Seminar Buat Duit dengan Blog

UPDATED
Siapa yang belum mendaftar sebagar peserta SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG ni? Kalau belum cepat kena daftar, tak rugi tau untuk suatu majlis ilmu yang mungkin akan dapat kita praktikkan nanti, siapa tahu kan. Menuntut ilmu itu satu tuntutan, apa salah kita luangkan sedikit masa untuk mencari ilmu. Sebenarnya tak semestinya korang ada blog sahaja kena join, tapi SESIAPA SAHAJA yang nak mencari pendapatan sampingan ye.


Seminar akan diadakan pada Sabtu, 4 Mei 2013 AHAD 19 Mei 2013, jam 8.30 am – 1.30 pm di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya yang akan memberi ruang untuk anda mempelajari atau memantapkan perancangan blogging  selama ini. Sesi seminar yang berkonsepkan forum ini akan memberi ruang untuk anda bertanya dan berbincang dengan para panel yang terdiri dari top blogger Malaysia.


Dalam seminar kali ini, kita akan berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik lain seperti affiliate, e-book dan sebagainya yang ada sesetengahnya tidak pernah dicuba. Beberapa rakan blogger berpengalaman dan telah menjana pulangan lumayan dari aktiviti blogging akan berkongsi bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan mereka.

Bayaran untuk pendaftaran Seminar Buat Duit dengan Blog ini DIKEKALKAN sebanyak RM50 seorang. Pendaftaran awal akan tamat pada 15 April 2013 05 Mei 2013, dan selepas itu, yuran penyertaan akan dinaikkan kepada RM100 seorang.  RM 50 kalau ikutkan murah la untuk 1 majlis ilmu yang besar.. boleh baca kat SINI jugak.

Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
  1. Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
  2. Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
  3. Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
  4. Penganggur sangat-sangat diwajibkan
  5. Blogger ensem dan cantik
  6. Aktivis Sosial Media
  7. Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
  8. dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online

Ahli Panel Seminar Buat Duit Dengan Blog :
  1. Abang Ensem (Blogger Harta Tanah)
  2. Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my)
  3. Md Hasrin Md Hassim (President Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia)
  4. Ahmad Faizal (Blogger dan Cikgu)
  5. Nisa Kay (Blogger dan Wartawan Amanz.my)
  6. Rayyan Haries (Travel Blogger)
  7. Ustaz Nur Efendi Hamid (Blogger dan Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur)
  8. Zarul Umbrella (The Singing Blogger)

MJ dah pun mendaftar sebagai peserta, dan kalau korang berminat juga boleh mendaftar di SINI ye kerana pelbagai insentif akan diperoleh dari seminar nitau, kalau bertuah alhamdulillah.. hehehe...Bukan hadiah yang direbut tapi ilmu yang bakal diperolehi tu yang penting.. Jadi jika punya kesempatan tak rugi jika kita dapat luangkan sedikit masa kan.. 

Pada yang tinggal di luar kawasan KL/Selangor mesti memberi alasan jauh dan tidak punya masa, tapi kalau korang nak tahu MJ sanggup turun dari Penang untuk ke sana demi majlis ilmu yang mungkin lepas ni tak ada kot (kena tanya penganjur la kalau beliau nak buat lagi..hehehe) 


MJ mulanya nak booking tiket kapal terbang sebab tak larat nak drive ke sana, hubby tak ikut ada hal - so ajak emak sebagai teman, tapi memandangkan tiket dalam RM300++ fikir2 balik baik naik kereta lagi jimat, tapi nak drive tu yang tak sanggup sebab minggu selepas tu MJ akan ke MUAR pulak (drive lagi).. at last ajak emak naik bas.. hehee. 

Tapi alhamdulillah kita merancang dan Allah yang tentukan, dalam 'kepeningan' tu abah MJ sudi tolong bawak kereta ke sana dan dapat la bawak 1 family jalan-jalan.. heheee ;)


Ok pada korang, toksah dok pikiaq panjang-panjang lagi dah, sebab tak lama dah majlis ni iaitu 19hb Mei ni tau, takpun korang daftar je dulu, kalau niat kita nak dapat ilmu insyaAllah akan dipermudahkan urusan.. MJ dah lama mendaftar, dari bulan 4 lagi, sebelum tarikh asal 4hb Mei di UBAH ke 19 Mei. Masa tu kita pun tak tau kita ada urusan lain ke tak.. Cuma RM50 je tak rugi tau..hehehee :) Jom daftar di SINI..


p/s : Blogger yang akan bersama-sama MJ di sana nanti? :) Denaihati, Shakiddo, Kak SweetKurma, Kak AjuMohit,  Cik Siezuka, Datin Tyka,  TiranaAduka, MelastikBintang, CikguNaman, dan ramai lagi.. Ni antara blogger yang MJ kenal ;)


56 comments:

  1. wah menarik kan.ada juga terbaca tadi..

