Jgn Kahwin yg 6.....

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍ ﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ / Salam Sejahtera,


Aku nk syer lg artikel nie ngn korg...
Sgt2 menarik espcialy utk Wanita yg dah kawen
Yg blom kawen lh amek sbg panduan




Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."



01) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).



02) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)



03) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara:
kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya
dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.



04) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami,
maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).



05) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)



06) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya,
tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan
 menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).



07) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).



08) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW:
Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.



09) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama,
maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya
 (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia
maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya
dan mengadapnya.



10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.



11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.



12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.



13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).



14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.





Pesanan Untuk Lelaki :



"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".





1) Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.



2) Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami.

Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.



3) Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.



4) Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.



5) Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6) Wanita Syadaqah: banyak cakap, tidak menentu lagi bising.




---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli---




Sama2lah kita sbg wanita meningkatkan amalan utk menjadi

isteri yg solehah buat suami tersayang





amin
-maira-

Isu M'C DoNaLdS

Salam,
Korang mesti prnah terbaca psl isu M'c D kan,
yg heboh dlm emel psai daging yg dhidangkan xhalal,



Aku pn ada trima emel yg sama, mulanya rasa sangsi,
almklumlah M'c D nie slh 1 dr peberet makanan aku,
(mau xtembon skg ha asyik makan fasfud jek..hihi)



Emelnye berbunyi begini...:-





Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!





Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Bukti Pertama : http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&;type=ANN




-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.







MAC FOOD SERVICES (M) SDN BHD (163762-A)



Address :

7 Jalan SS 13/5

45700 Subang Jaya

Selangor Darul Ehsan

Malaysia



Tel : 603-5633 0222

Fax : 603-5634 0189



Contact for Sales/Export :

Mr Bob Chan

(Managing Director)



Present Market :

Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam



Product Manufactured :

Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,

Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets



Brand Names :

FIRST PRIDE, MCDONALD’S





Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.






Perbetulkan aku jika ada kesilapan..


-sumber blog




So aku search website JAKIM

Alhmdulillah, terjawab sudah......





rgds,
-maira-

PeSaNan daRi KhuLafa Ar-Rasyidin

Chek emel pg td terjumpa artikel menarik ni,
So nk syer ngn kwn2 & jugak sbg amalan untuk diriku.

Sama2 lah kita renung2kan ye..



SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:


 
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;


 
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;


 
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;


 
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna



SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:


1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya


 
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina


 
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya


 
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga



SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:


Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:


1. Hatinya selalu berniat suci


2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah


3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)


4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah


5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:


1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'


2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia


3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya


4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'


5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi


6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki


7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan


8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati


Info diambil dari :- Sini dan Untuk



Selamat beramal
-maira-

























PENGUMUMAN!!!!!



Amboih, dengaq tajuk je mcm suspen je kan...?

Hehe...

Ekceli nk mntk tlg ckit,


Skg nie aku ada asgmnt utk dsiapkan,

 
Perlu mencari lulusan Ijazah @ skurg2nya Diploma,
yg mngusahakan bisnes
Xkisah ar bisnes apapn tp yg pnting
DIA merupakan seorg usahawan berkelulusan..

Jadi, pd sesapa yg mngenali @pn diri sndiri
yg mngusahakan bisnes,

Pls Pls Pls(mcm lagu Alif aziz tuh..hee)
Keep me inform k..

Jasamu ku kenang..





TQVM
-maira-




KEPADA : IZYANTY COLLECTION ( CONTEST MERDEKA )








1.) SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN ?

(a) Tunku Abdul Rahman





2.) BILAKAH DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD MENGISTIHARKAN NAMA JALUR

GEMILANG PADA BENDERA MALAYSIA?

( a) 31 Ogos 1997





3.) TUN HUSSEIN ONN ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-3, ?

(a) Betul







4.) TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE- ?

(b) 53





5.) APAKAH TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI ?

(b) 1 Malaysia Menjana Transformasi





( sila letakan jawapan yg betol sahaja dr 2 jawapan tu)









KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN





SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA Malaysia adalah bumi bertuah yang disanjung seluruh pelosok dunia, mengamalkan demokrasi terbuka dan rakyat hidup penuh dengan keharmonian sehingga kini..

http://izyanty.blogspot.com/2010/08/contest-merdeka.html#links

Salam Ramadhan ke18

Pejam celik pejam celik dah 18 hari 
kita berpuasa kan..
Cepat je masa berlalu
dan Ramadhan akan meninggalkan kita
untuk memberi laluan kepada Syawal.

