4 jenis serangga yang dibenci tapi sebenarnya bermanfaat

4 jenis serangga nie memang kita semua benci dan kalau boleh nak bunuh kesemuanya..hehee, tapi siapalah kita untuk menidakkan ciptaan Tuhan kan...?? Setiap yang diciptakannya pasti mempunyai manfaat dan kegunaan tersendiri.. Jom kita tengok apakah jenis serangga2 tersebut..






1.  Nyamuk

Kita semua memang tak suka nyamuk, betul tak???
Yela sapa suka bila kulit kita yang cantik mulus lembut nie ditumbuhi bintil2 merah dan gatal plak tu..hehee
Selain itu nyamuk juga punca kepada beberapa penyakit yang membawa maut seperti Demam Denggi, Denggi Berdarah, Chikungya, dan macam2 penyakit2 yang berpunca dari nyamuk...

Namun, nyamuk @ larva @ jentik2 sebenarnya sangat diperlukan oleh spesis serangga lain seperti Katak, Kelawar dan tentunya juga Periuk Kera. Tanpa nyamuk serangga tersebut tak dapat berkembang..






2. Ulat Belatung (Maggot)

Dalam TV kita sering terlihat Ulat Belatung ini sebagai pemakan bangkai dan menjijikkan. Bahkan Ulat Belatung ini juga sering terlihat pada mayat dan dikaitkan dengan dosa yang dilakukan dulu.
Padahal ulat ini sangat berguna dari segi perubatan MDT (Maggot Debdirement Therapy) iaitu Belatung @ Larva diletakkan pada luka dengan cara tertentu agar luka tersebut tidak merebak dan memberi kesan infeksi.







3. Lalat
Lalat sering sahaja terlihat @ dijumpai di kawasan timbunan sampah sarap, makanya lalat akan berterbangan di merata tempat sambil membawa sisa sampah bersamanya..
Sama seperti nyamuk, lalat diperlukan oleh serangga lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, telur lalat akan menetas menjadi belatung dan membantu penguraian sampah dan material organik.






4. Lipas


MJ cukup tak boleh dengan lipas nie, geli sesangat... eeiiiii memang kalau nampak akan lari punya...:)
Tp kalau nak bunuh lipas takleh ketuk @ pukul tau, sebab lipas tak akan mati dengan cara nie, even kita penyek dia sekalipun, kita harus ingat dalam badan lipas terdapat beribu telur yang akan bertebaran bila kita buat dengan cara ini, makanya telur itu akan menetas dan menghasilkan banyak lipas lagi..
Ada cara lain untuk membunuhnya.. ;)

Penelitian mendapati otak lipas mengandungi antibakteria yang mampu melawan @ membasmi kuman.


Info ini dipetik dari SINI



p/s : Sebenarnya setiap binatang punyai kelebihan dan kekurangan sendiri, sama macam kita ada juga kelebihan dan ada kekurangannya.. Selamat Beramal.... :)



11 comments:

  1. huhuhuhu...tak tahan tengok serangga ni

    ReplyDelete
  2. selalu main kejar2 dengan no 4 tu..tp bukan cik sakura yang kejar tp lipas tu yg kejar cik sakura..eee..nk je penyekkan dia..

    ReplyDelete
  3. wahhh takmo halau lipas dah pasni ehehehe

    ReplyDelete
  4. geli...gelinye...rase dia merayap2 jer kat badan ni...yg no.4 tu...

    ReplyDelete
  5. @cik sakura MJ pun mmg selalu elak bila jumpa Cik Lie nie.. Geli sangat... hehee

    ReplyDelete
  6. kak munna pun tak suka lipas.. tulah kebesaran ciptaan Allah

    ReplyDelete
  7. eeyakkk.. pantang btol sy klu jumpa binatang2 neh.

    ReplyDelete
  8. mr jay: kadang2 mungkin kita x suka makluk ciptaan Allah tanpa kita sedari ia berguna pada kita. contoh mcm lalat. berenga (telur) lalat digunakan oleh unit forensik dalam menentukan tarikh dan masa kematian seseorang yang dijumpai mati

    ReplyDelete
  9. tak why takda apa pun yg ALLAH cipta kat muka bumi ni tak berguna :D kan MJ kan..hikss

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)