Tolong!!! Tolong!!! Nak tanya korang nie...


Tajuk bikin gempak ke??? heheee takdela sebenarnya nak luah perasaan yang terpendam nie..  Sebab MJ tengah hadapinya sekarang nie, dari dok pendam sorang2 baik luahkan kan??? Mana tau korang yang sudi singgah dan baca nie leh tolong kan...





Korang jelas tak gambaq diatas?? Nie antara beberapa blog yang sempat MJ terjah pagi tadi..
  • Line atas tu widget follower hilang, bukan hanya tiga blog ni je tau, malahan kesemua blog yang MJ singgah termasuklah blog MJ sendiri widget folower kosong, jadinya MJ takkan tau siapa folower terbaru blog MJ melainkan bila balik ke rumah on lappy baru dapat tengok..
  • p/s : Widget Folower nie dari dulu lagi memang kosong, dan takpenahnya muncul2... sobsob..Dashboard pun kosong tak baik2.. Dah frust rasanya....

         Dan masalah nie jugak membuatkan aktiviti untuk join apa2 GA terbaru terbatas, yela camne nak 
         join sebab masa tu tak leh nak follow blog kan. MJ dah banyak hutang tag untuk GA nie
         tau..huhuhuhuu, terima kasih pada yang sudi tag MJ ye :)


  • Line bawah sebelah kiri, dari semalam lagi bila MJ bukak je page jadi kosong, tunggu berejam pun takde pape camtu gak, sebelum nie ok je.. Wahai Dni - Myra tak dapat nak baca blog Dni lah, jadi entry terbaru tak dapat nak terjah..huwaaaaa :(
  • Sebelah kanan pulak MJ takleh tinggalkan komen, tekan submit 5-6kali pun takleh, langsung tak lepas, bila baca entry lain, kat bahagian komen tu akan tertinggal ayat yang sama.. hal nie terjadi kat blog Mrs Fiza. Tapi kalau komen kat blog PuanBee ngan KakYong boleh pulak, itu yang pelik tue..

Kesimpulannya disini yang MJ boleh buat, masa kerja jangan dok berblog, buat kerja saja, jangan curi tulang... hahahaahhaa.. :) Tapi kalau ada antara korang boleh tolong sangatlah dialu-alukan..
Sekian terima kasih.. :)



Kek Besday untuk en suami | Surprisseeee!!! :)



Masih lagi nak bercerita pasal besday en suami pada hari Ahad lepas, heheee ni last entry ye pasal besday, jangan marah ye :>)
Tak lengkap besday andai takde kek kan, kena ada jugak dengan lilin untuk ditiup, baru best.. So disebabkan MJ tak sempat nak buat kek sendiri, hehee beralasan pulak :P so pergi beli di kedai jela, pilih2 mana berkenan then bayaq...


Berkomplot dengan adik bongsu MJ dan my luv Mum untuk buat kejutan nieh :)
Gambaq gelap sebab masa nie tutup lampu

En suami ada dalam bilik masa nie, so tugas MJ ler ketuk pintu bilik, en suami tak bukak mulanya, (mesti heran yela MJ ada dalam rumah tapi nape ketuk pintu plak tak bukak) dah berkali-kali ketuk baru pintu bilik dibuka..


Bukak je pintu bilik terus kami nyanyi lagu besday, hah terkejut en suami masa nie, muka terkejut tapi masih tersenyum, terharu la tu.. wakkaakaka.. :)
Korang leh tengok kat gambaq bawah nie..hehehe :>)






3 lilin melambangkan umur en suami ye :)
Welcome to the new club ye abang..heheee :)


Pandangan atas, buah stoberi tu macam biasa MJ rembat dulu.. :)
Memang suka giler makan buah stoberi nie :>)


Pandangan sisi - Flavour Milo Chocolate Cake..


Besday Men sedang potong kek



Bahagian tulisan tak terjejas, masih elok lagi.. tapi yang lain2 dah clear :>)



Ada macam rupa Indulgence Cake Secret Recepi kan?? :>)
Rasa kek nie - memang sedap... :)



Kek tak abes sebab cuma tinggal kami berempat je masa nie..huhuuu :) My Dad takdak sebab kerja kat Aloq Setaq, seorang adik perempuan MJ ada kat kem PLKN, Wang Kelian, adik lelaki kerja masa nie dan adik perempuan MJ plak ada di Lumut dengan suami dan anak dia.. Cuma ada adik bongsu MJ dengan My Mum je.. Takpela abang kan, yang penting cik isteri setia ada disisi :>)






Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Hukum menyebut OMG!! 'Oh My God!'


