Sebelum majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 bermula / Promosi Ephyra

Event SBB2014 Sabtu lepas (8/3/2014) boleh dikelaskan sebagai yang terbaik, terbesar, tersedap (menunya) dan ter2 lain sepanjang lebih 2kali MJ pernah join SBB ni. Yang sebelum-sebelum ni di Hotel Singgahsana dan bukannya tak terbaik apatah lagi masa tahun mula MJ join dapat hadiah Nikon D90 kan cuma mungkin sebelum ni tempat terhad tapi kali ni tempat lebih besar, lebih luas dan lebih lagi.

Apa yang MJ tersangatlah mengkelan apabila D90 tertinggal di rumah walhal itulah yang pertamanya yang terpenting, memang tersangatlah sedih, kuciwa dan hilang segala macam mood nak bergambar ke posing ke semua terkubur sebagaimana tertinggalnya kesayangan di rumah.

Dan disebabkan itu tak ramai blogger yang MJ dapat bergambar, dapat berborak dapat bertegur sapa..huhuuu sadis.. Maaflah andai ada yang anggap MJ sombong ke apa ke (eh!! tapi cheq sedar cheq ni hanyalah blogger Milo Suam je..hehee)


Ok malam sebelum majlis tu bermula, kami laki bini sempat lagi 'melawat kawasan' kekonon standby taknak tersesat keesokannya, tapi!!!  setelah puas 3kali pusing tempat yang yang sama dengan menggunakan application WAZE untuk ke Saloma Bistro kami tetap tak jumpa.

Frust kemudian kami PM KiD tanya kedudukan sebenar Saloma ni tang mana, rupanya kami dah hampir sampai cuma tak sampai je sebab kami di area Hotel Concorde (Maybe Waze kami tak berupdate kot). Kami berhenti tanya Guard Hotel Concorde laluan mana nak ke Saloma Bistro

 Guard cakap : boleh boleh, masuk parking sini lepas tu turun bawah sebab Saloma ada dibawah  dan ditepi


Dek terpedaya dengan GUARD tu kami pun parking dengan bangganya dan mencarilah Saloma, tu pun kena berkali-kali 'kacau KiD' ampun ye boss sebab kami dok kacau je malam tu..huhuuu.
Akhirnya tempat dicari pun dah jumpa, sempatlah juga berbual dengan Izzue Islam dan Anarm baru tau parking kami tu dikenakan bayaran RM15 sehari, nah hai walhal kami masuk pun dah hampir 10 malam, mau tak mau kami melepak le dulu kat Saloma bagi puas hati bayar memahal kan..

Yang lawaknya malam tu boleh MJ tak perasankan kak Amiza ni, adehhh teruk betul mataku memang sekali imbas macam penah kenal tapi ingatan susah nak pusing bila dan dimana MJ kenal 'dia' ni..hehee

Puas kami bersembang macam-macam cerita (ramah juga kak Amiza ni) baru MJ tersedak yang masa tu tengah sembang dengan pengasas Ephyra yang tengah letup2 sekarang ni itupun lepas kak Amiza habaq yang dia buka booth untuk event esok..

MJ pun selamba kodok tanya meniaga apa? 
Kak Amiza : meniaga Ephyra.. 
MJ : Hah!! Ephyra?? Kak Amiza la ni ye? Termalu cheq masa tu tapi kaber tu tetap kena ada..hahahaa
Kak Amiza : Ye saya

Lepas tu perbualan kami lebih kepada Ephyra sebabnya MJ dah pun mencuba ephyra tak sampai sekotak tapi dah rasai beberapa kesan dan perubahan..hehee. Macam kak Amiza sendiri kulitnya memang cantik + gebu sesangat.. Jeles tau..hehee

Ada jugak tip-tip lain dari kak Amiza yang sempat MJ tanya sampailah team Ephyra memanggil kak Amiza untuk suaikan susun atur booth dan perbualan kami pun terhenti.

