Pantang Larang Ketika Makan

Salam....
Aku pun baru tau rupanya ada pantang larang gak..
Yg aku tau 'lps mkn jgn tiduq', 'jgn bercakap' dan lain2 yg ringan.
Bila aku jumpa emel nie, trus aku terfikir..
Sebenonya kita nie org Melayu dari dahulu lagi mmg terkenal ngn tatasusila,
Kesopanan dan Kesusilaan.
Jadi pantang larang nie tiada lain adalah untuk menjaga ADAB kita sbg org Melayu


Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.


Pantang larang nie harus dijaga untuk generasi seterusnya..


** Nnti aku syer Adab ketika Makan pulak k.. Nantikan next entry


-Myra Jay-

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)