Makanan yang dimakan kekadang kita ni tidak tahu khasiatnya, jadi disini MJ nak kongsikan 10 jenis makanan berkhasiat khasnya buat semua wanita.. MJ suka makan semua yang disenaraikan dibawah ni cuma buah Avokado dan minyak kelapa je tak berapa nak makan..hehehee, pasni kena cuba mencuba jugakler :)
Ok jom kita tengok :-)
1. Avokado
Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.
Khasiat: Avokado berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik. Buah ini juga membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik, selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.
2. Brokoli
Kandungan: Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.
Khasiat: Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.
3. Lobak Merah
Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta beta karoten.
Khasiat: Lobak merah sememangnya baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku.
4. Ikan Salmon
Kandungan: Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D.
Khasiat: Ikan Salmon berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer. Selain itu, ikan ini juga berperanan menyihatkan kulit kepala.
5. Jus Oren
Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavanoid dan karotenoid.
Khasiat: Jus ini mampu mencegah osteoperosis, menurunkan risiko kanser payudara dan ovari
6. Kacang Soya
Kandungan: Isoflavon yang berfungsi seperti estrogen.
Khasiat: Kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser rahim bagi wanita.
7. Minyak Kelapa
Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga.
Khasiat: Minyak kelapa boleh menambahkan tenaga tetapi pada masa yang sama tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet. Makanan ini berperanan mempertahankan kadar kolesterol sihat dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, minyak kelapa juga baik untuk kulit dan rambut.
8. Strawbery
Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah.
Khasiat: Buah yang menjadi kegemaran ramai ini berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degenerasi sel di seluruh tubuh. Strawberi juga boleh menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong.
9. Tomato
Kandungan: Antioksida dan likopen.
Khasiat: Selain mencegah kanser payudara, tomato juga efektif memerangai penyakit jantung. Fungsi lainnya yang melindungi kulit daripada sinar UV secara tidak langsung mampu mengekalkan keremajaan kulit anda.
10. Yogurt
Kandungan: Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.
Khasiat: Yogurt berupaya mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoperosis, serta melancarkan proses percernaan.
nice entri...
ReplyDelete:)
tgah amal he3...satu je vco
ReplyDeletesedapnye yogurt tu :) hehehe..bagus info ni mj :)
ReplyDeleteBrokoli and yogurt is my peberet.. ^_^ kira dh termkn mkan sihat utk wanita lah kan? teheee
ReplyDeletethanks 4 sharing.suka strawberry dan yougurt
ReplyDeletemyk kelapa,tomato,avokado & yogurt jek MT lom amalkan..bace n3 MJ ni baru lah rase nak amalkan ape yg MT x mkn lagi,hehe
ReplyDeleteyang pic last tu mmg suka makan.hehe
ReplyDeletesuke brokoli, soya ngan tomato...
ReplyDeletewah..byk yg ifa nie!hahha
ReplyDeleteyogurt,tomato,strawberry,soya,oren,salmon,lobak merah,brokoli,avakado..cam semua ja nie..haha