Kebelakangan nie kita kerap mendengar anak-anak muda malahan budak kecik pun selalu mengungkapkan perkataan OMG, even dalam facebook pun MJ perasan ramai menggunakannya.. OMG @ Oh My God adalah seerti dengan Oh Tuhanku @ Oh Ya Allah.. Tetapi sedarkah kita apa hukumnya??

MJ nak kongsi dengan korang maklumat nie.. Jom kita dengar apa kata Datuk Dr Mashitah Ibrahim


Klik untuk kejelasan optimum..


Takpun meh MJ syer kat sini petikan atas tu ye :)

Seorang Muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah s.w.t, berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang." Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah ya Allah kerana maksudnya berbeza dengan oh my god.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal...


Updated!!!
  • p/s : Kalau sesiapa nak syer maklumat nie sangatlah dialukan, cuma kalau boleh jangan lupa link back ye.. Give and take kan..hehee :>) Thanks in advance

dalam prbualan seharian kita dan juga dlm penulisan kita sering menggunakan kata 'tuhan' contohnya, "sabarlah, tuhan ada brsamamu", "jangan bimbang tuhankan ada..." kalaulah kata 'tuhan' tu diganti dgn nama 'Allah', ini lbh baik juga lbh bnyk manafaatnya.. Biasakan lidah kita menyebut nama 'Allah' bkn 'tuhan'. Wallahu a'lam.



Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Makan Ayam Penyet di Aeon Jusco Perda | Celebrate Besday Hubby


Hari Ahad lepas adalah hari bermakna dalam hidup en suami dan of course untuk MJ jugak, en suami dah bertambah umur dan angka depan pun dah bertukar jugak, heheehe so selamat datang ke dunia baru.. :>) MJ je masih muda sikit...wahhahaa nak jugak rasa muda tu :>)

Kitorang tak kemana-mana pun masa besday en suami, plan asal nak p berjimba mandi manda kat The Carnival, Sg Petani (sebenarnya plan MJ sorang je) tapi last minit cancel plan, so stay kat area Penang jela :)



Keluar je rumah, tempat wajib en suami ialah ke roadwalk, boleh kata setiap hari kalau tak kerja mesti singgah punya kat situ.. (Gambaq nie MJ candid masa en suami sibuk dok deal ngan tokey tu :>)
En suami sekarang dah punya hobi baru tau, dia minat dok kumpul duit lama, sesapa ada simpan meh jual kat kami..heheee (Nanti MJ tunjuk koleksi duit lama en suami setakat nie ye) 


Penat jenjalan, MJ tak beli pape pun, kain baju tudung semua murah tapi mood Malas nak shoping mai, so jes ushar tanya harga pehtu keluaq..hahahaa :>)  Padahal belom gaji tu yg buat alasan, selamat duit..wakkakaa :>)


MJ nak belanja en suami lunch kat Swensen's, tapi disebabkan ada 1 jalan ditutup dan kami nak kena pusing balik jauh, so plan bertukar lagi, kitorang ke Jusco Mall dan makan kat sana..
Kitorang makan Ayam Penyet.. 1st time kami makan ayam penyet tau...


Disebabkan hanya ada kami berdua, so kek pun cuma sepotong khas untuk en suami, dari Secret Recipe..

Masing2 dok cari bahagian yang sedap....hahaha :)



Sendiri beli sendiri makan, macam biasa en suami makannya cuma sikit, yang tolong perabih pastinya MJ...hahhaaa :>)


Kitorang pilih kek nie, apa nama penuh tah dah lupa..
Mulbery Cheese Cake kot...


Kek tu kami makan dulu sementara menunggu hidangan ayam penyet kami sampai..
Bila dah sampai, mata terus terpaku, Wowww!!! Decor yang menarik.. Jom layan 2 keping..



