Untuk apa kamu datang kesini?
============================
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"
Kemalangan jalanraya
===================
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.
"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu
Buah Durian
==========
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa
nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
Ujian akhir CIA
==============
Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada.
Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.
Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan..betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.
Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab
"Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."
Pemilik pisau lipat
==================
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini..
Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..
"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...
"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"
:) hehe..Lawak kan...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)