Terasa macam baru seminggu je berpuasa,
Adakah tahun depan kita masih dberi kesempatan
ini...?
Hanya Allah SWT yang tahu..

So dengan Syawal yang bakal hadir nie..
Persiapan korang cmne?
Aku kuih raya pun tak buat lg
my mum dah tnya bila nk p bli bahan2..
Nnti aku syer k kuih raya pe thn nie..

Bg yg otw siapkan kuih raya,
jgn lupa hulur-hulurkan sesama rakan taulan dsini...
heee..



Ok, C U




Salam Ramadhan,
-maira-

LaiLaTuL QaDaR

Salam Ramadhan..


Bln pose nie selain dari menahan diri kita
dari lapar & dahaga,
kita sbnrnya dpt mndidik jiwa & rohani
utk lbh bersabar, bertawakkal & bertawadduk...
Sama2lah kita mncari pahala dbulan mulia ini..
Amiiinnnn..


waduh waduh waduh, kawe bkn ceramah ye tp
sbg peringatan sesama sendiri..hik hik hik...

Selain perkara2 trsebut,
kita juga digalakkan utk mncari mlm
LAILATUL QADAR



Td trima emel dr kwn skerja psl mlm
LAILATUL QADAR




Mengikut mazhab Imam Ghazali,
mlm tersebut dikenali melalui :-



Geramnyeerrrr

Baru td aku terima emel,
1st my impressed, geram + marah + sakit ati semua ada..
Nah aku post pn kaler merah utk tunjukkan ati aku
yg tgh marah nie..

Issyy bln2 posa xbek mrh2..Istiqhfar bnyk222..
Astaghfirullah5555x




Meh kita nengok gmbaq2 nie....











Ha nmpk x apa yg dia buat.......?????
Jom pakat2 boikot apa yg termampu oleh kita
Kita tunjuk protes.....





-maira-

DiNner TLC

Salam Manis semua,



 
Nie nk citer psl Dinner (dengaq cam besh je kan...:),
Dh keje nie try join under my company lak...
wakaka, company holder org lain k,
chek nie cuma mnumpang keje je...


TLC...uiiihhh nama apa nie..
Terima Lah Chek..?(Cam merayu plak, xssuai)
hhhmmmmm....
teka.....
teka....
teka....



jawapannye......hehe






 
TLC - Texchem Ladies Club
jes 4 ladies only, guys not allowed ok...
dat de reason xcited nk join..
So leh la melaram sakan, only gurlzzz...
tmpat dinner...
dengaq nama je dh syok giler..
'Thirty Two Mansion'


so dari ptg hias bgai nk rak, mekap usah crita la..
Macam2 mekap tools try,
Baju lak kebas dalam almari je
save bajet xyah bli..hehe..(bkn kedekut k)
ini 1 cara menyimpan...hehe


Ptg tu bersama kwn2 sekapai berkumpul then gerak..
Ingat nk nek feri la dekat & cepat sampai..
Rupa2nya jemmmmmmm sgt2 truk...
Mjuq ada abg2 ensem...wakaka(dgn syarat kena bg no fon)
Maap ye abg2, km bkn nk gatai, cuma nk tumpang lalu je
Tima kasih bg kami laluan, jasamu dikenang..wahaha
Mesti dlm ati abg2 nu geram gila kan..hahaha


Smntara tunggu feri tu bergmbo la kejap...


Serba merah...so mekap xleh boh merah kang me'qengau plak...heee




Perjalanan yg spttnya hny bbrpa minit berlangsung slama hmpir 2jam..
Uuiiihhh tersgt penat...tp bila dh smpai pe lg
posing ar...


Br smpai dan posing dulu....



Di luar pintu..(bunga atas kepala dan 'bangle' d tgn wajib pkai tau..)




Our Texchemers...




Nie makanan 'HALAL' utk kami dr pihak Hotel.. (Ikan Salmon)





Apa yg sgt2 menyedihakan, kebanyakan menu makanan yg dhidangkan
adalah berasaskan 'ARAK'
Hello, pihak berwajib, tolonglah fikirkan isu 
Halal Haram nie


Apa yg km 'bengkek' sgt, dh ler kena byr RM50.00 
hnya mkanan trtntu je yg boleh makan
sedey tulll..



Thnks tu abg pelayan hotel coz inform us psl menu HALAL HARAM nie..
Klau x, 4sure km xtau then u all guest what...?
km makan ler..



Astaghfirullahhal 'azim..
Tobat xmo join dah pasni..