Oh ya, sesiapa nak oder Ephyra dengan harga BEST boleh la roger MJ ye sebab MJ pun dah rasai kesan dan apa salah korang pun mencuba jugak ye..
Premium Pack (30sachet)  RM197 (Retail) free shaker + free postage
Trial Pack        (10 sachet) RM68 free pos
Berminat dengan harga diskaun bolehlah WA/SMS ye : 012-435.3088

Entry ni ada sambungan tau dengan Event #SBB2014 #SBBYEOS2014

31 comments:

  1. wah.....akhirnya keputusan akak g sbb ye.heee....dalam duk dilema ritu :-)

    ReplyDelete
  2. tu dia ada kisah bersiri rupanya....bagus2x...baru syiok nak baca....anyway tabik la ngan husband mira yang menyokong event DH ni

    ReplyDelete
  3. Orang famous memang jumpa orang famous jugak hehehee :D

    ReplyDelete
  4. bestnyer..lepas ni boleh la berkolaborasi ngan kak Amiza nih....

    ReplyDelete
  5. macam mana tak kenal boss Ephyra...heee. terima kasih antara tetamu awal sampai, malam-malam lagi dah sampai.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat jumpa ramai bloger :)

    ReplyDelete
  7. hahahahaaa... hangpa memang sempoi lah.. siap melawat tapak malam kejadian.. baguih..

    dan lawak laa hang syiok sembang dengan kak amiza tapi tak perasan.. :P

    ReplyDelete
  8. haaa tu kan dah kenal heeee tak tahu pula depa ces rm15 baca sini baru tahu..

    dapat gak semeja borak dengan MJ tapi nampak cma letih jer huhu...

    ReplyDelete
  9. wahhhdapat jumpe ngan kak amiza..best la ni

    ReplyDelete
  10. cantik nyer pengasas eyphyra tu...

    ReplyDelete
  11. bagus jugak dapat joint event camnih kan~ dapat kenal lebih ramai blogger~

    ReplyDelete
  12. cam mn uols terlibat dlm event ni
    sape2 pun leh join ke ada syaratnya
    haaa tokeh ephyra tu bolehlah nak sponsor aii pas banak ok?haha

    ReplyDelete
  13. ann nk join haritu tapi xpela next time..wa..snok la dh sembang dgn kak amyza ni..

    ReplyDelete
  14. salam MJ..
    hihi..saloma bistro mmg kedlm sikit..
    tak sangka dpt jumpa dgn pengasas epyhra yg tgh meletop2 sekarang ni..

    ReplyDelete
  15. Sedihlah juga bila camera pulak tertinggal ye.. tapi dah jumpa kawan-kawan lupa dah..

    ReplyDelete
  16. kiranya org pertama check-in kat sanalah...sebab malam sebelum dah sampai...hehehe

    ReplyDelete
  17. Yelah kalau akak pon tak perasan sebab biasa nampak anggun bergaya tetapi tetiba simple gitu tentu tak cam tapi tetap cantikkk...

    ReplyDelete
  18. Wah bestnya jumpa dengan orang femes, sweet dua2, tak kesampaian lagi nak mencuba ephyra ni.

    ReplyDelete
  19. wah ramai yg jadi penjual ephyra.. tentu bagus produknya...

    ReplyDelete
  20. tokey ke tuh, bertuah badan.

    ReplyDelete
  21. lohai tak jumpa pun myra kat sbb, bestnya dpt jumpa pengasas ephyra

    ReplyDelete
  22. Untunglah dapat jumpa pemilik Ephyra. Boleh borong sebelum balik. :-)

    ReplyDelete
  23. bila dah pegi event mcm tu confirmlah blog yg 'milo suam' ni bakal jadi 'milo panas' pulak ye..huhu

    ReplyDelete
  24. best nya Myra


    yong mmg nak p ritu tp jadual pulak penuh..


    kalo tak boleh jumpa kat sana :)

    ReplyDelete
  25. hehehe...sbr jela Myra nih smpaikan x prasan tuh kak Amiza

    ReplyDelete
  26. Salam... Aduhai..tak bertemu juga dgn MJ, walhal...sama2 dah pergi. Apapun ceritanya.. dah lepas, nak berposing dgn MJ pun tak ada ruang. Sama2 tak bergerak ke mana-mana, walhal sebelum datang semuanya nak jumpa. he..he..

    ReplyDelete
  27. frust gak ye sebab tertinggal camera tu..klu dekat bley gak patah balik amik... ni dahlah jauh

    ReplyDelete
  28. Kisah semasa dan selepas SBB please? Hehehe

    ReplyDelete
  29. Dah malam2 macam tu pun masih nak cas rm15. Mahalnye.

    Mcm berminat je nak try ephyra ni. Sbb baca review dari sesape yg dah pakai mmg berkesan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)