Iblis jatuhkan maruah manusia melalui wanita

Salam pagi jumaat, semoga hari jumaat membawa seribu keberkatan buat kita semua..:) Jumaat adalah hari yang mulia dan jumaat juga merupakan penghulu segala hari..:)

Setelah gosip panas semalam mengenai artis wanita yg membuatkan blog MJ mencanak naik, hehee jadi harini  taknak gosip2 lagi, cuma MJ nak kongsikan tazkirah buat pedoman kita semua...


Tazkirah di bawah diambil dari Berita Harian Online


AL-QURAN dan hadis merakamkan kisah nyata mengenai fitnah dan angkara murka disebabkan wanita. Pelakunya ialah iblis berserta tentera yang menjalankan watak dan jiwa kotor untuk menjatuhkan manusia.




Iblis selalu mengintip aurat dan keburukan sifat manusia. Iblis menanggalkan pakaian Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa di syurga. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu menghadap ke muka (datang) dalam bentuk syaitan dan ke belakang (pergi) dalam bentuk syaitan.” (Hadis riwayat Muslim). Mujahid Rahimahullah berkata: “Ketika perempuan menghadap ke depan (datang), maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihat dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi), syaitan duduk di belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya. (Al-Qurtubi, al-Jami'li- Ahkamil Quran).





Rasulullah juga memperingatkan dengan sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya dunia manis lagi hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah di bumi, lalu Allah mengawasi bagaimana kamu berbuat. Maka jaga dirimu mengenai dunia dan jaga dirimu mengenai wanita. Sesungguhnya bencana bani Israel ialah dalam hal wanita.” (Hadis riwayat Muslim, kitab Riqaq).



Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud: “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim).




Sudah menjadi rahsia umum, ada projek dilancarkan pengurusannya menggunakan umpan wanita. Itu praktik iblis dan syaitan. Pada zaman Nabi dan sahabat pun tidak terlepas serta terjebak daripada projek syaitan melalui wanita untuk menjatuhkan maruah manusia.


Hadis mengenai wanita kadangkala panjang kerana tidak lain wanita paling ramai jadi pengikut syaitan terkutuk.


Sebab itu Nabi mengkhabarkan bahawa wanita paling ramai menghuni neraka kerana mengikuti iblis dan tenteranya. Tiada manusia mengikuti iblis melainkan ia sudah menguasai mereka. Iblis tidak akan menguasai mereka melainkan dengan banyaknya berlaku maksiat dan dosa.

Sedangkan kekuasaan iblis dan tenteranya dengan cara menganggap indah dan bagus dosa dan maksiat yang dilakukan manusia.





Al-Quran merakamkan contoh bencana dan fitnah melalui wanita. Firman Allah bermaksud: “Dan adalah di kota itu, sembilan lelaki yang membuat kerosakan di muka bumi dan mereka tidak berbuat kebaikan.” (Surah an-Naml, ayat 48).



Dalam surah ini, Allah menceritakan kaum Nabi Salleh berusaha untuk membunuh unta baginda. Mereka membunuh unta itu disebabkan propaganda wanita yang bernama Mashro. Riwayat menyatakan wanita itu juga melemparkan panah dan melekat pada tulang kaki unta menyebabkan haiwan itu terbunuh. (Tafsir at-Tabari).






Mashro ialah isteri pemimpin, sedangkan yang lain penyokong Mashro dan pemimpin kabilah Nabi Salleh. Jadi mereka ialah golongan elit yang terkenal.


Terjadi fitnah wanita itu sebagai jalan masuk iblis kepada pembesar dan iblis bersama mereka untuk membunuh unta Nabi Salleh yang menjadi ayat (tanda) Allah.



Allah juga memperingatkan kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran dan kisah nabi lain mengenai fitnah wanita untuk dijadikan iktibar sepanjang zaman. Dengan aksi iblis jahat melalui wanita dan skandal seks sentiasa menjadi cerita besar dan penting menghiasi kecenderungan kehidupan umat manusia, apa lagi membabitkan pemimpin dan orang ternama sepanjang zaman.



Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah mereka itu (anbiya) ada pengajaran (iktibar) bagi orang yang mempunyai akal fikiran.” (Surah Yusuf, ayat 111).





Semoga kita semua sebagai WANITA akan terhindar dari godaan syaitan... Aaamiinnnn :)



5 comments:

  1. selamat pagi MJ..
    tq ye n3 ni...dapt la kite saling ingat mengingati antara sesama umat...

    ReplyDelete
  2. aminnn.. moga kita semua di lindungi dr godaan syaitan~

    ReplyDelete
  3. mudah2an kita semua sentiasa berada di bwh lindunganNYA..amin...

    ReplyDelete
  4. bgus info tazkirahnie=)mmg kalau ikutkan wanita yang paling ramai menghuni neraka bahkan wanita juga paling senang nak masuk syurga..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)