Suspek bunuh Sosilawati dijangka didakwa pagi ini




2010/10/13
BANTING: Dua peguam adik beradik dan dua suspek lain yang ditahan bagi siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Beberapa akhbar melaporkan, peguam bagi dua beradik yang juga suspek utama kes berkenaan mengesahkan anak guamnya itu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Pasukan peguam yang mewakili suspek berkenaan berkata, mereka juga akan membuat permohonan kepada mahkamah pagi ini agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Sementara itu, kira-kira jam 8.30 pagi ini, dua peguam kepada suspek, Amer Hamzah Arshad dan Ravi Nekoo dilihat tiba di Mahkamah Majistret Telok Datuk, di sini.

Bagaimanapun, pasukan peguam itu tidak pasti kedua-dua anak guamnya akan didakwa mengikut seksyen mana.
Berita Harian

Mr J: harap2 pihak pendakwa raya dapat mencari bukti2 yg kukuh untuk mendakwa suspek dan mereka yang terlibat dengan kes pembunuhan ini mendapat hukuman yang setimpal.







1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)