Kenali 7 Masjid Unik di Indonesia :)

Sangat Unik!! Itulah ungkapan pertama MJ saat melihat kesemua design masjid tersebut melalui emel yang telah diterima.. Masjid2 nie ada simbolik dan punyai sejarah tersendiri...

Jom kita layan...zassss :)


Masjid Perahu

Masjid yang terletak di Jakarta ini asalnya bernama Al Munada Darrusalam. Masjid ini lebih dikenali sebagai masjid perahu kerana menggambarkan sebuah perahu raksasa. Bangunan berbentuk perahu tersebut difungsikan sebagai tempat wudhu untuk kaum wanita, sementara untuk kaum lelaki berada pada sisi yang berbeza. Suatu keunikan yang tak dimiliki oleh masjid-masjid lainnya.




Masjid Pintu Seribu

Masjid Nurul Yakin atau lebih dikenali dengan Masjid Seribu memiliki keunikan tersendiri dibandingkan dengan masjid lainnya kerana Masjid ini memiliki seribu pintu. Masjid seribu ini menjadi salah satu tempat paling menarik bagi pelancong, bukan hanya pelancong tempatan tetapi pelancong  asing. Masjid ini terletak di Kp.Bayur Tangerang.





Masjid Menara Kudus

Masjid Menara Kudus disebut juga sebagai Masjid Al Aqsa dan Masjid Al Manar adalah Masjid yang dibangun oleh Sultan Kudus. Keunikan dari bangunan masjid ini adalah menara berbentuk candi bercorak Hindu Majapahit. Bentuk asli strukturnya yang sangat khas untuk sebuah menara masjid itulah yang menjadikannya begitu mempesona. Keunikan lainnya, mesjid ini dibangun dengan menggunakan batu dari Baitul Maqdis dari Palestin sebagai batu pertama. Masjid ini terletak di kabupaten Kudus, Jawa Tengah.






Masjid Muhammad Cheng Ho

Masjid Muhammad Cheng Ho berada di Jalan Gading, Kota Surabaya. Masjid ini tercatat di Muzium Rekor Indonesia (MURI) sebagai salah satu masjid terunik. Bangunan masjid ini tidak berbentuk seperti masjid pada umumnya kerana dibuat dengan struktur khas Tiongkok. Bentuk bangunan ini mirip Masjid Niu Jie di Beijing yang berusia lebih dari 100 tahun.







Masjid bawah tanah Tamansari

Masjid Taman sari terletak di bawah tanah kompleks Taman Sari Jogjakarta. Masjid Tamansari dibangunkan pada separuh pertama abad lalu. Masjid ini memiliki struktur yang unik. Masjid bawah tanah ini terdiri atas dua lantai berbentuk bulat dengan rongga- rongga jendela di bagian luarnya. Lantai bawah dipakai untuk jemaah wanita, lantai atas untuk jemaah lelaki.
Tangga dari lantai bawah menuju ke lantai atas terletak di tengah-tengah lingkaran. Selain itu terdapat sebuah kolam kecil berbentuk bulat di tengah masjid serta tangga yang melintang di atasnya.





Masjid Cipari


Masjid Cipari atau A-Syuro, adalah salah satu masjid tertua di Garut, Jawa Barat. Bentuk bangunan masjid ini cukup unik kerana mirip bangunan gereja dengan bentuk bangunannya yang memanjang dengan pintu utama nampak muka bangunan, juga menaranya yang terletak di hujung bangunan persis diatas pintu utama. Masjid Cipari ini juga memiliki sejarah perjuangan, kerana dahulunya digunakan sebagai kubu perjuangan rakyat dan tentera.






 Masjid An Nurumi
 
Masjid An Nurumi merupakan masjid kecil di tepi jalan Jogja-Solo. Kubahnya mirip bangunan di Moscow, Russia. Kubahnya berbentuk aneh dan berwarna-warni. Maesjid ini dikenali juga dengan nama Masjid Kremlin. Ada juga yang memanggil Masjid Permen, sebab kubahnya berwarna-warni mirip Permen lolipop.




p/s : Kat Malaysia pun ada masjid dengan rekaan unik dan tersendiri kan :)

Jangan lupa klik HB nie ye :) TQ..

1 comment:

  1. yup tul tu...tapi masjid yg last tu cantik lah...unik...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)