Dan arinie MJ nk syer penambat isteri buat suami tersayang iaitu malalui air tangan isteri (iaitu masakan-bukan yg lain ok)...heheee..
Ok, Jom baca....
Terfikirkah anda bahawa suami anda akan kehilangan kemanisan air tangan seorang isteri jika sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malamnya disediakan orang lain, sedangkan andalah permaisuri yang menguasai seluruh kehidupannya. Sebelum terlambat elok kira anda buat sesuatu agar suami dapat menikmati kemanisan air tangan anda…
Pinjam Dato' Siti jadi model.. :)
Bukan Alasan Tidak Tahu MemasakJangan sesekali memberi alasan yang anda tidak pandai memasak. Pelbagai kaedah dan cara yang boleh menjadikan anda chef di dapur sendiri antaranya:
♥ Gunakan sedikit modal untuk menghadiri kelas masakan.
♥ Pilih ahli keluarga terdekat atau sahabat baik untuk menjadi pegawai chef kepada anda.
♥ Tonton rancangan masakan di televisyen.
♥ Beli buku masakan yang ada di pasaran.
♥ Cipta resipi sendiri khas buat suami tercinta.
Luangkan MasaJika anda seorang isteri yang bekerjaya ciptakan jadual masa untuk anda dan keluarga supaya anda dapat memberi peluang suami merasai masakan dari air tangan anda:
♥ Jangan bawa balik ke rumah tugasan pejabat. Siapkan kerja rumah seperti melipat kain, mop lantai, cuci baju, dan mengemas pada hari cuti.
♥ Beli dan sediakan segala bahan masakan di hari minggu untuk tempoh sepanjang minggu bekerja dan simpanan di tempat tahan lama seperti dalam peti sejuk.
♥ Untuk memudah dan menjimatkan masa anda memasak sediakan bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar dalam peti sejuk.(Bahan yang dikisar mampu bertahan hingga seminggu).
♥ Pujuk suami agar turut sama membantu anda di dapur selain dapat menyediakan masakan yang enak ia mampu mengeratkan hubungan anda berdua.
Jadikan Memasak Sebagai HobiBukan mudah untuk menjadi seorang isteri yang lengkap dengan segala pakej termasuklah pandai memasak. Walau bagaimana pun minat boleh dipupuk seperti menjadikan memasak sebagai hobi.
♥ Jika sebelum ini hobi anda adalah membeli-belah, cuba anda gabungkan keduanya seperti ketika membeli-belah anda panjangkan kaki ke ruangan bahan masakan dari situ ia sedikit sebanyak dapat memberi ilham dan memupuk minat untuk memasak.
♥ Apabila ada masa yang terluang duduk di ruang dapur, perhatikan sekeliling termasukalah peti sejuk, kabinet menyimpan bahan masakan dan dapur gas atau ketuhar anda. Mood untuk memasak akan datang dengan sendirinya.
♥ Sesekali bertanyalah kepada suami apakah masakan yang dia ingin anda sediakan.
♥ Jangan sesekali mengaku kalah dan malas untuk mencuba sekiranya anda gagal setiap kali memasak.
♥ Banyakkan mencuba resipi baru agar anda dapat merasakan kepuasan memasak jika suami mengucapkan terima kasih sayang.
Jadikan Suami Pelanggan Tetap Dapur AndaJika anda membuka restoran atau warung sudah pasti orang ramai yang menjadi pelanggan tetap anda, tetapi jika dapur di rumah anda tidak berasap, siapakah
pelanggan anda?
♥ Gunakan segala kata-kata manis untuk memujuk suami merasai masakan anda.
♥ Sediakan masakan paling digemarinya. Paling mudah sediakan kopi atau minum petang.
♥ Jangan sesekali biarkan dapur anda tidak berasap, sekurang-kurangya beli makanan sejuk beku seperti kentang, nugget, sosej, dan keropok kering dan hidangkan untuk suami.
♥ Untuk melangkah ke gerbang perkahwinan bukan sekadar kecantikan rupa paras dan persalinan mewah yang perlu anda buat persiapan malah kesediaan untuk menjadi suri di hati sang suami juga perlu diambil kira. Tambatlah hati suami anda dengan masakan dari air tangan anda supaya kebahagiaan rumahtangga yang terbina kekal bahagia selamanya.
Sumber diambil dari PESONA PENGANTIN
p/s : MJ pun xler pandai memasak, tapi untuk suami tersayang, kena la belajar kan..
huaa.x sabr nk kawen lak..haha ~ :p
ReplyDeleteinsyaAllah akan belajar hehe..still ngah belajar masak hehe
ReplyDeletesmoga cpat2 ke jinjang pelamin :)
ReplyDeletebtol2..hihi...sebab my dad mg mkn my mum msk nie..kalu xde nt die bising...haha
ReplyDeletedni nak masak tuk suami gak. huuu nak kawen
ReplyDeleteIefa~ ayah2 kita dah biasa mkn mskn isteri, so klau xde mmg bising ar.. :
ReplyDeleteDni~InsyaAllah, nnti nk knduri jgn lupa panggil na :)