Ok C U next entry..


Nk balik da.....







ok, tata.......
-maira-

HoneyMooN...:)

26/01/2010

Dari KLIA km truskan p honeymoon (1 kemestian bg pngntin bwu..heee) ke
BUKIT TINGGI, Pahang...
dengan bantuan dari google maps (almklmla msg2 xde GPS..)
km mencari arah, dengan keyakinana berbekalkan signboard & google map
 kami akhirnya sampai.....

Sampai ke mana????
Km smpai ke Klang..(Huh..!!!Sesat jugak)


Msing2 bwu trsedar...Alamak!!! Dh tersesat jauh.. Ini mcm mau pulang, cmne nie..??? Nk patah balik ke cmne nie...?

Dh sesat jauh bwu tingat nk tnya kwn2..(sepatutnya dari awal lg iaitu dari KLIA)
tp xmngapa, honeymoon pny psai patah balik la..


Perjalanan yg spttny hny sat dh jadi jauh,
km tersesat hmpir sejam, mknanya patah balik juga mkn ms dkt sejam la..
Adoyaaaiiii, penat tuh..Tp spt biasa abg ttp xmngeluh...
(Saaayaaang abg..mmuuuaaaahh)
& berkat kesabaran tmpt yg di cari bertemu jua..



My 1st impression when 1st time arrived...

Sgt2 mengujakan...
mmg t'sangat cntik dengn udara yg nyaman..
Sejuk segar bugar mugar tugar tegar smua lah..hiiii
Bestnye klau dpt tilam ngn bantal..
(ooppsss blom chek-in lg nih)
Hilg segala penat lelah, sesat td tempuh prgi d bwa angin nyaman Bkt Tinggi..
Xsabo nk check in nie, at least dpt rehat sekejap pn ok la..



Kami check in di Colmar - Nk tau, ada lg yg besh...
aku mmg tersangat-sangat-sangat-sangat heppy..
Bilik dia mmg cantik giler...heee..
(Padan ar dgn hrga, mjuq dpt GOV rate..heee)
Tp mmg cantik ar bilik dia, wlau km mgadap bukit (ok per, lg nyaman..)

So....Time tu rest....heee





Jln2 sekitar Hotel...Cantik kan? (Pmndgn kt blakang ye...)
Harap Mklum..hiii



Slh 1 restoran kt sana..



Ptg tu km jln2 mnyusuri sekitar kwsn Colmar...Mmg cantik..Msg2 xmlepaskan pluang utk brgmbar sbg kenangan

Nk jugak 'dia' posing...


Air yg mencurah2.....



Hari ke-2

Kami ke Japanese House + Garden..Sempat melaram dengan pakaian ala-ala Jepun lagi..
Arigato Haippp..Best sgt...

Seronok Layan 'ikan2 niey'..

Abg pegang tkut chek jatuh ka..?heee





Sekian dulu,
-Myra-

Persandinganku

23 Januari 2010

Raja Sehari...Perkataan inilah yang ku tunggu2, aku disolek & disiapkan bagai seorg bidadari..heee(hanya pada hari itu jela)


Pakaian, mekap + aksesori ditaja..(konon2 la padahal duit sendiri lebur..wakaka)
Aku memilih persalinan purple sbg tema majlisku (setelah puas aku membelek & menilai, ntah2 butik tu mesti tension ngn aku, keputusan nie aku buat lebih kurg 2minggu sblm tarikh aku bersanding, last minute decision making, Huh..!)


Mujur baju yg ku pilih 1st design 1st hand, Wow! syoknyer xde org pakai lg..hee.. & aku sgt berpuas ati dengan pakaian + mekapku..



Bergambar di butik Bernard 'SP'


Haruman bunga segar menenang jiwa..



Betul org lain pernah ckp, xsemua yg kita rancang akan menjadi, macam tu jugak aku tp alhmdulliah dpt ditangani & mjlis berjln dgn sempura..Alhmdulillah, syukur aku PadaMu Ya Allah..



Thanks all 4u'r support.. Luv U all...mmuaahhh



Pelamin impian kini milikku...:)




Kengkawan Sekolah yg hadir..TQ




Kgkwn Texchem...TQ








24 Januari 2010

Rumah suamiku, perjalanan yg hnya mengmbil masa 45minit, dengn persalinan Biru kami melangkah dengan yakin setalah semalam kami mengharungi detik indah & sekali lg kami akan mengharunginya..



Tersenyum Girang....









Bersama Family2 ku..