Sambal dia memang tangkap leleh la, sedap sangat tau :>)


Dan nie side dish - Bakso (selalu orang amik desert, kami amik yang berat jugak)



Nie air MJ - Mango Fruit MilkShake



Dan nie en suami - Cappucino Milk Shake


Makan tengahari menu nie kenyang sampai malam, bila tengah malam lapaq pulak..hehee :>)


Masa besday en suami ari tu, en suami ada ajak p jenjalan tapi masalahnya kitorang tak tau nak kemana, last2 pusing p pusing mai, kitorang stay kat Penang je...heheee.. Tapi kitorang dah ada planning baru, bila Anniversary kami nanti awal tahun depan nak p bercuti..yeeehhhoooo tak sabarnya :>)






Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Celebrate besday en suami wif family


Selamat pagi semua, pagi nie nak cerita pasal aktiviti makan-makan kami sekeluarga merangkap sempena ulangtahun kelahiran en suami.. Sebenarnya acara makan-makan nie diadakan awal iaitu sebelum besday en suami tiba, ini adalah disebabkan adik MJ yang ke-dua akan bertolak balik ke Lumut dan pada besday en suami mereka takdak kat Penang.. :)
Tapi takpela kan en suami, asalkan ada jamuan keluarga nie kan kan..heheee :>)


3 beradik wif our lovely Mummy, tapi nape Mummy pandang ke lain pulak... :)


Adik2 MJ wif Mummy and Daddy :)



Dan kami plak taknak lepaskan peluang bergambar berdua...

Muka ala-ala nak senyum tak mau senyum... :)
Oh ya, kalau korang nak tau MJ suka pakai tudung Syria nie (Hadiah menang GA)



Sebenarnya muka masing-masing muka tengah lapar, order dah lama tapi makanannya lambat sampai,
Pehtu pulak ada order yang tak sampai-sampai, kena mintak berkali-kali baru mai hantaq..huhuuu


Nie adik MJ yang bongsu, kena paksa bergambaq itu yang muka jadi cenggitu.. hahaa :)



Ok jemput makan ye semua.. en suami sibuk dok melayan game kat sebelah tu, kitorang belanja makan untuk besday nie, dia main game pulak, cepat makan kang abes..hehee


Nie menu MJ, Nasi Goreng Udang..


Tengok udangnya, besaq gitu.. amacam??? Terliur tak??? heheee :)



Gambaq2 makanan lain tak tangkap dah sebab time to makan, kena layan perut yang dah nyanyi dari tadi lagi ha.. Selesai je makan, apa lagi bergambaq la kejap.. :)

Bila masing2 dah kenyang tahap max, baru kitorang gerak balik dengan masing2 mata yang dah tak larat nak angkat akibat makan banyak sampai kenyang terlampau...heheee :) Sekali sekala kan pe salahnya...

Oh ya, kek besday takdak masa nie sebab belum sampai masanya kan, so makan2 je dulu, kek besday kena tunggu masa besday la ye :)







Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Fasha Sandha bengang dengan Iqram Dinzly

Baru-baru ni MJ ada gak baca luahan Fasha Sandha mengenai seorang pelakon lelaki yang dikatakan lewat hadir ke lokasi pengambaraan yang menyebabkan semua artis terlibat terpaksa menunggu dengan lama kehadirannya.. Scene tersebut juga terpaksa ditangguhkan dan ini membuatkan Fasha Sandha meluahkan perasaan geramnya dengan mengeluarkan kenyataan atas kelewatan pelakon tersebut. Pelakon tersebut ialah hero dalam drama bersiri lakonan mereka berdua.

MJ terfikir jugak siapakah gerangan pelakon tersebut dan hari nie terbukti pelakon tersebut ialah seorang pelakon kacak yang popular iaitu Iqram Dinzly.. Dan Iqram juga ada mengeluarkan kenyataan balas untuk mempertahankan diri yang menyebabkan Fasha kembali bengang..


Amboi MJ nie bergosip plak, heheee.. Bukan pe info nie dapat dari Murai.com
Nak baca lanjut terjah je link tu ye, tak nak gosip banyak2..hehehee :) Apapun harap hubungan Fasha dengan Iqram akan kembali jernih...



Nak tau apa yang ditulis oleh Fasha dalam status fanpagenya.. Jom baca apa yang MJ copy dari Murai.com


"Ingin saya tegaskan sekali lagi dear followers, isu ini sepatutnya sudah selesai last week. Tapi hari ini saya terpaksa buka cerita ni kembali setelah baca kenyataan tidak benar Iqram. Sy ada saksi, sy tidak pernah takut. Allah Maha besar. Alhamdulillah."



