Taman Paya Bakau @Lumut


Masih lagi bercerita mengenai Lumut, jangan ada yang muak ye, heheee dah 3 hari berturut-turut dok cerita pasal percutian merangkap jalan2 kami disana je nieh :-) Mana tau ada yang belum sampai ke leh la nanti p sana korang pun terjah jugak kan.. :~)

Ni hari kedua kami di Lumut, adik MJ bawak kami p jalan2 lagi di Taman Paya Bakau, katanya setiap hari tempat nie penuh dengan orang ramai. So kami keluaq awal sikit la nak elak dari sesak2 kat sana, kami sampai dalam kul 2pm camtu.
 

@Taman Paya Bakau, 


 Ada papan tanda yang melarang orang ramai dari memberi makan kepada monyet2 di sini,
tapi biasalah kan yang tak disuruh tu la orang nak buat kan :-)
Masa kami sampai nampak ada sekumpulan tengah memberi makan kepada monyet2 ("~*)


'Pose' dari kami berlima, en suami lak cam biasa jadi jurugambarnya :-)



Kami tengok jela mereka2 memberi makan kepada monyet,
niat nak join sekali tapi tak bawak makanan pulak..
Oooopppsss tak boleh, kan dah ada papan tanda AMARAN tadi :-) 


Tengok kat bawah Firas.. Senyum.... Peace...


Pada MJ tak dak pape sangatlah tempat nie,
banyak hutan paya bakau je, yang menarik mungkin sebab banyak monyet kot :-)
Tapi tempat nie sesuai jugak buat penggemar2 keindahan alam semulajadi,
kalau ada nak photoshoot pun boleh,
berlatarbelakangkan pohon2 paya bakau :-)

Kitorang singgah kejap je, rasanya dalam 15-20minit je,
pastu terus ke pekan Lumut untuk mencuci mata..




20 comments:

  1. kite xpenah singgah. asal nak singgah je nmpk monyet :)

    ReplyDelete
  2. ye lah tengok pokok je kan bosan lak.. kehkeh kalu buat photoshoot baru best mesti cantik gambonyaaa

    ReplyDelete
  3. Dia orang xbg pelawat memberi makanan kat monyet sbb tkt monyet tu dh terbiasa macam tu, bila lapar je kejar pelawat mntk mknan... hehe ada x monyet tu kejar MJ? hehe

    ReplyDelete
  4. salam myra..k.atie dok perak pon xpernah sampai tpt nih!org penang dah mai ponnnnn...

    ReplyDelete
  5. selalu gi lumut..tp tak pernah smpi sini..huhu..

    ReplyDelete
  6. menarik jgk tu..

    myra..nnti jgn lupa bg alamat naa.yong nak pos mask tu

    ReplyDelete
  7. petang2 banyakle monyet keluar. siap ada yang bawak anak. besar2 lak tuh monyet ni huhu

    ReplyDelete
  8. seronokla tgk akak bercuti..jeles2 hehe

    blkg rmh sy byk pokok bakau & monyet hee

    ReplyDelete
  9. cntik gila tempat tu,teringin la nak pergi sana.tapi bila ni?ermmm''


    follow sni ye,slam ramadhan dari achie^^

    ReplyDelete
  10. salam, bestnya jalan sambil nikmati keindahan hutan..

    ReplyDelete
  11. salam kenal...

    xpernah sampai ke Lumut lg...huhu

    ReplyDelete
  12. Kat kg akak pun ada satu kawasan paya bakau cam ni. Di Tanjung Piai (penghujung benua asia), Pontian, Johor.

    ReplyDelete
  13. macam pernah dengar la tempat ni sis...heheh...kat melaka ada gak tempat macam ni...

    ReplyDelete
  14. sesekali tgk pokok bakau bestkan

    ReplyDelete
  15. sesekali g ok ler.. tapi kalau g shopping lagi best kan

    ReplyDelete
  16. gambar-gambar yang membantu untuk menjumpai gelang. hihi. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)