Luahan Raja Farah Vs MJ, Jawapan kami sama :-)



MJ suka dengan jawapan yang diberikan oleh pelakon Raja Farah dan pasangannya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria apabila ditanya soal ANAK oleh media.. Ye MJ sokong 100% apa yang diperkatakan oleh mereka sebabnya MJ sangatlah memahami apa yang mereka rasakan.

MJ pernah update pasal majlis pernikahan mereka di entry SINI





Sumber diambil dari Oh Bulan!

 Ni jawapan yang diberikan oleh Raja Farah apabila disoal mengenai anak..!!


“Kami masih mencuba mendapatkan anak, setiap kejadian mesti ada sebab. Sekarang masih tak ada rezeki lagi.” ujar Raja Farah.

Kehidupan selepas berkahwin yang berbeza juga menyebabkan masing-masing perlu membiasakan diri dan menjaga hati.

“Kami tidak mengalami apa-apa masalah, cuma menunggu rezeki dari tuhan je.” jelas Farah.




Gambar ni masa Raya pertama kitorang sebagai suami isteri pada tahun 2010

RAja Farah dan suami akan menyambut ulangtahun pertama mereka tahun ni manakala MJ dan suami akan menyambut ulangtahun kedua, isu mengenai anak ni macam dah mangli di telinga kami. Mulanya memang berbekas di hati, tapi lama kelamaan kami telan je apa orang nak kata.


Memang orang tengok kami tersenyum tapi dalam hati siapa tahu kan, hanya mampu menangis di dalam hati.. Tanyalah sesiapa yang berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata dalam hidup dan tak terkecuali MJ, Raja Farah, dan lain-lain yang masih menanti.. Tapi dah tertulis belum rezeki lagi untuk kami menimang anak buat masa ini, dan kami redha dengan ketentuan Ilahi.


So kepada Raja Farah dan jugak semua yang masih menanti, sama2lah kita bersabar dengan ujian ini ye.. InsyaAllah akan ada rezeki untuk kita suatu hari nanti.. Yang penting


USAHA '+' DOA 'X' TAWAKKAL '-' PUTUS ASA '=' KEJAYAAN



p/s : Sesetengah akan cakap usia perkahwinan masih baru, itu kami faham tapi sementara baru ni la kena usaha lebih kan.. :-)



20 comments:

  1. insyaallah, Allah akan sentiasa bersama hambanya yang sentiasa bersabar dan tidak putus asa untuk berusaha..

    ReplyDelete
  2. Rezeki anda ada cuma lambat saja... bersabar yer....

    Gembira baru-baru ni dapat berita kawan baik dah mengandung setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga...

    Kita yg merancang Allah yang menentukan..

    ReplyDelete
  3. mungkin ada rezeki. kita yang merancang Tuhan yang menentukan.

    ReplyDelete
  4. Assalam Pn MJ, saya pun masih berdua...betul tu Usaha + Doa x Tawakkal - Putus Asa Pasti Berjaya...InsyaAllah....kamu baru setahun...sabar lah....saya dah 2 tahun...moga Allah limpahkan rezeki buat kita semua...

    ReplyDelete
  5. Insyaalah..ada rezeki nanti.......

    ReplyDelete
  6. salam MJ..
    bersabar dan banyak2 berdoa...memang orng akan berkata tp pedulikan asalakan kita bahagia...

    ReplyDelete
  7. insyallah ada rezeki tu nanti ye
    jangan putus asa..

    ReplyDelete
  8. @amal

    InsyaAllah, terima kasih ye Amal :)

    ReplyDelete
  9. @Zie

    Betul tu Zie, kita hanya merancang dan hanya Dia yang tahu..
    InsyaAllah mudah-mudahan..

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah, pasti ada rezeki tu nanti...

    jangan putus asa ya MJ

    ReplyDelete
  11. Semua terjadi ader hikmah yer. Semoga MJ bersabar, allah sll menguji org yang ianya sayang.... Harap MJ bersabar n teruskan usaha...

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah...
    semua tu dugaan..
    :') hugss

    ReplyDelete
  13. Akak juga memahami sebab akak juga mengalaminya dulu.. jom baca tulisan akak di sini :-blog akak.. banyakkan berdoa....

    ReplyDelete
  14. salam kak

    insyaAllah ade rezeki nti...

    ReplyDelete
  15. tukang urut mummy masa conf arituh dah 20tahun baru dapat anak.dia cerita "akaknie dok urut org sampai 20 tahun akak tak der anak.ramai tanya kak mcm mana nak dapat anak n nak urut bhgn yang tertentu tkt2 rahim senget ker,terbalik ker sbb payah dapat..akak tuhpun jawap..akakpun tak dapat anak..yang pelik adalah beberapa org akak urut pas tuh ada lekat baby=(huhu mmg blum Allah nak bg rezeki..so Mj jangan sedih sangan enjoy ur life mcm biasa n berdoa.insyaallah Allah permudahkan.n kena yakin ape yang Allh ncng2 yang terbaik tuk hambanya=)

    ReplyDelete
  16. bila sabar menanti hasilnya lebih manis.

    ReplyDelete
  17. org hanya suka bertanya tp xperasan hati empunya diri yg di tanye tue..kalau akak plak org dok tanye psl kawin..hehe..dh lali jdnye...

    ReplyDelete
  18. Sabar ye MJ. Tiap kejadian Allah s.w.t. tu ada sebabnya. Ada hikmah yg tersembunyi di sebalik semua itu. Teruskan berusaha, bersabar dan tawakkal. ^_^

    ReplyDelete
  19. akak MJ bykkan bersabar yaa, Insya'Allah ada rezeki akak dpt anak nnti..Allah swt tahu apa yg terbaek utk akak & suami..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)