Selamat bertunang kepada Zahiril Adzim & Shera Aiyob

Sekarang ni musim artis bertunang dan berkahwin kan...?? Alhamdulillah dah jodoh kan :)
Sebelum nie majlis persandingan paling hangat abad ini - Perkahwinan Diraja Britain, Duke and Duchess of Britain, Putera William dan Kate Midleton, sempat jugak MJ tengok sebab ari jumaat lepas adalah hari terakhir paper final :)


Dan yang terbaru artis kita yang mengikat tali pertunangan ialah pelakon drama bersiri Juvana di tv3 Mohd Zahiril Adzim Mohd Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Zahiril Adzim dengan pengacara Wanita Hari Ini, Nur Syahirah Aiyob atau Shera Aiyob.. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua...:)



Pakaian sedondon pink + putih.. cantik sangat :)



Shera disarung cincin oleh bakal ibu mertua..




Pasangan ini memilih tarikh 20112011 untuk majlis pernikahan mereka kerana mudah diingat..
Dan majlis resepsi dijangka pada 17122011





Pasangan sama cantik sama padan ini ceria setelah ditunangkan..
MJ suka ngan pelamin diorang, nampak lembut dan sangatlah cantik (* ~ ^)





Jom kita layan barangan hantaran pulak




Zahiril menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 11 oleh keluarga perempuan :)
Nampak lembut kan tema nie... :)





Macam tema MJ masa majlis nikah dulu..hehee
Hahaa, nak jugak selit wokeyh..




Sumber gambar dari Gua kecuali gambaq last sekali origin dari tuan blog ye



8 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)