rejab (1) Family Day (4) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fesyen (23) Filem Ombak Rindu (1) Firas (28) Fizo Mawar bersanding (1) Followers (15) free sample (1) Fridge Magnet (15) Fridge Magnet Oversea (1) Frozen Food (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Faizal Ismail (1) Gambar Fara Fauzana (1) Gambar Pelik (1) games (3) Gaviscon Advance (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) GiveAway (95) GST (1) GUESS (4) hadiah (65) Hadiah Anniversary (5) Hadiah Birthday (6) Hadiah Contest 2013 (13) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Hadiah Wang Tunai (11) Haiwan Pelik (1) Handbag COACH (2) Handmade Frame (1) happy (42) Happy Anniversary (5) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hari Raya Puasa (41) Header Baru (4) Header Raya (1) heartbeat (10) Henna Mehendi (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) HomeMade Aiskrim (2) HomeMade Burger (2) Homemade Burger Bakar (3) Homemade Meatball (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homestay Murah di Melaka (1) Homoseksual (2) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet (2) Hotel Bajet/Hotel Murah (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) hukum berkabung bagi Islam (1) Hukum Bertafakur (1) Hukum memakai Inai Lukis (3) Hukum Menyebut OMG (1) Ibadah Korban (1) ibadah puasa (5) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Masin (2) Ikan Terubuk Percik (1) Ilhan (9) ilusi optik (2) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Indonesia (1) Info (2) iniesta (1) iPhone 5 Contest (2) iPhone 5 Gadget Impian (7) IQ (5) Irma Hasmie (3) Irma Hasmie Mengandung (2) islam (17) Islam Agamaku (19) isu agama (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Konsert Mania (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) JAKIM (1) Jalan Masjid India (1) jalan-jalan (19) Jalil Coconut Shake (2) Jalil Coconut Shake Bandar Perda (1) jamuan raya (6) Jangkaan Kiamat (1) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jeruk Buah Penang (2) Join Contest (74) juadah berbuka (6) Jualan Penghabisan Stok (2) Juara bola sepak EURO (1) Jumpa Blogger (6) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) kad raya (8) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) kamera (9) Kami di Lumut (1) kapal karam (1) Karnival Kerjaya (1) kartun (2) Kasut Baru (2) Kasut Le Sandae Zalora (1) Katil MJ (1) KBC Rantau Panjang (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kebaikan Lecithin (1) Kebaikan Omega Guard Shaklee (3) Kedah Darul Aman (3) Kedai Kacang Bagan (1) Kegunaan Basic H Shaklee (1) Kegunaan Duit Nuffnang (1) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Keistimewaan ESP (2) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kejutan di Hari Lahir (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kek Lapis Sarawak (2) kekabu (1) kelakar (17) Kelantan (8) Kelebihan Al Quran (2) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Bulan Rejab (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (4) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan Vitamin C Shaklee (2) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kementerian Kesihatan (2) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) kenangan (8) Kenangan di tahun 2013 (1) Kenangan di Tahun 2014 (1) kencing tikus (1) Kenduri (9) Kenduri Doa Selamat (1) kenduri kawen (25) Kenduri Kesyukuran (2) keputusan GA (26) keputusan Peperiksaan (3) Keputusan PRU13 (1) keputusan SPM (2) Kerabu Sotong (1) keracunan (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kereta yang Diubahsuai (2) kes bunuh (3) KeyChain (1) khalifah ganti superman (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Nenas Batu (2) Khasiat Nestle Bliss (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (1) khulafa ar rasyidin (3) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Kisah Kereta MJ (1) kisah tauladan (10) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Carlo RINO (3) Konsert Mania (1) kontroversi (1) Konvo USM (4) Konvo USM ke 48 (2) kotak sembang (2) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) kuih raya (9) kupon (10) kupon KFC (6) Kursus Intensif USM (3) Ladang Teh Boh Sg Palas (1) Laksa Janggus (1) layan (126) Lecithin Shaklee (3) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (2) Lisa Surihani (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) Lost World of Tambun (4) luar negara (5) lucu (15) lukisan termahal didunia (1) Lumut (5) M'c Donalds (5) Macarons (1) Machu Pichu (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makan Sedap (57) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Maksud PJJ (2) Mandi di Private Pool (1) Mandi Wap (1) Masakan Pasta (1) mascara (1) masjid (1) masker wajah (2) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Mayang Mengurai (1) Maybank ATM Card (1) ME Nuffnang (15) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Meatball IKEA (4) Mee Sotong Padang Kota (1) Mee Sotong sedap (3) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (1) Mee Udang Special (1) Mega Giveaway Celoteh MJ (2) Melaka (1) melaleuca (1) Menang GA (63) Menu Barbeque BBQ (2) Menu Berbuka Puasa (3) Menu di Victoria Station (1) Menu Diet Atkin (3) Menu Hari Raya (8) Menu Rumah Terbuka (3) Menu Sarapan (1) mesir (1) MH370 MAS Hilang (3) Mineral Coffee Hai-O (1) Misteri Villa Nabila (1) movie (1) Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (1) mukjizat (3) Murtabak Telur (1) Mushroom Sup Pizza Hut (1) mutiara kata (3) My Best Moment (2) my birthday (10) My Graduation (1) My Koleksi (1) My Mum (1) Nabi Adam a.s (1) Nan Cheese Meleleh (1) Nasi Arab Al-Bayt (1) Nasi Arab Bandar Perda (2) nasihat (19) Nasihat Suami Isteri (2) negara yang bertanding dalam EURO (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nikah Kawen (19) Nikon D90 (12) nuffnang (53) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Omega Guard Shaklee (3) Omega Gurad Shaklee (3) on9 visitor (27) online (9) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Oreo CheeseCake (3) Original Handbag COACH (1) Ostematrix Shaklee (3) ovarian cysts (8) Panasonic Viera (1) Panggilan Palsu (2) Panorama TV1 (1) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Besar