Kembung perut selepas Berbuka Puasa

Kembung perut disebabkan pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan. 

Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara: 
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih. 
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut. 
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan. 
4. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman. 
-Dr Zubaidi Hj Ahmad-



Cadangan saya, anda boleh mengambil Peppermint Ginger Plus yang boleh membantu untuk menyelesakan perut dan mengatasi ketidakhadaman.

Mengandungi 4 Herba yang bermanfaat seperti

PUDINA
1) Melegakan otot perut, kerana mempunyai kesan penenang.
2) Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
3) Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.
4) Merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. 5) Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina.

HALIA
1) Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun .
2) Ia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
3) Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung , selepas melahirkan anak (semasa pantang)
4) Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia mengahalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita: penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat /mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan

POKOK ADAS (fennal)
1) Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakab gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)
1) Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
2) Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan , menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


~ Untuk membantu penghadaman : ambil 3 biji selepas makan
~ Untuk mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air panas suam untuk diminum
~ Untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba. (boleh larutkan terus dalam air teh panas, jadilah Pepppermint Ginger Tea)
~ Untuk kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Hisap 2 biji.

TIADA PERASA TIRUAN, PEWARNA atau BAHAN PENGAWET TAMBAHAN
Sebotol RM45 (90 tabs).

Berminat boleh hubungi saya ye : 012-4353088

11 comments:

  1. Assalammualaikum
    pengalaman puasa hari pertama...makan skettt amat..tapi minum air 3-4 gelas terus senok perut..takleh gerak dah...hihihihi

    ReplyDelete
  2. haah, biasanya makan kuih2 sikit, minum air
    lepas teraweh baru sambung makan sikit lagi..
    eh masa untuk makan sangat terhad..
    :)

    ReplyDelete
  3. setuju dgn nuyui...mkn pelan-pelan

    ReplyDelete
  4. salam MJ..
    thanks sharing yer..
    cma kalo kembung perut sbb terlebih muatan..*mknxhengatdonia* huhuhu

    ReplyDelete
  5. manfaat untuk pada benar-benar memerlukan

    ReplyDelete
  6. seeloknya makan secara tertib dan perlahan..

    ReplyDelete
  7. tu la kan... nk kne mkn secra eratur.. xleh main sumbat semuanya sekaligus

    ReplyDelete
  8. saya kalau perut tak selesa, saya akan gosok tapak kaki pada tepi meja.. nanti berkurangan.. :D

    ReplyDelete
  9. kembung sebab banyak sangat minum air sejuk. air panas/suam biasnaya tak minum banyak sangat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)