Terimalah Kekurangan Suami Seadanya

MJ nak syer artikel yang diterima dengan korang semua selain sebagai panduan untuk diri MJ jugak..
Sama2 lah kita renungkan kisah nie ye.. Entry agak panjang, kalau sudi bacalah, bukan pe, ia amat baik untuk semua especially sebagai isteri.


Seorang isteri mengadu begini kepada seorang Ustazah,



" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?


Lalu saya bertanya,



Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

 Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.



 Lalu saya perjelaskan,


Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.


Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?







Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya





JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.

JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah orangnya.




Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".








**Sayangilah dengan sepenuh hati seorang Insan yang bergelar SUAMI yang telah diciptakan oleh Allah untuk kita sebagai seorang ISTERI..** Hargailah pengorbanan yang dicurahkan dan kenangilah zaman indah lalu yang telah ditempuhi.. Harap bertemu di Syurga nanti Suami masing2 ye..



Dah baca?? Jom klik HB MJ ya.. Then inform me I will click u also.. :)







6 comments:

  1. macam macam kan...

    no komen... tapi sekadar muhasabah diri=))

    ReplyDelete
  2. thank's for share...maira besarkan tulisan ckit, kecil sgt le...i kan rabun heheh

    ReplyDelete
  3. bersyukur lah ngan apa yg kita ada...as long as suami kita boleh bagi makan minum dan tempat tinggal, dah cukup baik sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. w/pun artikel ni panjang tp sy baca samapi abis. banyak benda kebaikan yg kita leh namapak
    "NO MEN IS PERFECT"

    ReplyDelete
  5. Zur@Zari ~ye sbg muhasabah kita

    Izyanty~Ok nanti den besarkan tulisan ye.. hehee TQ ya.. :)

    ReplyDelete
  6. wahida~ye, kita terima seadnya dan bersyukur..


    syariza09~betul, bukan lelaki je malah no women perfecr kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)