Open House Raya


Masih pasal raya lagi, selagi belum bertemu 30 Syawal, selagi tulah akan ada jemputan raya dan makan.. :-)

Hari Ahad lepas, mak menakan MJ buat open house, family kami join sekali sumbang untuk majlis tu, kitorang sponsor pulut untuk dibuat lemang dan ketupat :-) Sebabnya kemungkinan tahun nie kami tak buat open house di rumah sendiri, jadinya menumpang kenduri orang jela :-) Selalu setiap tahun memang WAJIB buat, tapi tahun nie tak sempat, jemputan penuh sampai penghujung Syawal :-0




Persiapan menyambut tetamu, majlis bermula pada pukul 1pm - 6pm.
Lepas solat Zohor ada wat Tahlil sikit. 


Rojak Buah..
Macam-macam menu ada tapi tak sempat tangkap sepenuhnya sebab lepas tu hujan lebat sangat.
 


 Ada Laksa Penang, Koaw Teow Th'ng, Bihun Goreng (makan dengan kuah laksa perggghhh sedap tak hengat), Nasi Goreng, Ketupat, Lemang, Kari Ayam, Rojak Buah,
Nasi himpit, Kuah Kacang, Satay, Cendol dan Air Asam Boi.


Persiapan untuk bakar satay, arang perlu dipanaskan terlebih dahulu..
Love this pic, hasil kamera kompak :-)
 


Satay ni laku betul cepat je abis, dalam 2 jam habis 2000 cucuk.


 Rajin bakar ada makna nieh, sambil menyelam minum air
sambil bakar sambil ngap secucuk demi secucuk sedar-sedar dah bercucuk-cucuk ha :-)
Sebenarnya ramai yang menolong bakar satay ni, 
especially en suami, dari mula sampai habis dia konker.
Rajin tul en suamiku :-P


Walau dalam hujan, tapi orang tetap datang memenuhi jemputan.
 

Sebahagian dari tetamu yang hadir, tuan rumah yang berbaju oren koko tu :-)

Walau penat tapi hati senang dan perut pun kenyang :-0
Siapa nak Voucher Discount G2000 klik SINI


16 comments:

  1. mesti sedap sateynya..sampai habis 2000 cucuk..

    ReplyDelete
  2. sate memang sedap.. kalo gi majlis yang ade bakar2 sate konfem amik sate dulu..heheheehe

    ReplyDelete
  3. sate memang paling laku sebab org duk terjah sate dulu...

    ReplyDelete
  4. sekejap je dah nak akhir syawal kan .. selagi ada syawal selagi tuu ada OH .. seronok
    siap ada satayyy yumx3

    ReplyDelete
  5. best nya amk part bakar sate..sambil bakar sambil makan..kenyang mcm tu je...hehe

    ReplyDelete
  6. sampai abes ke..mesti satay tu sedap. seronok bila tengok sanak saudara berkumpul macam ni

    ReplyDelete
  7. oooo...patut lah gagah je muka bakar satay tu ek. rupanya "nyelam sambil minum" hee heee :D

    ReplyDelete
  8. Gigih sungguh bakar sate. Bestnya bakar membakar ni, tambah2 dpt ngap yg panas2. hehehe

    ReplyDelete
  9. MERIAHNYA...KLU KAK MUNNA PUN SATE HADAP DULU

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)