Cara Melegakan Batuk

Salam..
Korang penah batuk tak??
Of course semua orang penah alami batuk kan, cuma bezanya batuk tu ada yang sikit2, ada yang teruk, ada yg kahak, ada yg berpanjangan dan ada yang sat2 je..
Jadi bila korang batuk, apa tindakan dibuat??
Buat tak tau, buat2 kalut, hehe @ terus p jumpa doktor amik ubat.
Dulu MJ kerap batuk especially zaman study (batuk mai masa nak preksa), mau tak sakit, tidoq yg tak tentu masa, makan ikut dan je..
Jd MJ terima macam2 petua orang bagi,
Ubat batuk nie dah mcm2 klinik cuba, ada kaler hitam, koko, putih, tablet, capsule la semua MJ telan,
Ada yg berhasil dan ada yg berlanjutan.
Cara tradisional?? Dah bermacam cuba..
Ada yg soh suruh mkn buah limau kasturi + kicap (dah cuba tp perut pedih + tekak jd kering - limau kan tajam)
Ada jugak soh minum air asam jawa + gula batu (dibiarkan semalaman baru minum - tp tak berhasil jugak)
DAN ada 1 petua yg MJ buat alhmdulillah lega (tak tau le adakah sebab dah bnyk cara MJ cuba sebab tu lega ke ntahler, tp yg pastinya mmg berkesan) Nak tau???


Tadaaaa...?? Niela cara Tradisonalnya.. Buah kelapa muda (buah nyok) yg diminum airnya tanpa menuang ke dalam gelas @ cawan.. (Kalau boleh carilah buah nyok muda yg kecil tau, sebabnya!!!?? Kita kena habiskan dalam 1 nafas, betul!!!!!!! sebab tu kena cari buah nyok muda yg kecil ye.
Lepas dibelah 'mulutnya' selawatlah 3x dan terus minum (seeloknya habiskan) insyaAllah batuk akan kurang + baik. (Ada yg soh letak kicap dlm 'ayaq nyok' tu, tp MJ tak boh letak sebab takut tak terminum plak..heee

* Apa petua yang korang buat plak?? Jom syer...


p/s : Bila buah nyok takdak @ susah dicari, MJ akan kulum bunga cengkih (sedap je kerongkong tu sebab ada mint)



3 comments:

  1. banyak petua yang dapat arini, sebab byk post cara nak merwat batuk.. hehehe... rancang ke

    ReplyDelete
  2. dah lama rasa nya tak batuk2...mak aii mintak simpang..hehee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)