Salam 24 Ramadhan
Selain dari Makan Kuih Raya di Hari Raya, paling meriah dan MJ suka layan ialah Makan Kacang.. Kalau pergi beraya mana-mana lah, ada je kacang mesti yang tu dimakan terlebih dahulu, pastu diikuti kuih, kena lak ada coklat-coklat ke kuih tu, hmmm tak lepas peluang la nak ngap :-)
Tapi kacang ni bukan terhad masa raya je, hari biasa pun layan especially kalau layan depan TV, mau habis sebalang :-) pastu komen apesal badan asyik naik je..hahaaa, dah makan tak hengat mau badan tak naik kan.. :-)
Orang Penang mesti tau pasal kilang kacang kat Mak Mandin ni kan?? Kilang ni bila Hari Raya je memang penuh la orang, bersesak-sesak ha, macam-macam kacang boleh dipilih, ada 2 jenis peket, 300 gram dengan 700 gram.. Harga pun murah je..
Jangan risau, depan kedai nie ada cop Halal dari Jakim, so boleh membeli belah dengan suka hatinya :-)
Masa ni dah petang, dah nak dekat tutup kilang nie, itu yang orang tak berapa nak penuh, kalau tak hmmm nak selisih pun jenuh tau, memang berhimpit je.. Nak memilih kacang pun jadi tak selesa.
Ok dah siap memilih, actually kacang2 yang MJ beli ni kebanyakannya yang Mak Sedara oder, so beli untuk dia dulu la, untuk MJ dan Family mungkin Hari Sabtu nie kami terjah untuk beli lagi :-)
Sekejap je kami memilih tak sampai 15 minit pun dah penuh 1 beg plastik, kalau lama lagi mau 2-3 beg plastik kena usung..heheee :-)
Dan nie lah hasil yang diborong tadi, semua nie dalam RM30 lebih je.. Pada MJ ok la kan, kalau nak dibandingkan beli kat Supermarket rasanya mau RM 50++ kan??
Coklat-coklat ni MJ ngan en suami punya tau..heheee, sebenarnya teringat kat anak sedara si kecik Firas tu, nanti dia balik kampung beraya boleh bagi coklat nie sebagai pengganti duit raya...wahahhaa, kede tul maklong Firas ni kan...heheee (Sebenarnya duit Raya tetap bagi jugak, anak menakan sorang tu je setakat nie, insyaAllah tahun depan ada tambahan sorang lagi..hehee)
Korang lak suka makan kacang tak?? selalu beli kat mana?
sedapnye....nak cikit..
ReplyDeletekak sya penah p kilang ni
ReplyDeletemama ieda pun dah borong kat sini!
ReplyDeletex pernah smpi cini, b4 ni order kat kwn2 jerr... mmg kat cini sedap2 kan.. ;)
ReplyDeletewah murah tu banyak itu 30 je
ReplyDeletesuka gak makan kacang yg kaler kuning tu :)
ReplyDeletekurang minat makan kacang sebab malas nak kunyah. boleh? tapi kacang tinggi lemak, tak elok makan banyak2.
ReplyDelete@::NureeN::
ReplyDeleteYup mmg sedap, lagipun leh pilih ikut selera kita gak kan :-)
@Nana
ReplyDeleteYe, murah kan :-)
Nanti lik Penang leh la borong gak :-)
@dhiera
ReplyDeleteBetul tu, tapi myra mkn kacang masa raya je...heheee
apollo tue lame nye xmakan...
ReplyDeleteheee...
wah..byknya kacang!hihi
ReplyDeleteAda dalam paket lg besar tak?
ReplyDeleteDekat mna ya kedai ni?
ReplyDelete@Nurul Ain
ReplyDeleteKalau dari Mak Mandin selepas trafik light nak ke Bagan Specialist Centre belok ke kanan, kalau nampak Petronas maksudnya dah terlepas, nanti nampak signboard kecil untuk ke kedai kacang ni.
Waktu operasi kilang sapa taw
ReplyDeleteHarga kerepek sekilo berapa ye?
ReplyDelete