"Saya amat kesal dengan artikel dalam bh today. Sebelum ini Saya sudah memaafkan iqram diatas kelewatan nya, dan saya sudah melupakan isu itu. Tiba2 hari ini iqram tidak bercakap benar dalam BH. Maafkan saya Iqram, awak tidak layak menjadi hero saya di masa akan datang kerana masalah disiplin awak. Ramai juga saksi production lain yg awak kerap lambat termasuklah director @shkdirector . Awak jugak terkenal dengan sikap 'diva' yg suka call org sana sini sebelum datang set kerana tidak suka menunggu org lain. Awak nak awak datang set, terus nak shooting scene awak. Ape tu???"


"Iqram, seluruh produksi tau awak selalu lambat. Seluruh produksi juga tau 30hb mei adalah kelewatan awak yg paling teruk. Awak tiba di set tanpa meminta maaf. Keesokan harinya kita berjumpa dan bermaafan dan berdamai. Kenapa pula anda tidak bercakap benar dalam bh today. Apa motif anda? apa perassan anda? , skrg dah terbukti, cik lee juga mgesahkan calltime kita semua sama dan awak memng lambat."


"Saya ingat isu kelewatan itu sudah berakhir minggu lepas. Tiba2 hari ni sy terbaca article BH yg membuatkan sy terkejut. Paling mengejutkan saya, ada tertulis disitu, dia yg menghubungi wartawan tersebut utk menyatakan tidak puas hati. What r u trying to do my dear? Memburukkan saya? Pembaca kita sudah bijak menilai."


Selamat Ulangtahun Kelahiran buat suamiku

Harini adalah hari ulangtahun kelahiran en suami tersayang.. Wahhhh!! dah bertambah usia ye abang sekarang... :> heheeee...

Apapun dikesempatan ini, nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat abang, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, dirahmati oleh Allah selalu, rumahtangga kita kekal aman selamanya insyaAllah dan menjadi suami yang soleh buat sayang serta bapa yang penyayang buat anak2 kita nanti.. Aaamiiinnn..


Tiada apa yang mampu diberi, hanyalah ucapan sebagai pengganti diri, harap abang sentiasa gembira dan terima kasih kerana sentiasa memahami dan menerima diri ini seadanya..

Tiada kek mahupun bunga, cuma kasih sayang seikhlas hati buat abang... :>) oh ya terimalah dulu kek eskrem ehsan dari Swensen's dan bunga ciplak dari Google ye... heheee







p/s : Tahun lepas semasa besday en suami, kami celebrate di Bukit Merah Laketown, tahun nie je tak p memana tapi rasanya dah cukup memadai :>)



Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

MJ dah redeem hadiah free dari GNC


Ari Khamis lepas, MJ ada baca di blog Sis Nana pasal hadiah free, cuma klik LIKE di facebook, register terus leh dapat free gift..:) MJ teruja bebenor tau, tapi disebabkan line facebook kat opis kena block, gigih takut terlepas, call en suami soh tolong register kan..hahaa, kebetulan en suami cuti masa tu kan... :>)


 Dapat je emel dari GNC terus ko print, siap print kaler lagi tau..hahahaa,
memang bersemangat :>)


 Jumaat tu masa lunch hour terus gegas ke Sunway Karnival Mall sebab nak redeem, takut abes punya pasal.. Padahal lunch hour kami tak sama ngan pekerja Gomen tau rehat lama, kami cuma sejam je..
Perjalanan dari Ofis ke Mall lebih kurang 20minit..


 Ha dah dapat hadiah yang diidamkan bergambar kejap depan kedai.. Mujuq masuk je mall terus jumpa kedai GNC nie, takler menggagau kami dok mencari.. :>)


 Nilah hadiahnya, MJ punya kaler merah dan en suami kaler biru :>)



Tapi!!!!! sampai je rumah, adik bongsu MJ dah berkenan, terus ambik galas.... :)
Mintak tukaq pun dah tak mau...huhuuu

Tengoklah, yang kaler MJ berkenan lak tu, galas tak lepas tau, tidoq je tak sebelah...hahahaa,
takut Kaklong dia ambik balik la tu..:)



Kalau sesapa yang belum register lagi, kena cepat tau, sebab hadiah hanya untuk 5000 yang terawal sahaja.. Sekarang nie MJ tengok dah 4ribu lebih tau... Pada yang tak tau, meh klik link bawah nie ye pastu register maklumat yang diminta ok... :>)
https://www.facebook.com/GNCMalaysia

 

Menang GA, kali nie dari Cute Mum..