1 kenangan xdpt dilupakn utk kami bersama jurugmbar ialah - outdoor dilakukan di saaat matahari tegak dikepala..
lucu rasa tp km trpksa memilih saat itu kerana kami kesuntukan masa..

Credit to our photographer, tanpa mengeluh menjalankan tugas2 dgn begitu baik utk mghasilkan gmbar yg mmuaskan ati kami..

Di tengah bendang, di tepi laut, di kawasan rumah org, smua kami tempuh di kala matahari membasahi keringat kami..3.30 pm beb, berpeluh kami bertiga ha..

Adegan ini berakhir lbh kurg 4.30pm, & km pulang ke majlis kami utk mengucpkan terima kasih km kepada semua tetamu yg hadir especially kwn2 hubby yg datang..

Maaf xdpt berjumpa & melayan anda tika km terpksa shoot utk outdoor, ptg terasa begitu cepat & km harus bergerak meninggalkan majlis yang masih belum selesai..





Antara gmbar outdoor..

6.15 pm

Kami bertiga (bersama adik perempuan iparku) telah bersedia utk meninggalkan majlis,
dengan penuh kesedihan, km terpaksa meninggalkan periuk belanga, khemah, cawan gelas, pinggan mangkuk, kerusi meja, semuanya kepada org kampung espcially ibu & bapak mertuaku utk mengemas..

Kejamkah aku! Berdosakah aku!Sanggup aku membiarkan mereka tanpa sempat menolong..!
Sepatutnya tugas pengntin bila selesai mjlis ialah MENGEMAS.. tapi Aku!!


hehe, sebenarnya kami ada tugas lain-iaitu menghantar adik iparku ke PUTRAJAYA
& ke KLIA..Adik iparku dpt cikgu di Sarawak,
keesokannya (25/1/2010-8.30am) dia perlu melapor diri ke Putrajaya..
Tanpa penat hilang, km meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur membawa kereta..


Mmg penat, kerna semalam mjlis dirumahku,
kemudian disusuli mjlis di rumah suamiku &
seterusnya km harus bergerak ke Kuala Lumpur..
Perjalanan selama hampir 5jam begitu memenatkan,
kesian suamiku yg membawa kereta..


Di keheningan mlm yg dingin + dgn sesat & alhmdulliah km menemui
Hotel bajet di Puchong..RM80/night, kira ok ar.
Mlm ke-2 tukaq bilik utk selesa RM 120/night..



Alhmdulillah adik iparku telah selamat terbang ke KLIA dengan bantuan dari kakak ipar & abgnyer...heee




Salam sayang
-Maira-

Pernikahanku

10 Januari 2010

Tarikh keramat bagiku, di saat itulah aku diijabkabulkan dengan pilihan hatiku..
Istimewanya kerana saat itulah aku bertukar status..
Mana2 gadis di sini @ di mana2 sekalipun,
bila tiba masa & ketikanya semua perasaan bercampur,
antara suka gembira bahagia gementar takut semua bergabung menjadi satu,dan begitulah aku..:)




10am (100110)

Aku br pulang dari mekap,
 pada mulanya aku kurang berpuas hati dengan mekap yang telah dihasilkan,
kerna aku kelihatan sedikit gelap..(aku nie bukanler putih sgt..heee)
Smua yg hadir memberi komen, kecuali ibuku yang memuji
(biasala seorg ibu masakan bisa mngomplen anak gadisnye sendiri..)
& aku hanya mampu tersenyum dengan 'pujian2' yg ada..:p




Sikit gelap wajahku dari biasa


Sebahagian hantaran-ku..


OTW wif my lovely mum utk akad nikah



11am

Dengan sekali lafaz, aku telah sah menjadi milik seorg lelaki bernama
 MD Junaidi Md Jusoh, perasaan td yang berkecamuk semakin reda,
 alhmdulillah segalanya telah selesai untuk ari tersebut..
Aku bersyukur dengan kelancaran majlis ini Ya Allah..
Aku terlupa segalanya seketika, mengenai mekap ku yang seawal td,
& keadaan sekeliling, seakan bermimpi..


Muka debo-debo....hehe

Ada 1 yg begitu mengujakan ku, mekapku yg seawal td aku komplen
 kini aku mampu tersenyum girang, aku bukan seperti awal td
& kini aku berterima kasih pada jurumekapku..(Aku mmg tersgt puas ati)
Padahal td kutuk sgt...ha baru tau..hik hik hik


Dua pengapit cilik yg sentiasa ingin dekat denganku...


Wif my lovely hubby...mmuaaahhh




salam sayang,
-maira-