PETUA BAGI MENDAPATKAN BAYI YANG ANDA HAJATI
Berkulit Cerah - Banyakkan makan telur ayam kampong dan sayur bayam.
Berkulit Bersih - Jangan mengamalkan makan beras
Berambut kerinting - Makanlah siput laut seperti kerang setiap hari (5 - 10 isi kerang) hingga cukup bulan.
Bayi Yang Cergas - Makan ikan laut setiap hari
PETUA MENCANTIKKAN KULIT BAYI
Ibu-ibu dinasihatkan meminum air kacang soya dan juga air kelapa muda semasa mengandung. Insaallah bayi yang lahir nanti kulitnya sihat.
PETUA SUPAYA BAYI SIHAT
Ibu-ibu digalakkan meminum air kacang soya dicampur dengan susu yang berprotin tinggi. Jika nak mudah lagi sila beli NUTRILITE keluaran AMWAY atau jenama lain yang serupa kandungannya. Maaf, bukan nak iklan AMWAY. Amalkan meminum semasa kandungan berusia 6 bulan ke atas.Jangan amalkan terlalu awal kerana dikuatiri anak terlalu besar. Ini boleh mendatangkan masalah susah bersalin.
PETUA MENGHILANGKAN BENGKAK ATAU KEMERAHAN KESAN GIGITAN NYAMUK, SEMUT ATAU APA SAHAJA
Ibu-ibu digalakkan membeli BAM HERBA(ASAS MINYAK) . Sapu ikut putaran jam di tempat gigitan. Insyaallah dengan sekali sapuan sahaja kemerahan atau bengkak akan hilang. juga berkesan di sapu di perut bayi yang kembong. Lagi berkesan disapu diperut, tapak kaki dan betis ibu yang baru bersalin. Dapatkan sekarang
PETUA MENGHILANGKAN BATUK
Dapatkan sebotol air Coca Cola. Campurkan air tersebut dengan susu pekat. Kacau biar sebati kemudian minum. Amalkan setiap pagi. Petua dari Imam kampong.
PETUA MENGHILANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS
Potong beberapa keping (sebesar 1in/persegi) upeh pokok pinang. Cuci bersih dan rebus hingga mendidih. Amalkan meminumnya pagi dan malam. Ada juga orang lain memberi petua iaitu meminum air rebusan kulit akar pokok kayu bakau. Juga petua menelan hempedu ayam yang telah disimpan dalam peti sejuk.
PETUA MENGGEMPISKAN BADAN / PERUT
Amalkan menyapu GEL HERBA (ASAS AIR) di bahagian perut dan juga pinggang di samping mengurangkan minum air ais dan air bergas.Gel Herba ini sangat berkesan kerana ia bertindak membakar lemak yang berlebihan di bahagian perut.Kalau hendak mengecilkan saiz paha, sapu di bahagian paha. Boleh juga mengamalkan meminum air teh cina (serbuk teh sebanyak 3 sudu besar) tanpa gula yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur.
PETUA MERANCANG KEHAMILAN
Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. Ia juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan.Pastikan juga semasa melakukan hubungan bersama isteri / suami adalah masa subur. Masa subur bagi isteri ialah 7 - 10 hari selepas berhentinya haid.
PETUA MUDAH BERSALIN
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.
PETUA MEMBANYAKKAN AIR SUSU.
Parut atau kisar lobak putih yang telah dikikis kulitnya.Campur dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari. Boleh juga banyakkan minum air buah-buahan dan susu.
PETUA MELANCARKAN / MENSTABILKAN PENGALIRAN DARAH
Amalkan minum air bawang putih. Caranya dengan blander atau tumbuk 5 ulas bawang putih kemudian perah dan campurkan sedikit air. Atau cara yang lebih mudah beli Kapsul GARLIC yang dijual di farmasi. Amalkan 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.
PETUA MENGHILANGKAN PARUT DI MUKA DAN BADAN
Pastikan parut masih muda. Ambil ubi keledek muda asah di belakang pasu (batu pengasah pisau pun boleh). Ambil ubi yang diasah tadi dan sapu di atas parut luka tadi. Kalau parut yang sudah lama agak susah sedikit hendak menghilangkannya. Petua ini sangat berkesan. Amalkanlah.
PETUA MENGHILANGKAN DEMAM CAMPAK
Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar. Boleh juga parutkan kunyit dan campurkan dengan asam gelugur. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.
MELURUSKAN RAMBUT YANG KERINTING.
Dapatkan segelas santan kelapa tua. Perahkan sebiji limau nipis kedalamnya. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi menyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama 1 jam. Basuh dan bilas. Lakukan 3 kali seminggu.
MENGELAKKAN RAMBUT BERUBAN.
Didihkan santan kelapa(1 biji) sehingga menjadi minyak. Masukkan halba ke dalam botol yang diisi minyak tadi. Gunakan minyak tadi sebagai minyak rambut setiap hari. Uban akan berkurangan dan rambut akan hitam semula.
PETUA MERAWAT TUMIT YANG PECAH-PECAH
Ambil sebiji buah betik muda dan hirislah buah tersebut supaya getahnya keluar. Guna getah tersebut bagi menyapu di tumit yang pecah-pecah tadi. Boleh juga sapu ubat gigi sebelum tidur.
teringin nak cuba semua petua :)
ReplyDeleteDnie cubalah, senang je kan.. :)
ReplyDelete