Syiah: Diantara pembohongan dan kebenaran bahagian 1




Bahagian I: Mencari cahaya dalam kegelapan


Syiah merupakan sebuah serpihan mazhab (jika boleh dikatakan sebagai mazhab) didalam agama islam yang berlatarbelakangkan sejarah politik silam. Peredaran sejarah serta konflik diantara pemuka islam dan seterunya telah menyebabkan mazhab ini yang kononnya berpihak kepada ahlul bayt akhirnya menjadi sebuah manhaj aqidah yang sendiri. Dengan membentuk kepercayaan bahawa hanya keturunan rasulullah SAW sahaja yang berhak mentadbir dimuka bumi ini. Khalifah yang dilantik selain dari keturunan ahlul bayt tidak sah dan dimurkai Allah. Perlantikan khalifah Khulafa ar Rasyidin iaitu Abu Bakar as siddiq R.A, Umar al Khattab R.A, Uthman bin Affan R.A oleh para sahabat dikatakan tidak sah dan merampas hak mutlak saidina Ali RA menyebabkan mereka dikecam, di caci dan dihina. Benarkah ini terjadi dalam sejarah Islam. Insyaallah kita akan cuba bincangkannya nanti.


Ada beberapa kenalan di facebook saya kenali telah pun terpengaruh dengan pemikiran begini dan memilih syiah sebagai gaya hidupnya yang dikatakan betul dan lebih mulia di sisi Allah SWT. Saya percaya kebanyakan yang memilih syiah sebagai pilihan mereka percaya mereka dijalan yang betul. Adalah agak mustahil mereka memilih syiah jika mereka tahu ia mendatangkan kemurkaan Allah. Mereka juga mahukan keredhaan Allah SWT. Perkara perkara lain seperti mutaah dan jamak solat mungkin faktor 'pendorong' untuk menarik mereka ke jemaah tersebut.
Pertama sekali sebelum saya cuba membincangkan topik ini dengan lebih lanjut adalah saya cuba nasihatkan diri saya terutamanya agar janganlah kita ahlul sunnah cepat melabel mencerca atau memaki golongan syiah ini dengan gelaran kafir, rafidah, takfiri dan macam macam lagi. Jika kita lakukan seperti ini saya bimbang ia akan menjauhkan lagi mereka dari kita dan akhirnya menyukarkan usaha dawah untuk mengajak mereka kembali. Saya tertarik dengan kata kata Dr Asri iaitu jika kita ingin menarik mereka semula tidak cukup dengan hanya menyekat penyebaran syiah. Masyarakat sekarang lebih terbuka dan berpengetahuan. Hujah harus dipatahkan dengan hujah.
Ingin saya katakan disini, jika kita ikhlas mahu mencari kebenaran maka kita haruslah berfikiran terbuka menerima apa yang dikatakan kebenaran. Jika seseorang memberitahu kita tentang fakta maka janganlah kita tidak mengendahkan fakta tersebut jika kita benar benar ingin mencari kebenaran seperti yang dikata. Begitu pula jika kita berbicara tentang seseorang maka adalah wajib kita mengetahui latar belakang orang yang kita bicara dahulu sebelum kita bercakap mengenainya kerana bimbang kita mungkin tersilap. Sebagai contoh, jika kita bercakap tentang keperibadian imam syafie, adalah wajib kita mengetahui serba sedikit latar belakangnya agar kita tidak tercakap benda yang memfitnah beliau. 


Begitu jugalah para sahabat RA dan juga ahlul bayt. Adakah kita sudah membaca sirah para sahabat. Benarkah kita sudah mengetahui sifat atau akhlak para sahabat seperti abu bakar, umar dan lain lain. Jika itu tidak dilakukan, bagaimana mungkin kita boleh mempercayai kata kata orang tentang baik atau buruknya perangai sahabat. Bukankah didalam al quran Allah memerintahkan kita agar menyiasat berita yang dibawakan oleh orang yang fasiq.
Allah berfirman dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Jadi pergilah dapatkan kitab atau buku buku yang mengandungi sejarah para sahabat, baca dan lihatlah sendiri samada ia sama seperti yang sesetengah orang dakwakan itu.
Wallahualam
Oleh: Mr Jay

  Tamat bahagian I
Next:
Bahagian II : Pertelingkahan diantara ahlul bayt dan sahabat, benarkah ia terjadi?

5 comments:

  1. mesti lah ada pendapat penyokong syiah yg tersendiri kenapa mereka memegang bahawa syiah itu benar. agak bahaya sbb kat malaysia dah menular fahaman syiah ni.

    ReplyDelete
  2. Sama konsepnya spt yahudi yg tidak dapat menerima nabi selain dari bangsa yahudi.

    ReplyDelete
  3. sy kasihan kpd mereka yg terlibat dgn dakyah2 syiah ni

    ReplyDelete
  4. Syiah semakin berleluasa dan menakutkan skrg nih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)