Meh MJ nak syer ngn korang kisah sedih yang berlaku...huhu..
Sedey tau bila baca niey, tak tau la korang yang lain.. :)
Ada sebuah syarikat besar di ibu kota menawarkan jawatan pengurus kepada orang ramai untuk mengisi kekosongan tersebut dan salah seorangnya ialah seorang anak muda yang berpelajaran tinggi.
Anak muda itu lulus ujian pertama yang melayakkanya untuk ditemuduga oleh pengarah urusan syarikat untuk memilih yang benar2 berkelayakan bagi jawatan tersebut.
Pengarah tersebut meneliti resume anak muda tersebut dan melihat kecemerlangan akademik yang dimiliki olehnya dari peringkat rendah sehinggalah lepasan ijazah, setiap tahun anak muda itu mencatat keputusan yang cemerlang.
Ikuti perbualan mereka
Pengarah Urusan : Adakah anda menerima sebarang tajaan sepanjang pembelajaran anda?
Anak muda : Tidak
Pengarah Urusan : Adakah ayah anda yang membayar segala yuran pengajian anda?
Anak muda : Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia 1 tahun, pengajian saya dibiayai oleh ibu saya.
Pengarah Urusan : Dimanakah ibu anda bekerja?
Anak muda : Ibu saya bekerja sebagai pencuci pakaian.
Pengarah Urusan : Boleh saya lihat tangan kamu?
Anak muda tersebut menunjukkan kedua belah tangannya yang lembut dan sempurna pada pengarah tersebut.
Pengarah Urusan : Pernahkah anda menolong Ibu anda mencuci pakaian sebelum ini?
Anak muda : Tidak pernah, kerana setiap kali saya mahu menolong, ibu saya pasti menghalang dan menyuruh saya hanya belajar dan tumpukan pada pelajaran , baca buku dan sebagainya, lagipun ibu saya lebih cepat mencuci dari saya.
Pengarah Urusan : Saya ada 1 permintaan, bila anda pulang ke rumah, tolonglah ibu anda dengan mencuci tangan beliau dan anda datang jumpa saya esok pagi.
Anak muda tersebut merasa sungguh gembira kerana beliau merasakan punya harapan cerah untuk mendapatkan jawatan tersebut dan terus pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya mengenai hal tersebut dan ingin mencuci sambil membelai tangan ibunya.
Ibunya juga gembira mendengar perkhabaran dari anaknya tetapi merasa pelik apabila anaknya meminta untuk melihat dan mencuci tangannya.
Anak muda itu kemudian mencuci dan membelai tangan ibunya dengan linangan air mata, tidak disangkanya pertama kali melihat tangan ibunya yang begitu kasar, dan juga terdapat banyak kesan2 calar dan ’makan air’ akibat terlalu banyak bermain ngan air dan sabun apabila mencuci pakaian orang lain.
Gmbar ihsan dari en Google
Dia merasa sedih mengenangkan jasa dan pengorbanan ibunya yang bertungkus lumus dengan mencuci pakaian untuk menyara setiap yuran pengajiannya sehinggalah beliau berjaya kini, luka2 ditangan ibunya yang berjaya menjadikan dirinya cemerlang dalam pelajaran.
Setela siap mencuci tangan ibunya, anak muda tersebut mengambilalih tugas ibunya dengan mencuci semua pakaian yang masih berbaki. Malam itu digunakan sepenuhnya oleh anak tersebut untuk bersama ibunya.
Keesokan harinya, anak muda itu pergi semula ke pejabat tersebut dan berjumpa dengan pengarah urusan itu
Pengarah Urusan : Boleh ceritakan pada saya apa yang anda pelajari semalam dirumah?
Anak muda : (dengan linangan air mata beliau mula bercerita) Saya telah membersihkan dan mencuci tangan ibu saya serta membasuh semua pakaian yang tertinggal.
Pengarah Urusan : Beritahu saya perasaan anda?
Anak muda : Pertama, saya mengenal erti penghargaan, tanpa ibu saya, saya takkan Berjaya seperti sekarang,
Kedua, saya tahu betapa susahnya ibu saya mencari wang untuk menyara hidup dan pengajian saya, dan
Ketiga, saya tahu betapa bernilainya harga sebuah keluarga.
Pengarah Urusan : Sebab itu saya bertanya, sebab saya hanya mengambil pekerja yang tahu menghargai usaha orang lain, seorang yg tahu kesusahan hidup orang lain untuk mendapatkan sesuatu dan juga tidak meletakkan wang sebagai target untuk mencapai sesuatu.
Dengan ini kamu layak bekerja dengan syarikat ini.
Setelah itu, anak muda itu bekerja keras dan diterima baik oleh rakan2 sekerja yang lain, mereka bekerja sebagai 1 pasukan dan menghormati sesama mereka, hasilnya syarikat tersebut berjaya dan dikenali ramai.
** Apabila seorang anak kecil yang membesar dengan semua kemudahan tanpa mengetahui dari mana semua itu pasti bila dewasa kelak apabila memegang jawatan tertinggi dia ingin semua orang dibawahnya mengikut nasihat/arahannya tanpa mengambil tahu betapa susah dan menderitanya pekerja bawahan dan saling menyalahkan antara satu sama lain.. Hasilnya memang dia akan berjaya tetapi mungkin hanya seketika dan pasti dia tidak merasai ’sense of achievement’. Dia akan sentiasa bersaing dan terus barsaing untuk mencapai sesuatu.
Kita boleh membiarkan seorang anak tinggal dirumah yang selesa, bermain piano @ alat mainan kegemaran, melihat kartun di tv besar, tetapi bila kita mencabut rumput, pastikan anak kita juga menolong.
Selepas makan, didik mereka untuk membasuh pinggan tersebut bersama kakak dan abang mereka. Sebab itu kita tidak perlukan orang gaji di rumah tetapi sebab kita menyayangi anak2 kita.
Kita mahu mereka faham walau betapa senang ibu dan bapa mereka satu hari bila mereka sudah dewasa dan hidup susah mereka tahu bagaimana untuk berdikari dan bekerjasama dengan orang lain.
sedinya baca cerita ni..tp cerita kisah benar ke??
ReplyDeleteCik Tom~Myra dpt dlm emel..Ayat dlm BI dialih bahasa, rasanya kisah benar la nie..
ReplyDeleteapa yg pasti pengajaran dari cerita tu mmg benar. hehe..
ReplyDeletesobsss...
ReplyDeletesayu...
sedihnya...menangis ifa baca sis..huhu
ReplyDeleteMs Nia~tul tu, pengajaran yg benar
ReplyDeleteDni~ sayu hati kan
Iefa~samola kita nangis..huhu