Salam.. MJ terima 1 emel so nak syer ngan korang semua la..
Kalau sudi sila jawab sampai habis soalan nie dan beritahu MJ berapa jawapan yg betul dan berapa yg salah okey..
TAPI!!! Ujian khas nie ada syaratnyer (lebih kurang nak uji pengetahuan SEJARAH anda la).. Senang jer syarat nie sebab ada 1 je, kalau anda BERJAYA MJ akan beri......? beri apa??? Ucapan TAHNIAH la... heheeee..
Okeh, syaratnya ialah ~ DILARANG SENYUM KETIKA MENJAWAB SOALAN DI BAWAH, JIKA TIDAK, ANDA AKAN GAGAL...
Sila betulkan mulut anda (kalau nak seloteyp pun boleh) dan pastikan anda tidak tersenyum...
1. Siapakah yang membuka negeri Melaka (org Melaka mesti pas)
a) Param
b) Parameswari
c) Parameswara
d) Pramugari Terlampau
e) Parang kontot
2. Pada tahun 1771, seorang penjajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai NEW HEBRIDES, siapakah dia?
a) Kapten Hook
b) Kapten Crook
c) Kapten Cook
d) Kapten Cool
e) Kapten Boleh
3. Siapakah yang pernah menjadi Pemerintah di Sarawak (org S'wak, sila jwb dgn betul ok)
a) Brooke Shields
b) James Beruk
c) James Bond
d) Sapok Biki
e) James Brooke
4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang? (Soalan nie MJ pas, heheee)
a) Torch Light
b) Traffic Light
c) Light and Easy
d) Fransisca Peter
e) Francis Light
5. Salah seorang Pahlawan Melayu terbilang?
a) Tuk Janggut
b) Tuk Misai
c) Tuk Misai A. Galak
d) Tuk Tuk
e) Tuk Bulu Hidung
6. Pahlawan Melayu di Pahang? (Khas utk org Pahang)
a) Mat Kilau
b) Mat Silau
c) M Daud Kilau
d) Mat Sentul
e) Mat Rempit
7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a) Jawa Jerongos
b) J.W.W Birch
c) Jay Jay
d) J.W.Marriot
e) Jawa Rangers
8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a) Ayam Belanda
b. Bela Anda
c) Blender
d) Belanda
e) Blunder
9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a) 7 dulang hati nyamuk
b) 7 dulang tongkeng ayam
c) 7 dulang tahi hidung
d) 7 dulang tahi lalat
e) 7 dulang gigi arnab
10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a) Tun Maira
b) Tan Tin Tun
c) Tun Tak Tahu Eja
d) Tun Teja
e) Arnold Susahanakeja
11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a) Puteri Hang Li Po
b) Puteri Kepala Hotak Hang!
c) Puteri Opah Hang!
d) Puteri Hang Go Poh
e) Puteri Hang Cing
12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a) Ikan Bilis
b) Ikan Masin
c) Ikan Kembung Masak Asam
d) Ikan kekek mak iloi-iloi
e) Ikan Todak
13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a) CIM Bank
b) Chin Peng
c) Soh Chin Aun
d) Chim Pan Zee
e) Chin Chau
Soalan TAMAT...
MAAF ANDA GAGAL, SEBABNYA ANDA TERSENYUM KETIKA MENJAWAB SOALAN DI ATAS.. heheeee, MJ pun senyum jugak.. huhuuuu
salam mesra,
iz tak senyum maksudnye betol arrr semua huhhuhu, ner nmpak kan hehehe
ReplyDeleteYe ke Iz tak senyum... Waahhh!! Thniah ye.. :)
ReplyDeletexley tahan 'chim pan zee' hahah
ReplyDeletehehe . bukan tersenyum . terbahak2 ag . hahahaha . memang SAH gagal . haiya :D
ReplyDeleteRossoneri~hehe nmpknya anda gagal.. :)
ReplyDeleteKikilalahsite x)~ hehe, cuba lagi ye..