Siti Khadijah (1) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Pathlab Penang (1) Pati Ikan Haruan (1) Pegangan (17) Pekeliling 2012 (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Peluang Kerjaya (1) pemenang (49) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Penetapan Gaji Minimum (1) pengalaman (13) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Pengalaman HSG Test (2) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pengumuman (37) penipuan (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Perak (4) peraturan dan undang undang kerajaan (2) Percutian Kami (3) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (3) Perfume Burberry (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (4) permit import (2) Pernikahan Anne Ngasri (1) Pernikahan Artis Malaysia (1) Perodua Alza (4) pertunanganku (2) pesakit (19) Petaling Jaya (1) petua (12) Petua ubati batuk (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) photography (1) picaso (1) PilihanRaya (1) Pisau Magik (2) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Pizza Hut Promotion (8) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) PJJ di USM Penang (14) Popcorn Ayam (1) Popia Milo (3) Popia Nestum (3) Portable Power Bank (12) Potluck (3) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 2800mAh (1) Power Bank 8000mAh (2) PRADA (1) pray for gaza (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Produk Shaklee (24) Program Affiliate AssignJobs (1) Program Realiti TV3 (1) promosi hebat (26) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Proton Terbaru (1) PTPTN Info (2) Puasa Ramadhan (6) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Pulau Langkawi (9) Pulau Pinang (20) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Pelancongan (31) Pusat Peranginan di Malaysia (1) Qi Razali dan Nelydia Senrose (1) Quran (2) Ramalan Kiamat (1) Rantai Tangan Hilang (1) Rashidun Caliph Conference 2014 (1) Rawang Burger Bakar (2) Rawatan Kesuburan MJ (6) Rebat Bil Elektrik (1) Rekod Baru (3) Rempah Nasi Arab (1) rempah sauna (1) Renungan Bersama (1) Resepi (31) Resepi Aiskrim (2) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Mudah (1) Resepi Ayam Sedap (2) Resepi biskut Meringue (1) Resepi Burger sedap (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Juadah Berbuka (6) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Lasagna Atkin (1) Resepi Lasagna Telur (1) Resepi Mudah dan Sedap (1) Resepi Mushroom Sup sedap (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Popia Goreng (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (2) Resepi Puding Triffle (4) Resepi Roti (2) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sotong Kangkung (1) Resepi Spagethi mudah (2) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resipi (8) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) review blog (8) Review Ephyra (3) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) rumah tangga (20) Rumahku Syurgaku (1) rusuhan (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Salak Denai Chalet (4) sale (9) Saloma Bistro Kuala Lumpur (1) Saman Hadlaju (1) santai (2) Sarawak (1) SBPA (4) Scha dan Awal (1) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) sedap (22) sedih (21) Segmen Eyriqazz (1) Sejarah Komputer (1) seksi (1) Semanis Kurma TV9 (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Seminar Wordpress (3) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) senarai peserta (20) Sepanyol vs Itali (1) Sepetang Bersama Blogger (5) Set Berpantang Shaklee (1) Set BUASIR (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Set Menyusu Shaklee (2) Set Senggugut (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Siapa perlukan ESP (2) Side Income (2) sihat (15) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL (1) Simply Siti (1) simulator (1) Singapura (1) Sinopsis Bukan Bidadari (2) sinopsis KHILAF (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Slot Lestary TV3 (2) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Sooft Book Washable for children (1) sosilawati (1) Sotong Kangkung (1) SPA (3) Spagethi Meatball sedap (2) Steamboat dan Yong Taufu murah (1) Stokin Kaki Scholl (1) Stokin Scholl Sleeping (1) Strawberry Cheese Cake (2) Strawberry Park Resort (6) suami isteri (30) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) sunnah wal jamaah (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Surprise Birthday (1) Susu Kambing sedap (1) SX150 IS (2) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) syiah (2) Taj Mahal (1) tan sri ali hashim (1) Tanda menghidapai Cyst (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tarikh mengundi PRU13 (3) Tasik Dayang Bunting (1) teka-teki (15) teknik- teknik fotografi (1) Telefilem KHILAF TV1 (1) temuduga (2) Tepung Magik (1) terima kasih (116) Testimoni B-Complex (1) Testimoni Basic H Shaklee (1) Testimoni Ephyra (3) Testimoni ESP (2) Testimoni GLA Complex (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (2) Testimoni produk Double Stemcell (1) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni Shaklee (2) Testimoni Vivix (3) Testimoni Zalora (1) ThePopLook (5) Tiket Wayang Free (3) Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak (1) tips (14) Tips buat suami isteri (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tips pemilihan Tudung (2) Tips Rumah Tangga (1) Tiram Goreng Tepung (1) titanic 2 (1) Tonsil Bengkak (1) top komen (10) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Trying To Conceive (6) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Chiffon 3 Layer (5) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) tutorial (10) Tutti Frutti (2) Twitter (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Update Bloglist (1) USM Penang (22) Ustaz Ahar Idrus (4) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Vibrance Kegel Device (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) video (9) Wallet (5) Wallpaper Fridge (1) Wang Kelian (1) wang kertas siri baharu (1) Watie Elite (1) Western Union Selamat (1) Wordless Wednesday (35) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Yusry KRU (1) Zalora Malaysia (1) Zinc Complex Shaklee (1) zuriat (2)