Kuliah ini disampaikan oleh Al-Allaamah Al-Habib Umar Bin Mohammad Bin Hafidz dari Yaman di Msjd Kg Baru, Sungai Petani tepi jalan main road tu.
Beliau orang Yaman, Kuliah dlm B.Arab tapi ada penterjemah setiap ayat.
Key point :
1) Jaga Makan.
Nikmat makan dihurai dengan cukup mengetarkan jiwa. Hanya satu suap nasi sahaja, Allah memberi nikmat kepada seluruh manusia (manusia yg bertani, manusia yg kerja d kilang beras, manusia yg terpaksa kerja untuk cari duit untuk beli beras, yg masak dan lain2 bersambung-sambungan. Kita biasa bismalah & doa sebelum makan. Tapi masa tengah sedap makan kita lupa Allah. Itu yg mudarat tubuh badan dan minda. Jadi, kena ubah kebiasaan itu. Kita mesti ingat Allah sepanjang makan mulai suap yng pertama sampai ke basuh tangan. Dari segi biologi memang banyak proses kimia berlaku dlam perut/usus selepas makan tapi sebenarnya Allah dah letak satu Malaikat yang mengasingkan dan menguruskan pnyerapan zat/vitamin dalam darah untuk badan jadi sihat. Jadi kalu semasa sedang makan kita ingat Allah, maka Malaikat ini akan bantu menyerap zat/vitamin untuk kesihatan badan dan minda. Secara langsung, syaitan dalam darah akan lari keluar.
2) Jaga Tidur.
Tidur 8 jam sehari semalam dah memadai untuk kita orang awam. Tapi bagi Rasul, Nabi dan alim ulama 8 jam terlalu banyak. Kalau lebih dr 8 jam akan jadi mudharat. Sebab kalau 8 jam sehari bermakna 1/3 dari umur d peruntukan untuk tidur. Kalau mati pada umur 60 tahun makna 20 tahun kita tidur. Rugi kalau 20 tahun hilang begitu sahaja. Jadi, kena ubah tidur kita jadi ibadat. Mudah saja. Tidur wajib ikut adab - bersih, suci, whuduk dsb. Baca ayat kursi sebab bila bergerak saja bibir untuk baca ayat kursi, sepantas kilat satu Malaikat dari langit akan turun duduk di kaki kita sepanjang kita tidur. Bila kita zikir dan tapi terlena, kita dikira berzikir sepanjang malam.
Jaga kedua-dua nikmat ini bersungguh-sungguh dan syaitan/iblis tak akan ada peluang menghasut, menyesatkan dan merosakkan kita - baik dari segi fizikal, emosional dan spiritual.
Itu saja, setakat yg ingat...
Sumber diambil dari SINI
Sekian,
ye betol2 benda camni yg selalu kita ambik mudah, pas nie nak praktik cam kat atas tu, thank's for share.
ReplyDeleteTul tu Iz..Sama2 la kita jaga 2 perkara di atas
ReplyDeletebetul3! hehe..
ReplyDeletebukan semua antara kita yg amalkan gaya idup yg sihat...
moga dengan menjaga 2 keypoint ni dpt jadikan kita hamba-Nya yang lebih mnghargai nikmat kesihatan yg tidak mampu dibeli dgn wang riggit...(^_^)
*panjang berjela pulak membebel...hehe*
thanks tuk info berguna ni :)
ReplyDeletehehe..
ReplyDeletetq kak for this info..