Cucur Roti yang sedap


MJ pertama kali dengar nama menu ni membuatkan rasa teruja nak cuba, lagipun bahan2 tersangat lah mudah, ni gara-gara dalam grup wasap asrama sekolah la dok cerita pasal cucur udang, MJ jadi teringin nak buat dan makan jugak. Tapi disebabkan udang takdak dalam fridge nak mencari pun dah petang jadi terus teringat Cucur Roti ni. (Bulan posa ni bukan boleh sebut sangat, konpem teringin nak makan punya)



Balik je kerja petang tu terus p cari Roti Putih Gardenia tu, sebab nak buat untuk berbuka puasa. Bila dah sampai rumah cari punya cari roti baru teringat, lepas je bayar roti  tu boleh p tinggal kat kedai tak terambik.. Aduihhhhh geram tapi malas sangat nak keluar semula, fikir kalau ada rezeki esok baru nak ambik. Tapi asben kebetulan nak keluar terus suruh ambik kat kedai tu, gamble je sebab asben tak pasti kedai yang mana sebab banyak kedai2 kat situ.

Kalau ada yang nak mencuba jom cekidaut resepi ni, memang sedap tau.



CUCUR ROTI
5-6 keping roti putih
1 peket Kiub Ayam/Ikan Bilis
2 biji telur
1 biji bawang besar
Daun sup daun bawang
Garam secukup rasa

Racikkan kecil2 roti tu, masukkan kiub, telur dan bawang serta garam jika perlu dan gaul sebati. Kemudian bentukkan bulat dan goreng. Siap untuk dimakan, memang sedap...


Terima kasih pada tuan punya resepi yang syer resepi ni di group RESEPI RINGKAS kat FB, macam2 resepi mudah yang dikongsi oleh kawan2 kat situ.

29 comments:

  1. wahh..sedapnye..nak try buat la berbuka ni..roti pon ade yg dah nak dekat expired..

    ReplyDelete
  2. salam
    nyam3x..aduss baru puku 2.40pm ..fikir pasal makanan yg sedap la pulok...huhuhu

    ReplyDelete
  3. @Diana Rashid
    Sebelum buat tu memang pikir gitu gak kak, tapi sama je macam kita buat cucur udang tu semua, tak serap minyak.. Rapuh elok je bila makan

    ReplyDelete
  4. nk try buat juga.. nmpak menyelerakan je

    ReplyDelete
  5. Kakak suka resepi ringkas dan sedap macam ini. Kalau utk buat bekal anak sekolah pun senang nak buat..

    Selaamt berpuasa Myra.

    ReplyDelete
  6. ooohhh.. pertama kali tgk cucur roti. nampak cam best je nih.. boleh cuba nih.. thanks Myra atas reseipi nih..:)

    ReplyDelete
  7. first time dgr resei nih..menarik,sesekali blh cuba buat..

    ReplyDelete
  8. Mmg creative la resepi cucur roti. Kalau difikirkan semula roti dari tepung. Cucur pun dari tepung. So sangat sesuai laa.. tentu sedap.. :D

    ReplyDelete
  9. wah mudah & sedap.. kalau malas lagi nak masak tak tau la kan

    ReplyDelete
  10. Mmg betul la... bebulan posa ni ckp la menu apa pun... semua rasa sedap je... huhuu

    ReplyDelete
  11. sedapnye meleleh pulak time pose ni

    follow n singgah dr blog nadia syafiq

    jom ke blog sy http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa myra, wah sedapnya sekali ngap emm nak lagi ;)

    ReplyDelete
  13. salam MJ..
    1st time tau roti buleh buat cucoq..
    nyam3..thanks share resepi yerr

    ReplyDelete
  14. memang mudah dan nampak sedap kan myra, thanks sharing :)

    ReplyDelete
  15. kbtulan kt rumah de roti...boleh try nih

    ReplyDelete
  16. Bunda pun pertama kali dengar ni...nak cuba lah nanti...

    ReplyDelete
  17. senang benau... haruslah dicuba balik ni kan

    ReplyDelete
  18. eh akka dah try ek?.. masa goreng tu memang dia tak terpecah ke?.. ada jugak tengok resepi ringkas fb tu.

    ReplyDelete
  19. kalu weekend bleh buat jg ni ;-)

    ReplyDelete
  20. tak pernah rasa, mesti sedap ni, nak buat pun senang je kot...

    ReplyDelete
  21. waaw bagus ni tak perlu tepung...good idea untuk menghabiskan roti yang dah nak expired..

    ReplyDelete
  22. mudah amboi boleh cuba dan makan ni heee

    ReplyDelete
  23. tq for sharing.. mmg lain drp lain..

    ReplyDelete
  24. laaa terer laaa boleh ada cucur roti pula.. simple

    harus cubaa yey

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)