Adeyh memang tak sangka giler sebenarnya rezeki murah petang nie..heheee :) Rezeki menang dalam GA di petang Jumaat, sebab baru tadi MJ publish entry menang GA dari Nanakimie kan :) Korang jangan bosan pulak ye... Nak kongsi kegembiraan nieh.. :>)

GA nie dari teka tempat percutian Cute Mum dan Daddy bersama Dania, MJ teka Genting Highland..
Awalnya Cute Mum dah umumkan 2 pemenang yang bertuah yang meneka dengan tepat iaitu Genting Highland Theme Park (Taman Tema Genting), MJ tau dah konpom tak menang sebab tak tepat kan... 

Tapi disebabkan plan Cute Mum bercuti berubah dari esok ke petang ni, terus mereka bermurah hati nak tambah pemenang lagi.. :>) Wahhhh!! tak sangka betul kali nie ada rezeki nama MJ pulak bertuah.. :)



Terima kasih ye Cute Mum dan selamat bercuti...
Bestnyerrrrrr...... :>)



p/s : Genting ni last MJ p awal tahun lepas dengan en suami, kami honeymoon disana, tapi tak sempat main game kat sana + naik cable car, sebab kebetulan singgah dan bermalam selepas kami honeymoon di Bukit Tinggi, Pahang.. :>) Teringin plak nak ke sana lagi..

Menang GA dari Nanakimie


Entry ringkas di petang Jumaat lagipun harinie MJ tak sempat nak buat sebarang entry sebab sibuk, huhuu..
Apapun terima kasih pada korang yang sudi singgah dan meninggalkan komen di entry MJ yang terdahulu ye.. Alhamdulillah MJ berjaya juga menerjah balas blog korang.. Marathon beb.. :)


Oklah, nie nak cerita yang MJ menang GA tau, tempat pertama lagi.. Memang tak sangka ada tuah no 6 nieh.. :>
Terima kasih pada cik penganjur Nana dan kak Lela sebab inform MJ pasal menang GA nie.. :>)


Ramai gak yang menang, dan tahniah buat semua yang bertuah k..








Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

LuxOnU's Luxury Handbag Sales In Penang | Macam2 jenama ada :)

Pada kawan2 yang duduk sekitar Utara especially Penang, ayuh kita ramai2 hari Sabtu nie terjah Hotel E&O (Eastin & Oriental Hotel) pada jam 11.30 am untuk cuci mata disamping meleburkan duit yang ada untuk dapatkan apa yang diidamkan..hehehee






MJ dah berkenan giler ngan beg Coach macam gambaq kat atas nieh..
Tapi nak kena pujuk en suami + kena gak tengok bajet yang ada.. :)


Nie details Event untuk hari Sabtu :)

Theme : LuxOnU Penang’s 1st Year Anniversary Luxury Handbag Sale

Date : 25th June 2011 (Saturday)
Venue : Farquhar Suite, Ground Floor, Eastern and Oriental Hotel (E & O)
11:00am : Open to VIP
11:30am : Open to public
3:00pm : Event ends
Brands : Prada, Coach, LongChamp, Gucci, Burberry and more
Poducts : Handbags, wristlets, universal (iPhone) cases and lanyards


Voucher KFC | 10% Discount On Mini Bucket Combo

Kali nie Voucher KFC pulak ye, alahai sedapnyer..... :>) Nampaknya semua fastfood tengah berlumba-lumba buat promosi nieh...
Voucher KFC nie valid until 31 July 2011, ngam2 sebelum kita umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadhan pada 01.08.2011..




Sebelum nie MJ ada syer Voucher MekDi dengan Pizza  kan, Mekdi Nuget dah tamat semalam, huhuuu tak dapek den guna kupon tu sebab puasa kan.. Pizza dok nampak2 cam nak jadikan juadah berbuka je harini... KFC plak takpe lambat lagi, so ada banyak masa.. :>)


Ok kawan2 semua.. jom ke Pizza Hut dan KFC :>)