Tamat Sudah secara Rasmi

Surat yang dinanti-nantikan telah selamat berada dalam genggaman, dan secara rasminya membuktikan bahawa MJ telah berjaya menamatkan pengajian secara JARAK JAUH selama 4 tahun di Universiti Sains Malaysia.

Syukur yang tak terhingga apabila segala pahit manis bergelar pelajar PJJ akhirnya terbalas kini, penantian selama 4 tahun membibitkan kemanisan di hujungnya. MJ macam tak percaya yang kami mampu menghabiskan pengajian walaupun pelbagai komitmen lain dihadapi seperti masing-masing dah kawen, ada anak, ada keluarga tetapi pahit akan manis akhirnya.



Tak lupa ribuan malahan jutaan terima kasih buat suamiku yang banyak memberikan sokongan padu selama 4 tahun MJ bergelut dengan pengajian, buat keluarga tersayang termasuk keluarga mertua yang amat memahami 'kesibukan' MJ selama ini, buat my BFF (Liza, Farzana dan Naziah) kita berjaya menamatkan pengajian sama-sama, mungkin ayat 'semangat' yang buatkan kita sentiasa berusaha (kami takkan tinggal kawan-kawan) dan segalanya terbukti kini.

Untuk next level maybe MASTER, belum dalam fikiran lagi sebab mungkin kami akan buat secara PJJ jugak, jadi perlukan masa terutama rehat yang mencukupi selepas berhempas pulas menyiapkan projek akhir (TESIS) yang amat mencabar fizikal dan mental.


41 comments:

  1. oh hoooo MJ boleh lompat bintang pasni ;-) tahniah!

    ReplyDelete
  2. tahniah myra...im proud of u :)

    ReplyDelete
  3. salam
    alhamdulillah rasa lega dan semoga apa citakan akan dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah syukurrr~ sonok kan.rara ni ntah bila lah nk start~

    ReplyDelete
  5. tahniah.. gaji lepas ni up la kan :D
    hadiah raya ni..

    ReplyDelete
  6. Tahniah! penat lelah berbaloi nampaknya.

    ReplyDelete
  7. tahniah kak..surat konvo saya x smpai lgi..huhu

    ReplyDelete
  8. Salam MJ..

    ALhamdulillah...
    Sekalung2 tahniah buat MJ..

    :)

    ReplyDelete
  9. tahniah ek mieyra...merdeka la lepas ni...boleh belanja akak hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum mj

    maaf lama xsinggah sini

    tahniah mj akhirnya habis jg slama 4y kan

    ReplyDelete
  11. Tahniah MJ. Lepas ni dah boleh berkira-kira nak sambung Master pulak la ye.

    ReplyDelete
  12. tahniah! nak photographer tak? adik saya free time tu.. :-) nak ambil gambar by group pun boleh..

    ReplyDelete
  13. tahniah myra..... salam aidilfitri juga

    ReplyDelete
  14. Tahniah Myra.. tumpang happy dengan kejayaan Myra~

    ReplyDelete
  15. tahniah MJ....lepas ni tinggal tgu konvo la kan....

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dan tahniah. semoga terus sukses untuk sterusnya.

    ReplyDelete
  17. tahniah kak.. dkna masih dalam perjalan ke ijazah :)

    ReplyDelete
  18. tahniah mj. bestnya dah habis belajar...

    ReplyDelete
  19. Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian. Bukan senang nak berjaya.

    ReplyDelete
  20. tahniah Mj,bukan senang nak jadi pelajar bila kita dah kahwin,banyak komitmen kan...akak kalau ada peluang nak juga sambung belajar,tapi fikirkan keperluan anak-anak lebih penting buat masa ni...anyway congrats again!

    ReplyDelete
  21. eh antropologi. dulu ex-housemate kite amik subjek ni. hihihi. now tgh sambung master.

    ReplyDelete
  22. Tahniah MJ, Akhirnya kan heheh,

    ReplyDelete
  23. yeah Taniah MJ semoga go to next level :)

    ReplyDelete
  24. wah.. oernah duduk desasiswa mana?

    ReplyDelete
  25. di penghujung kepahitan, pasti ada manisnya

    tahniah :)

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah MJ .. akhirnya
    rasa sekejap je kan ;)

    ReplyDelete
  27. @naima
    Selama 4 tahun MJ di USM, MJ menginap di Desasiswa

    Thn 1 (Orientasi) - Cahaya Gemilang
    Thn 1 (Intensif) - Bakti Permai
    Thn 2 - Restu
    Tahun 3 - Saujana
    Tahun 4 - tak ingt nama hostel yg dekat dengan dewan exam tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)