Cameron Highland | Percutian Bermula..

Assalamualaikum semua....Setelah 2hari bercuti MJ kembali bersiaran, rasa cam lama giler tak ngadap blog...
Alhamdulillah kami sekeluarga telahpun selamat pergi dan pulang dari Cameron Highland..
Best sangat kat sana, cuaca sejuk bangat..hehee.
Orang pun ramai, maklumlah dah cuti sekolah kan..

Cerita2 ini adalah sebagai kenangan untuk kami nanti..:)

Perjalanan kami bermula pada pukul 10.00am dari kampung hubby dan terus menuju ke Taiping sebab ada kenduri di sana..
1st time pergi kenduri kahwin 3 pasang pengantin, memang meriah la..
Selalu dok p tengok 2 pasangan pengantin je ini 3 pasangan yang terdiri dari sepupu sepapat mereka sendiri.
Senangkan satu kampung sekali je wat kenduri
Nak amik makanan pun kena beratuq panjang, fuhh memang dahsyat punya meriah...

Kenduri nie 1rumah 2beradik bersanding, sepasang lagi sepupu depa..tp rumah sebelah menyebelah.
Kiranya 1keluarga pakaian seragam putih, sekeluarga lagi kaler pink..hehee
So takler tertukaq tuan rumah


Banner Raja Sehari, bukan sepasang tapi bertiga...
Dan ketiga-tiga pengantin lelaki merupakan pegawai Tentera,
cukup korum, sorang laut, darat dan udara..
Pandai pilih..



Meja makan yang nampak simple tapi cantik kan..:)




Dan nielah pelamin untuk 2pasangan..
MJ tak duduk pun sebab masa nie pengantin belum rasmi, orang cakap tak elok kan duduk kalau pengantin belum duduk takut hilang seri kot, hehehe



So kami upah budak kecik comey nie untuk posing...
Bab bergambaq cepat je dia naik nak duduk..



 Dan MJ pulak hanya posing kat bawah pelamin jela...hahaa




Habis je posing segala, tak tunggu lagi terus gerak, kang lewat plak ke Cameron kan..
Tp edisi kami di highway disajikan dengan aksi mat2 rempit dijalanan..
Nie antara gambaq yang sempat kami tangkap.. Diorang ramai, rasanya nak ke Bukit Merah Laketown kot sebab semua pakat keluaq (exit) disitu..













Budak2 muda sekarang nie kan tak fikir langsung pasal nyawa, kami yang naik kereta jadi seram ha:P
P/s: Next entry kisah perjalanan kami je disana.



9 comments:

  1. beskan g cameron...rindu nak pergi sana....

    ReplyDelete
  2. haahla complete pengantin tu, tentera udara, darat, air! hehe

    ReplyDelete
  3. waaah...3 pasang pengantin..mmg meriah tue...

    ReplyDelete
  4. @~ PIJA ~ Yup, mmg best, sejuuuukkk je kat sana:)

    ReplyDelete
  5. cantik pelamin dia..simple tapi nampak menarik..

    ReplyDelete
  6. nak g cameron gak.. nak stoberi... huhu

    ReplyDelete
  7. bila tgk wedding tema org kaler red white...watkan zie jd tak sabar je nk kawen cecepat..haha :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)