30 Syawal yang lepas, rumah kami aka rumah my parents mengadakan Open House secara mengejut, kenapa terkejut sebabnya petang tu masa MJ sampai je rumah lepas keje dalam kul 6.30pm camtu my Mum cakap nak buat jamuan raya malam nie..
Memang terkezut la tiba-tiba kan, tapi my Mum cakap dah alang-alang ada makanan (Masak lebih untuk jamuan Open Office Raya MJ petang tu), jadi mana yang sempat MJ panggil la. Tapi jamuan ni lebih kepada menjemput jiran tetangga dan jugak Biras My parent (Mertua kami 2 beradik)
Menu pun simple mimple je, memang kami 1 keluarga dah tersangat letih sebab aktiviti petang tu di jamuan opis MJ, tapi alang-alang dah letih, biaq 1 hari tu je pulun, pastu cover la bila-bila pun kan..hehehee
Lemang dan Rendangg Ayam
Nasi himpit dan Kuah Kacang
Mee Kuah Ketam + Udang
Nasi himpit dan lemang yang difokus terlebih :-)
Antara tetamu yang terawal sampai
My Mum dan jiran tetangga membantu di dapur.
MJ pulak jadik pengasuh tak berbayar kejap sementara bagi can mak dia makan :-0
Baby Umar yang pandai tengok kamera, pantang ada kamera mesti direnungnya
Bulat kan mata baby Umar ni kan :-0
Geram betul MJ dengan baby Umar nie tau...hehee
Dah ler dengan sapa pun dia mau, senang betul :-)
Majlis kitorang tamat sekitar jam 11pm, tapi MJ dan en suami disebabkan terlalu letih,
kitorang berehat awal, yela esok tu masing-masing dah kerja kan..
Haruslah kena cukup rehat kan.. :-)
p/s : Dengan rezeki lebih yang diterima bulan ni, InsyaAllah malam ni MJ akan bawak en Suami belanja makan, nak tau kat mana, nantikan entry seterusnya ye :-)