Sama2lah kita amalkan ye..
Apakah amalan @ rahsia agar hidup lebih tenang dan murah rezeki??
Senang saja amalannya, cuma apa yg penting kita semua kena rajin amalkannya
dan jangan malas.. =)
Rahsia dan amalannya ialah
- Beristiqhfar secara iqamah pada setiap pagi
- jumlahnya ialah sebanyak 70kali
- Masanya antara azan Subuh hingga iqamat Subuh
Tak cerita pun semua orang tahu. Cuma masalah kita ni ialah, kita malas nak beramal. Kita ada banyak ilmu. Kita tahu banyak perkara, tapi tak amal.
Sama jugalah dalam hal beristighfar ni. Semua orang tahu dan faham kelebihan mengamalkannya. Tapi berapa ramai orang yang istiqamah mengamalkannya? Saya nak tanya, satu hari, berapa kali kita semua beristighfar kepada Allah?
Nabi SAW yang maksum dan terlindung daripada melakukan sebarang dosa pun beristighfar tidak kurang 100 kali setiap hari. Kita yang menggunung dosa ini bagaimana? Berapa kali kita istighfar??
Akhir kata, ketahuilah bahawa, siapa nak dapat dan cinta dari Allah, banyakkanlah beristighfar. Banyakkanlah bertaubat kepadaNya. Minta ampun semua dosa-dosa yang telah kita lakukan. Samaada dosa kecil, apatah lagi dosa besar.
Sekian. Ampun maaf dari MJ.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)