Rantai Tangan Hilang - Saat mencemaskan untukku

Hari Rabu lepas bersamaan 17.08.2011 (Hari Nuzul Quran) Penang cuti tapi MJ mai OT buat 4 jam je, lebih kurang pukul 12.30 tgh hari tu MJ balik la rumah sebab ingat petang tu nak ajak en suami & Mum pergi Mall, dah sampai ke rumah masa nak chek surat kat postbox tu MJ perasan Rantai Tangan dah takdak, Patah balik ke kereta, selongkaq atas bawah dalam tengah tapi takdak, masuk ke rumah cari dalam bilik, bilik air jugak takdak, ha sudah mana pulak nie, hati dah mula berdebar.

Terus MJ gegas patah balik ke ofis semula, mana tau tercicir di ofis ke, sebelum sampai ofis pagi tu MJ singgah stesen minyak, sepanjang jalan nak ke ofis tu MJ tak henti2 berdoa, memohon agar di bulan baik yang penuh barakah nie MJ dapat jumpa balik dengan gelang tangan tu. Jadi  MJ terus ke stesen minyak dulu untuk mencari - juga takdak...

Sampai ofis di sepanjang walkway nak ke meja MJ, mata ni dok melilau mencari, tapi tetap tak jumpa, cari dalam toilet jugak takdak.. Memang masa nie dah rasa nak menangis, telefon adik MJ kat Lumut tu luah perasan (awalnya tak berani nak inform en suami lagi) sebab dia pernah gak hilang gelang tangan sebelum nie. Adik suruh baca Surah Alam Nashroh sambil mencari, sebab ayat tu akan buat kita ingat bila kali terakhir kita pakai, insyaAllah, then kalau tak jumpa jugak adik suruh bernazar. (Adik MJ hilang gelang tangan 3 hari dok mencari tak jumpa, lepas bernazar kalau jumpa gelang tu nak jual dan duit tu nak sedekah, alhamdulillah gelang tu dijumpai di tempat yang dah berkali2 adik mencari sebelum ni tapi tak jumpa.. Subhanallah.. Gelang tu terus ditolak dan wangnya adik sedekah di Masjid)


Lepas dapat kekuatan MJ telefon en suami bagitau pasal nie (pada mulanya en suami ingat yang hilang Gelang masa Akad Nikah) tapi Rantai Tangan ni my Mum & Dad hadiahkan selepas adik MJ kawen 3 tahun lepas, memang berharga sebab tu pemberian dari parents kan. En suami cakap takpa satgi kat rumah kita mencari sama2, kalau tak jumpa mungkin takdak rezeki, rezeki orang lain yang jumpa mana tau (dalam hati dah mula rasa alamak!! sayangnyer, dah ler nak raya nie, sapa lah yang sanggup nak ambik di bulan puasa ni kan)

Masa dalam perjalanan nak balik rumah, MJ berdoa lagi mohon diberi petunjuk, sesampai di rumah, kami semua mencari sambil baca Surah Alam Nashroh dalam rumah termasuklah My Mum. Tapi tetap tak jumpa. En Suami dok tanya bila agak2 Gelang nie perasan hilang, sebab nak tau jarak masa dan sepanjang tempoh tu kami ke mana lagi tapi MJ memang takleh nak ingat. Dan lastly MJ bernazar kalau Rantai Tangan nie dijumpai, MJ akan berpuasa selama 2 hari berturut2.





Then tetiba datang idea nak chek gambar dalam kamera masa kami ke Lumut baru2 nie. So kami memulakan operasi mencari dalam gambar2 tersebut. Petang Sabtu masa MJ ke Marina Bay, Gelang tu masih ada di lengan, TAPIIII!!! pada tengah hari Ahad masa kami ke Taman Paya Bakau MJ perasan Gelang tu dah takdak. Huwaaaa memang berharap sangat Rantai tu tercicir kat rumah adik, terus kol adik suruh dia cari dalam rumah dia @ dalam kereta dia. Masa tu adik MJ tengah buat kuih raya, dia cakap satgi dia cari..


Lebih kurang setengah jam camtu adik SMS tanya kalau diorang cari jumpa kami nak bagi hadiah pe @ nak sedekah je Gelang tu kat dia.. MJ cakap kami bagi duit raya lah kat Firas, adik cakap kalau camtu Firas lah kena cari...heheee :-) Lepas setengah jam tu pulak adik SMS cakap





GELANG DAH DIJUMPAI



Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah, di bulan yang baik nie MJ dapat berjumpa semula dengan Gelang Tangan tersebut setelah 3 hari Gelang tu takdak di lengan MJ (tak perasan sampai macam tu sekali) Jadi insyaAllah MJ akan tunaikan Nazar MJ berpuasa 2 hari berturut-turut selepas habis ganti puasa ni, insyaAllah..



p/s : Rantai tangan tu maybe MJ taknak pakai dah kot, seriau hilang pulak,
dah ada kenangan pernah jatuh kan, dan maybe akan jual @ tukaq ambik baru..
hmmm tapi kena consider jugak sebab harga Emas sekarang kan tengah mencanak naik...huhuuuu




Mencari hadiah untuk yang tersayang dan sebagainya





Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

18 comments:

  1. hehe ade berkat bernazar. jangan lupe nazar tu ye! hoho

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah gelang telah dijumpai :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..nsb baik jumpa gelang tu. Mau tak nangis kan MJ, satu sbb pemberian parents, berharga sngt2 tu, kedua, emas kn naik melampau, kena pulun duit la nak ganti balik gelang tu. hehe

    Simpan leklok tau.

    ReplyDelete
  4. kush smangat, jumper kat ner? mmg terbkk sendiri ker? opps sebok pulak ;p

    ReplyDelete
  5. @eB ezrin

    Mmg tak perasan bila yang terjatuh tu.. Rasanya cakuk tu kot terbukak sikit tu yg leh jatuh...

    ReplyDelete
  6. kene beli yg baru kot,yg cangkok lebih kuat.kompom x tercabot..hehe

    ReplyDelete
  7. huhu klw akk mau gigil dah ilang gelang emas
    tu skang xpakai apa2 tinggal cincin je

    ReplyDelete
  8. oh, kalau bernazar boleh jumpa ya? boleh try kalau ada brg hilang pasni. saya gelang emas tak pernah hilang lagi. sebab memang ketat tutup. kalau subang emas tu adalah. huhu. 3, 4 kali hilang kat sekolah time kecik-kecik.last2 sampai sekarang tak pakai subang dah.

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah jumpa lik...
    cik mai pon penah alami...hilang gelang kat opis..nasib jumpa balik...gelang kaki pon penah cicir..hehehe..tp jumpa lik...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah jumpe jugak kan.. :) rezeki la tu..

    ReplyDelete
  11. aduh dik akak baca akak lak yg meremang bulu roma ..
    akak pernah kehilangan gelang kaki anak .. kasar lah jugak huhuhu redho je sbb memang bukan rejeki akak sbb puas cari huhuh

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah dh jumpa. baru rasa relief kan :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah jumpe balik..besaq gak nampak gelang tu..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..jumpa jgk..masih rezeki akak..

    ReplyDelete
  15. syukur jumpa balik, lepas nie nak pakai ikat ketat2 hu..hu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)