Akhirnya merasa jugak makan Cheese Nan di RSMY

Entry ni adalah Malam sebelum Kejadian kami sesat nak ke Saloma Bistro tu ye..hehee

Dah lama cheq ni nak menerai makan Nan Cheese di RSMY yang selalu masuk TV tu, yang selalu para Blogger dok bercerita tu, yang ramai dok memuji kesedapan dan kegebuan cheese nan tu, yang selalu tu tu tu.. Gigih cheq google cari lokasi dan alamat dengan tepat dan tak sangka rupanya tak jauh dari NEOTEL HOTEL yang kami menginap tu.

Ambik kau, akibat teringin nak sangat makan nah 2 biji untuk kami walhal kalau sebelum ni makan kat Nasi Kandaq kami makan share berdua je Nan Cheese ni.

Tapi sebab perut lapaq kot, kami sampai sempat lunch dulu kat SOGO cari beg untuk asben, elok sampai KL tali beg pulak putus,hehee lepas tu ronda GM Plaza lepas tu Check In Hotel, lepas tu dah malam baru kami keluar makan, mau perut tak lapar kan..


Mujur servis sini pantas, sampai je makanan sempat lagi kami ambik gambar apa yang patut tapi tak banyak la sebab perut dah memanggil-manggil ha..
Tapi bila tengok tang cheese tu meleleh boleh memang membuka selera disamping dapat menambahkan lagi lelemak kat badan ni ha.


Sedapnya lahai, dok terasa lagi cheese tu kat mulut ni, memang tak muak, dan habis tau kami makan 2 set ni.. Kenyang giler jadi tak terasa sangat la walau tersesat mencari Saloma Bistro hari tu.

Kita kasi layoq lagi... heheee

Kami oder bersama tandoori ayam dan gulai ayam.. perghhhh memang mabeles tau.. puas hati dapat makan sedap sangat dan tak rugi mencuba. Sesuai dengan tagline BEST IN TOWN. Rasa macam nak 'repeat' lagi tapi tak tahulah bila akan berkesempatan ke sana lagi..hehee

Kalau ada yang nak terjah ni alamatnya
RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY)
11 & 13, Jalan Medan Tuanku,  
50300 Kuala Lumpur


30 comments:

  1. wahhh bestnya Myra
    dpt dh merasa Nan Cheese famos tu
    lapar haihh tgk ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Teringin nak merasa jugak.. tapi tak biasa jalan kat KL.. takut sesat jer nak cari nih..

    ReplyDelete
  3. teringin...! baru plan nk g mggu ni. xtau jd ke idok huhu

    ReplyDelete
  4. tudiaaaa... telan ailio jap tengok.
    sedapnyeeee

    ReplyDelete
  5. haih..ramai blogger review psl tmpt ni.teringin lak nak pergi..

    ReplyDelete
  6. ini mmg tangkap leleh nie..
    kalah cheese kek camni.
    gulai ayam dia nampk superb..
    waaa..
    terliur.

    ReplyDelete
  7. Terbaik ! Mengeliurkan. InshaAllah boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. Adoiiii..tergugat iman tgk cheese.dlm nan tuh...adoi.adoi...mintak nyawa

    ReplyDelete
  9. bila la dapat merasa nih..
    pikir banyak kali nak naik kl..takut benar nak bersesak dalam jem..
    tgk cheese tu mak aihhh..geram

    ReplyDelete
  10. amboi dah merasa yerk.. akak belum lagiler .. nampakpun dah sedaptu.. gebusjer..

    ReplyDelete
  11. jeles kitew tau
    uols dah rs mkn cheese nan tu
    huwaaaaaaa..ntah bila lah kitew nak pi kl tu rs cheese nan tu..hehe

    ReplyDelete
  12. mmg cheese naan best in town...akak dh 2 x mkn

    ReplyDelete
  13. Sedapnya..dah lama teringin tapi dpt roti canai cheese je kat tempat akak ni :-)

    ReplyDelete
  14. Ermmm.. sedapnya.. belanja boleh? hehehe

    ReplyDelete
  15. eyza yg dok KL ni pun hr tu cari x jumpa... bole x awak bg direction nak ke sana dari Sogo? TQ yer..

    ReplyDelete
  16. cantik inai di jari...milik siapa kah itu..hehee

    ReplyDelete
  17. menggodanya nan cheese ni MJ. Bila la dpt rasa ni.

    ReplyDelete
  18. cheese nan kalau makan panas-panas mmg best... lembut dan cheese dia pun tertarikkkk gitu... kalo bungkus kurang sedapp dahh...

    ReplyDelete
  19. Salam MJ..


    sdpnye..dah le cma punya teringin nk rasa nan cheese ni..
    nyum^^

    ReplyDelete
  20. Amir : ko naik monorail turun kat medan tuanku ....jalan ke depan skit dah boleh nampak restoran nie

    ReplyDelete
  21. Myra : abang pun sempat makan sekali jee.... next time nak singgah makan diorang punya nasi briyani pulak...hehehehe

    ReplyDelete
  22. hamboii cheese dia tinggi menau laa hehehe

    ReplyDelete
  23. cheese nan leleh mcm tu la seddaaaappp bestnyeee

    ReplyDelete
  24. uissshhh sedap nih..xtahan menengok ni.dah telan liur kot..hehee

    ReplyDelete
  25. wah bestnya... ni yg rasa nak ajak hubby mencari gak ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)