Adik MJ dilanggar kereta | Eksiden 2 kereta 3 Motosikal

2hari lepas untuk kali keduanya dalam masa dua bulan macam tu, sekali lagi adik MJ mengalami kemalangan jalan raya, ada yang cakap kena badi la, kena mandi bunga la macam2 la orang kata.. Ada yang suruh adik buat Sintok Limau, katanya nak buang rasa takut @ gemuruh lepas eksiden..


Kami nie nak kata percaya sangat tu taklah, semua tu kan ketentuan Allah tapi bila fikir2 balik macam takdak salahnya kan kalau kita mencuba cara2 macam tu..











Apapun kali ni adik MJ tidak mengalami apa2 kecederaan luaran selepas kali pertama 2 bulan lepas admitted Hospital semalaman.. Boleh baca di entry Adik MJ Kemalangan






2 motor tersepit dan kedua-dua penunggang dikejarkan ke Hospital, 
dengaq kata sorang tu patah tangan seorang lagi tak pasti pulak.





 Dan ni lah motor MJ yang dinaiki oleh adik, 
Motor cuma pecah lampu dan retak di wing, 
yang lain2 calar balar..huwaaaa







Sangat sedih bila tengok motor kesayangan jadi camni... :(






Kejadian nie berlaku betul2 di lampu isyarat, kes naya sebabnya ketiga-tiga motor berhenti di lampu isyarat dan telah dilanggar oleh kereta Mitsubishi putih tersebut.. Kalau tak salah kereta ni milik seorang Datin dan dia berada sekali masa ni..
















Dan nak tau dimana kedudukan kereta 1 lagi????













Adik MJ merupakan saksi sebab dia je penunggang motorsikal yang berada di tempat kejadian.. Menurutnya kereta Harrier putih tu keluaq simpang dan melanggar Mitsubishi putih, tak sempat nak mengelak lalu langgaq motor di simpang 1 lagi.. 

Wallahualam (kedua-dua pemandu kereta mengaku tidak bersalah dan kesudahannya MJ pun tak tau sapa yang bersalah, pihak Polis yang tentukannya..)





p/s : Itula risiko penunggang motorsikal kan?? Berhenti di traffic light pun kena langgaq.. Adoila, memang kes naya betullah... :(




Tolong Vote "Ada hadiah buat korang…"




13 comments:

  1. Uishh,dasat tu kak,
    sume okay ye,alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. macam teruk je motor 2 tu...nasib adik MJ ok... =) syukur

    ReplyDelete
  3. adoi la..mmg naya habis sis..erm..sllu kalu excited sokmo kalu gne kenderaan yg sama..better jual je..sbb org ckp dh xngam dh tue..

    btw..adik sis ok je kan..syukur la..

    ReplyDelete
  4. teruk juga harrier tu...nasib baik adik myra tak cedera...

    ReplyDelete
  5. assalam MJ..ya allah ..terkejut acik tengok gambar2 kemalangan tu..
    apa2 pun alhamdulillah adik mj tak de apa2..

    ReplyDelete
  6. @tiefazatie

    Moto lain2 Iefa, moto yang 1st eksiden pun blom baiki, nie moto ke2 plak masuk workshop..

    ReplyDelete
  7. sapa nk mengaku salah myra walaupun hakikatnye mmg salah..nasib adik myra okey..kalau x admit lg..

    ReplyDelete
  8. selamat tak da pape..ish kalu awe ada dalam kereta..awe dah seriau dah kak..mmg fobia ngan eksiden ni

    ReplyDelete
  9. yallah teruknye moto merah tu
    hancuq

    ReplyDelete
  10. syukur alhamdulillah. nasib baik takde pape yang. gerun gak tgk keadaan bike tu...

    P/s:
    Myra meh kasi sekali lg ur address
    kat email zie princessredbloodsnow@gmail.com
    nak send fridge magnet...dh in hand dah :D
    alamat myra bagi aritu...terdelete ler plak email...

    ReplyDelete
  11. mmm..org ug bawa moto ni walau berhati2 cm mna pon tetap akan kena juga..

    kecuaian org lain membuatkan org lain traniaya..
    sentiasa juga beringat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)