Selamat Pengantin Baru - Azad Jazmin dan Eira Syazira


Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, pelakon Azad Jazmin (35) dan Eira Syazira (27) yang telah selamat dinikahkan pada 16.09.201 di kediaman keluarga Eira di Putrajaya. Dan dengan hanya sekali lafaz, Eira Syazira telah sah menjadi milik Azad Jazmin :-)


Eira menerima Mas Kahwin sebanyak RM 300 dan jumlah hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.


Pada majlis pernikah itu, Eira menerima sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, iPad 2, beg tangan Tod’s, minyak wangi dari Mekah, telekung dan sejadah, jam tangan Fossil, kasut Charles & Keith serta sireh junjung.


Manakala pihak lelaki pula menerima 11 buah dulang antaranya jam tangan Police, kasut Aldo, sireh junjung, sejadah dan persalinan baju Melayu, coklat, dompet dan tali pinggang Polo, minyak wangi Davidoff, jersey dan topi Chelsea, buah-buahan dan cincin.



Azad dan Eira akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.


Wahhh kalau kat Penang boleh la MJ join nie (macam lah dijemput..heheee), boleh kan Azad dan Eira.. Cheq minat giler U allzz.. :)



Sumber dari :  ZON ARTIS




Dan 1 lagi MJ suka tengok gambar Pre-Wedding diorang, cantik dan vass gitu.. 




11 comments:

  1. wahh. dah kawen ea dia ni..
    banyak kali gak terserempak dengan diorang ni makan kat area putrajaya..
    duk putrajaya upenya eira ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Suka tgk depa brdua ni.. Sweet!! Sorng ayu sorang itam manis.. ;) smoga brbahagia hgga ke syurga.. ;)

    ReplyDelete
  3. Owh.. MJ peminat depa ye.. ^_^

    Wish Selamat Pengantin baru gak kat dia orang. Semoga bahagia untuk selama-lamanya.. ^_^

    ReplyDelete
  4. memang kelassss lah diorg berdua..suka tgk diorg berlakon dlm cite kt astro tu..anak mami mek ani..hehe

    ReplyDelete
  5. wat kt png ka.. hehehehee wat tebal muka jek mj.. peminat kan x salah hehhee... azad ni la muka mcm asben eb kan3x..

    ReplyDelete
  6. wahhh..dah kawen dah..tahniah2..canteklah..

    ReplyDelete
  7. Tadi tgk Melodi. Terharu lak tgk azad mengalirkan air mata after akad nikah dan masa wartawan melodi interview dia. Walaupun sentiasa bawak watah antagonis tp kt luar nampak sgt baik hati dan cintanya pada Eira.. ^_^

    ReplyDelete
  8. zie baruuuuuu tahu yg artis tu rupanya awek/bini si ezad ni. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)