Pengenalan
Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak. 90% masalah keracunan berlaku di rumah. Kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Sumber-sumber racun yang biasa terdapat di rumah:
Sumber-sumber racun yang biasa terdapat di rumah:
- Minyak tanah dan hidrokarbon (petrol)
- Ubat-ubatan
- Racun serangga, racun rumpai
- Bahan pencuci, pengilat, kaustik
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda terkena racun?
- Bersihkan racun dari mata, kulit dan mulut anak anda
- Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-6570099) di tempat yang mudah dicapai (cth : di pintu peti sejuk)
Mata
- Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit dengan mata terbuka
- Jangan biarkan anak anda menggosok mata yang terkena racun.
Kulit
- Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.
- Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
Mulut
- Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.
- Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.
Jika terdedah kepada gas atau asap:
- Pastikan anak anda mendapat udara segar.
- Longgarkan semua pakaian.
- Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong anak anda dan mulakan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Teruskan sehingga bantuan tiba.
- Jika tertelan racun, segera bawa anak anda ke hospital berdekatan.
- Jangan galakkan anak anda muntah jika dia pengsan atau mendapat sawan akibat dari keracunan minyah tanah / asid / alkali.
- Baringkan anak anda pada posisi mengiring dan cucikan mulut daripada bahan racun tersebut.
- Bawa anak anda ke hospital dengan membawa contoh racun.
Pencegahan
- Awasi anak anda.
- Simpan ubat-ubatan / alkohol di tempat yang tidak boleh dilihat atau dicapai oleh anak anda.
- Simpan ubat-ubatan dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak dan labelkan bekas tersebut.
- Berikan ubat dengan sukatan yang betul.
- Ubat yang tidak digunakan perlu dibuang / dimusnahkan.
- Kendalikan makanan dengan selamat - sentiasa mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, masak daging mentah dan telur serta cuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Didik anak anda mengenai asas keselamatan.
- Elakkan menyimpan racun dalam bekas minuman berkarbonat untuk mengelakkan anak anda keliru dan meminumnya.
nice info sis..maklum la..skrg mcm2 hal kan2..huhu
ReplyDeletemarilah sama2 kita jaga kebersihan makanan :)
ReplyDeleteIefa & Dni~ bersama kita tgkatkan kebersihan..
ReplyDelete