Mood raya aku arini di tahap max..
(Ba...lik kampung ho ho ho ba...lik kampung....ho ho ho Ba...lik kampung, hati girang)
Ha kan dah nyanyi sebaris lagu raya, tu belum nyanyi lagu raya yg lain lagi ha..
Keje pn dah
FB dah kena block kt opis, fs dan twitter apatah lg,
Hrp2 bila ada org
Okeh, berbalik pd tajuk entri aku kali nie ialah mengenai adab menziarahi kubur..
Bila Syawal menjelang, orang ramai akan berpusu-pusu ke kubur,
samada menziarahi arwah nenek, atok, sanak sedara kaum kerabat
yang telah kembali ke rahmatullah.
Ia akan mengingatkan kita yang suatu hari nanti kita juga akan ke sana selain dari mengingati mereka yang telah pergi dulu dari kita.. Innalillah hiwailla hirojiuunn.
Jadi di sini aku nk berkongsi dgn kgkawan (dari apa yang ustazah pesan)
- Sebaik sahaja melangkah ke kawasan perkuburan, bagilah salam kepada semua ahli kubur kerana mereka akan menjawab salam dari kita termasuk saudara mara kita.
- Cuba elak dari melangkah kubur, jagalah langkahmu ketika berjalan, kesian pada arwah yang berada di bawah (macammana esok klau kubur kita juga dilangkah)?
- Berdoalah dan angan cakap yang bukan2. Cara duduk berdoa adalah dengan duduk di sisi kubur menghadap matahari naik dan bukannya mengikut suka hati. Ini kerana arwah berada dalam posisi mengiring ke arah kiblat.
Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dahulu dari kita..
Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat buat kita semua.
p/s : Teringat arwah atuk, setiap kali raya jika tiada apa2 halangan aku pasti menziarahi kuburnya..
-maira-
wah.. info yg bagus.. thnk :)
ReplyDelete