    ReplyDelete
  2. menarik ni tapi takde masa pulak nak pegi... nnt review ye...hehehe

    ReplyDelete
  3. Mesti ramai blogger2 hebat yang datang nanti tu kan.

    ReplyDelete
  4. mcm menarik ja..tp keadaan xmengizinkan...:-)

    ReplyDelete
  5. tak dpt nk join..nanti akak kongsi la tips tu. hehe

    ReplyDelete
  6. napelah jauh sgt tu kt PJ
    lau dkt2 penang ni nak gaklah join huhuh..t myra share ngan el eh

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah Nurul pun nak join..

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dapat join...jauh sgt..hu hu..

    ReplyDelete
  9. takde kesempatanlah nak join myra..

    ReplyDelete
  10. Singgah petang Isnin...wat apa tu MJ

    ReplyDelete
  11. memang bagus untuk mereka yang aftif berblog~

    ReplyDelete
  12. wow!!
    untung sapa dapat pergi..
    ehehehehe

    ReplyDelete
  13. MJ Pergi.. Nurul insyaAllah nak join jugak.. :)

    ReplyDelete
  14. teringin gak nak pergi.. bayaranpun berpatutan...

    ReplyDelete
  15. salam MJ..
    huhu..berblog sekadar suka2 je.. nk jd terlalu aktif ni x rajin..
    gud luck buat mereka yg join :)

    ReplyDelete
  16. Kalaulah dekat nak juga kakak join Myra.

    ReplyDelete
  17. mmg nak pergi, tapi tarikh seminar tu aku takde kat Malaysia....huwaaaaaaa....

    ReplyDelete
  18. wahhhhhh jauhnyaaa kak mj datanggg :)

    ReplyDelete
  19. tak pasti sempat ke tak nak join.. tp best of luck la semua na.. :)

    ReplyDelete
  20. seminar ni sangat2 bagus... ilmu yang didapati tu pasti sangat-sangat berbaloi..

    ReplyDelete
  21. menarik sgt..tp kite jauhhh sangat.hahaha..xpe2..nnti MJ share la kt belog.hehe

    ReplyDelete
  22. betul tu peluang sebegini jangan dilepaskan begitu sahaja

    ReplyDelete
  23. ada tak yang nak belanja eca ne..hehehe :)


    kak MJ,
    kalau nak sticker..nanti email kat eca ye. :)

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum MJ...bestnya kalau dekat boleh join sekali...:)

    ReplyDelete
  25. rajinnye myra join event2 nie...

    ReplyDelete
  26. memang sangat menarik..
    boleh gak... =)

    ReplyDelete
  27. x daftar lagi...nak join.. tapi takot takleh datang.. mesti best kan..

    ReplyDelete
  28. berblog sekadar suka2...tapi menarik juagk seminar nie..hehehe

    ReplyDelete
  29. bro DH memang berkaliber..siapa yg tak mahu menuntut dgn beliau adalah yg rugi..hehe

    ReplyDelete
  30. yeayyy... yeayyy... boleh jumpa ramai lagi.. :)

    ReplyDelete
  31. marilah mari~~ pergi seminar~ tunaikan kewajipan anda untuk berkongsi.~~

    ReplyDelete
  32. terima kasih dah daftar, iklan dan meyokong seminar buat duit dengan blog...jumpa disana nanti yer....

    ReplyDelete
  33. insya allah jumpa di sana nanti..

    ReplyDelete
  34. Semua yang hebat-hebat tu. tahniah akak join program tu. Nanti boleh kongsi ilmu sikit-sikit.

    ReplyDelete
  35. Dekat aje... time tu kena ke melaka. Ada kenduri

    ReplyDelete
  36. baguslah myra....dpt sokongan dr keluarga...

    ReplyDelete
  37. Tahniah MJ sebab akan menyertai event luar biasa ini sayang sekali saat ini kami lagi peperiksaan sampai minggu depan di Indonesia dan tak dapat tinggalkan tugas

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)