Alhamdulillah lega rasa Lulus Exam :)

Tiada kata mampu diluahkan hanya rasa bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah :) Setelah bertungkus lumus (last minit study) dalam menghadapi exam di Tahun Ke-2 sebagai pelajar Jarak Jauh USM, akhirnya result yang dinanti-nantikan telahpun diumumkan..:)

Memang berdebar sesangat masa nak buka portal untuk tengok result, serba tak kena jadinya, risau + berdebar semua ada..


Dan alhamdulillah MJ LULUS kesemua subjek yang diambil, jadi pasni tak risau dah, konpom dah leh naik tahun 3 plak..hehee.. Cuma sekarang belum tau lagi sama ada MJ dapat gred A @ B @ C untuk subjek2 tersebut :)



Result nie diambil dari Web Portal USM



Ini adalah berkat doa dan dorongan dari en suami tersayang, my family, rakan seangkatan MJ dan jugak semua rakan-rakan maya MJ yang turut mendoakan kejayaan MJ tika menghadapi exam baru-baru nie..

Terima kasih yang tak terhingga buat anda semua... Semoga Allah dapat membalas jasa kalian.. Aaamiinnn




p/s : Jangan lupa join GA besday MJ yang tengah berlangsung sekarang nie ye..







Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

14 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)