Jom buat Ayam Goreng Berempah :)

MJ nak simpan resipi nie so bloglah tempatnya, hehee :)
Baru-baru nie (sebelum operate scope), MJ ada try buat ayam goreng berempah, tapi sekarang nie kalau tengok meliur la tak dapat makan..huhuu..

Sebenarnya doktor cakap MJ dah sihat, tapi bila mengenangkan rakaman CD masa operation tu, luka luaran memang nampak dah baik, luka dalaman tu yang lambat kan.. :)


Ok, abaikan dan jom layan, kalau ada yang nak cuba, boleh aje, mudah dan senang :) Bahan2 pun tak rumit..



Ayam Goreng Perap @ Ayam Goreng Rempah..


Bahan Perap

1 ekor Ayam 
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit lada sulah
2 s.b sos tiram


Cara Membuatnya
Blender bawang merah dan bawang putih dan gaulkan kesemua bahan2 lain bersama-sama..
Perap selama setengah jam (ikut juga kalau nak perap lebih) kemudian goreng ayam sehingga masak



Dan nie MJ masak untuk jadikan kuah..
My hubby cakap masakan ni sedap kalau cicah dengan ketupat..heee


Bahan-Bahan

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1/2 cawan cabai kisar
3 s.b kerisik
4 s.b kicap manis
1 s.b gula
1 cawan santan
1/2 cwn minyak masak
1 cwn air
Daun Pandan
2 s.b air asam jawa
4 sekawan (Rempah campak)

Cara Membuatnya
  1. Blender bawang, halia dan kunyit dan tumis bersama-sama dengan daun pandan dan rempah campak sehingga wangi
  2. Masukkan cabai dan kerisik, kacau rata sehingga garing
  3. Masukkan kicap, gula, dan air. Kacau dan biarkan sehingga mendidih
  4. Masukkan santan, air asam jawa dan kacau
  5. Lepas itu, masukkan ayam, masak hingga naik minyak dan pekat
  6. Siap, leh hias mengikut kesukaan anda


RESIPI ni MJ amibil dari Majalah Saji Oktober 2009 (Nama Masakan nie Ayam Masak Bali)
MJ dah cuba dan menjadi, korang pun leh ler ubah selera dan mencuba kan..

22 comments:

  1. wah...resepi baru ni...boleh cuba nnt...

    thanks MJ!!

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap.. boleh lah cuba nanti.. :-)

    ReplyDelete
  3. nmpk sddap sgt2...terliur...!

    myra jg mkn tau dn jgn bt keje berat...dl mak kfieza sll psn wlau nk angkat cerek air je pn jgn huhuu...luka dlm mmg lmbt sembuh...

    ReplyDelete
  4. namapak menarik dan sedap ayam ni... kak munna klu ayam berempah makan mcm tu je...

    ReplyDelete
  5. cedappnya.nak cuba gak mesti anak2 suka

    ReplyDelete
  6. @Fieza79 TQ ye kak, nasihat yg sangat baik.. ;)

    Tp kekadang terbabas jugak buat kerja ha ;)

    ReplyDelete
  7. ermm sedapnya .. lapoor dah nie huhuhu

    ReplyDelete
  8. sedap sedap sedap! macam mudah, nanti nak try! hiks

    ReplyDelete
  9. wah pandai masak ek hehe
    suka ayam rempah
    tp xpenah wat
    bese makan mak buat je hehee

    ReplyDelete
  10. @Nana buat yg simple2 boleh la kak :) yg berat2 belom pandai lg :)

    ReplyDelete
  11. ouh. kita mmg suka aym greng berempah ni! lg sedap dr greng kunyit..

    ReplyDelete
  12. lin suka ayam rempah...mmg bestla...sellau jugak buat kat umah sewea dulu

    ReplyDelete
  13. sedap2 nanti akk nk buat akk cr sini :)

    ReplyDelete
  14. memang sedap aym brempah...sy sukakannye....

    ReplyDelete
  15. simple je kn nk bt ayam goreng berempah ni..nti nk try bt ikt resipi u..tq sharing =)

    ReplyDelete
  16. makan dengan nasi briani sedap..cara buat kuah tu cam resepi masak itam mamak...sedap...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)