kisah lucu 3

Penawar migrain



Seorang lelaki yang mempunyai penyakit migrain pergi berjumpa doktor. Apabila doktor memeriksa keadaan fizikal dan sejarah penyakit migraine yang beliau alami, doktor mendapati pesakit tersebut pernah menjalani pelbagai jenis terapi tetapi masih tidak juga sembuh.


“dengar sini” kata doktor tersebut. “saya juga ada migrain dan nasihat yang akan saya berikan bukanlah diajar oleh mana - mana sekolah perubatan. Akan tetapi ia merupakan dari pengalaman saya. Apabila saya terkena migrain, saya pulang kerumah, masuk ke dalam hot tub, berendam seketika . kemudian saya minta isteri saya tolong gosokkan span ke badan saya. Selepas itu saya tarik dia ke kamar dan walaupun dalam keadaan sakit kepala yang teramat sangat saya paksa diri saya untuk 'bersama' dengan isteri saya. Seperti biasa selepas itu migrain saya akan segera hilang. Apa kata anda mencubanya dan jumpa saya selepas enam minggu”


Selepas enam minggu, pesakit berjumpa doktor dengan penuh kegembiraan.


“Doktor, saya mengikuti nasihat doktor dan ia menjadi. Ia SANGAT BERKESAN! Saya dah terkena migrain selama 17 tahun dan inilah pertama kali seseorang Berjaya menolong saya”


“Saya gembira kerana dapat menolong” kata doktor tersebut.

“Dan lagi satu” tambah pesakit tersebut “rumah doktor cantik le”











4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)