FRUST dengan SalamFone

Ini adalah entry luahan perasaan

MJ baru bertukar dari Celcom (Postpaid) ke SalamFone (Prepaid) gara-gara kecewa dengan Celcom yang setiap bulan caj mesti dalam lingkungan RM70-RM80 walhal tak guna sangat pun. Memang komitmen MJ setiap bulan RM50 tapi macam tak masuk akal MJ guna extra lagi sampai RM30 setiap bulan.

Setelah berbulan malahan bertahun dok bayar buta je macam tu, MJ bertekad berpaling tadah ke Salamfone. MJ dah guna dalam sebulan macam tu memang berpuas hati.. Jimat betul, korang bayangkan MJ topup RM10 tahan sampai sebulan, memang penggunaan MJ macam tu je lebih kurang setiap bulan sebelum ni, jadi nampak tak berapa banyak RM$$ telah dilaburkan sebelum ni.



Jumaat tengah malam (26/7/2013) MJ dapat SMS dari Salamfone bahawa servis akan tergendala untuk sementara, tapi tak pula diberitahu sehingga bila, MJ ingat normal lah servis provider shutdown kan, paling kuat 1 hari. Bukan pe kalau banyak hari, Ahad tu kan ada Majlis Sebarkan Semangat Ramadhan, MJ kesian kalau ada sesiapa yang nak datang cari MJ tak dapat, tentu jadi masalah kan :)

Dan ternyata Ramalanku Benar Belaka, sehingga entry ini ditulis (Isnin, 29/7/2013) servis masih lagi tergendala, kawan-kawan dan HOT FM pun dok cari MJ thru phone Ahad semalam tapi tak dapat, siapa yang tak 'angin' kalau SMS mahupun CALL tak boleh di buat.. Boleh 'mati akal' kalau lagu ni.. huhuuu

Sayang bisnes Melayu tapi macam ni, memang niat nak support tapi kalau 3 hari macam ni (dan boleh jadi lebih) susah la sebab MJ pun ada bisnes online..huhuuu.


**Tekad akan kembali bertukar, samada kembali ke servis asal (Hotlink) atau DiGi, tengah berkira-kira**

23 comments:

  1. so far sue guna digi ok la dari guna celcom bute2 bayar 80-90engget sebulan tanpa internet...kali ni pakai digi sekali dengan internet..bulan2 sue bayar pon rm75 ke bawah..

    ReplyDelete
  2. baru tau pasal SalamFone nih , tak pernah dengar pulak sebelum nih...

    ReplyDelete
  3. sy nk pakai jg salam fone ni tp bla tingat blk kg kg tu ssh nk dpt signal, sy tkr ke celcom pakai bil. mmg mahal tp nk coverage punya psl...reda je la

    ReplyDelete
  4. Tukar pakai umobile je...

    ReplyDelete
  5. Salam MJ..
    huhu..ssh jgk bila jadi kes2 mcm ni...

    ReplyDelete
  6. akak pernah complaint dengan celcom, emel kat semua org atasan dia, akak pakai portawifi dan dpt hujung bulan, tapi diorang caj bil dari awal bulan, haaa mengamuklah di situ, last2 dpt rebat 1 bulan, hmmm apa daa celcom, pengguna setia memang tak pernah dihargai

    ReplyDelete
  7. Salam Myra,K.atie guna CELCOM dr dulu hingga kini.(^_^)

    ReplyDelete
  8. Lama juga bermasalah. Kalau guna line mmg mcm tu. Kalau nak jimat guna prepaid je atau guna yg fix berapa RM sebulan.

    ReplyDelete
  9. nureen ada pakai celcom tp under campeni punya.. hehhee.. so bulan2 mmg murah la :)
    salam fon, x pernah dgr plak :P

    ReplyDelete
  10. adoyaiiii dah cam tu pulak
    tukarlah myra sllu lau dg celcom maxis jd kes cam ni x smpi pun seharian ni dah 3hari ni ptt kena tukarlah..

    ReplyDelete
  11. yui guna dg oklah..

    cian kan..kt nak tlg org melayu tp cmni prkhmatannya.

    ReplyDelete
  12. susahlah sampai berhari-hari tak dapat...

    ReplyDelete
  13. muja suka prepaid.. boleh kawal penggunaan kita. nak guna je baru topup,, mmm :D

    ReplyDelete
  14. Memang menyakitkan hati lah kalau keadaan cam ni. Dah lah time 2 ada benda urgent kan??? erm.... memang patut tukar

    ReplyDelete
  15. memang menyusahkan kalo cam tuh.. macam x de telefon lah gayanye kalo x de line kan~

    ReplyDelete
  16. Tu la kan... kekadang bila dapat sesuatu servis yang murah mesti akhirnya kualiti KURENG...

    ReplyDelete
  17. ayut rasa better gna digi.. ^^ tp tu la..perkhidmatan ni mmg payah jgk nk ckp...mmm

    ReplyDelete
  18. amik umobile je myra... berbaloi gak...

    ReplyDelete
  19. nampaknya MJ kena tukar perkhidmatan lain..salamfone dah diberhentikan perkhidmatannya

    ReplyDelete
  20. latest news... salamfone dah officially terminate kan service dia...

    ReplyDelete
  21. Servis salamfone ni dah berakhirpun sebenarnya. dah boleh tukar provider lain dah MJ

    ReplyDelete
  22. @Effa Eddy
    Nanti tinggalkan link blog ye sebab MJ tak dapat nak terjah balas ;)

    ReplyDelete
  23. Kemelut SALAMFONE dan MAXIS menganiaya dan menghina pengguna ISLAM .

    hubungi saya 0106315681

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)