Sekitar Majlis Jamuan di rumah kami


Jamuan tu pada hari Sabtu lepas, tapi maaflah sebab baruuuuu nak update :-) Ni gara-gara kamera kesayangan rosak sehari sebelum majlis bermula, jadi habis segala mood nak bergambar dan photogedix tergendala atau dalam erti kata lain MOOD lari ke lain


Memang nak tangkap gambar rasa lemau je tambahan kami berdua yang paling sibuk hari tu, yela mana nak layan tetamu yang datang, handle bahagian makanan lagi dan macam-macam la.. :) So alasan kukuh la ye tak banyak gambar k




Persiapan sebelum majlis bermula, masa ni nak buat air asam, oh ya menu kami hari tu ialah

NASI DAGING, SUP, DAGING CICAH AIR ASAM, AYAM GORENG REMPAH,
LAKSA, KUIH APOM POLKADOT, KEK BISKUT MARRIE,
BUAH TEMBIKAI, AIR SIRAP DAN TEH TARIK.





Yang sebelah tu anak offismate, dia nampak MJ asyik dengan Firas je terus panggil cheq mama tau, mula tu tak perasan lagi, tapi dia ikut MJ sampai ke dapur sambil dok sebut 'Mama, tengok baby (Firas) dia panjat' 'Mama, kakak nak main dengan baby'

Aduhh senyum simpul je MJ, insyaAllah mana nak tau kan berkat si kecil tu mendoakan untuk MJ menjadi mama kan.. Aduhhh terharu sangat :-0


Korang sila abaikan muka MJ yang agak pucat tu ye, masa tu dah petang, memang penat tahap maksimum la, dan yang lawaknya bila dah nak selesai majlis baru teringat

'Alamak!!! Muka MJ TERLUPA nak mekap even secalit bedak pun takdak kat muka, apatah lagi la lipstik..' Aduhhh!! mesti tetamu yang mai terkejut pe tengok muka MJ kan...wahahaha :-)




Ingatkan kenduri kawen je dapat hadiah tapi kami pun dapat hadiah tau, 2 hadiah di atas adalah daripada offismate.. :-) Coklat tu ari tu jugak selesai..


Dan Alhamdulillah majlis berakhir dengan jayanya, hilang segala kekusutan sebelum majlis bermula

Nak minta korang tolong vote gambar MJ di SINI


p/s : Pagi ni MJ mai kerja ikut highway ber'tol', takut kejadian pagi semalam berulang kembali.. Takuuutttt


14 comments:

  1. manja anak opismate myra pangil mama,sweet

    ReplyDelete
  2. nmpk penat muker MJ tuh.. tp musti puas kan? :)

    ReplyDelete
  3. laupun xmekap tp senyuman mj tetap manis.. hihi

    ReplyDelete
  4. insyaallah ada la rezeki jadi mama tak lama lagi~

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. selamat dah~

    selalu cam tuh kan.. kalo dh bz.. mmg x hengat dah nak pakai mekap bagai..

    ReplyDelete
  6. meriah.. best klau dpt join.. ;)

    InsyaALLAH mj.. nureen doakan moga ada rezqi buat mj sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...majlis lancar ye MJ

    ReplyDelete
  8. sweet panggil mama.nampak meriahnya majlis..walau pnt tp berbaloi2

    ReplyDelete
  9. teringat kalo ada apa2 kenduri rumah akak..memang lupa kelaut dah nak mekap-mekap..berminyak2 muka..

    akak suka nasi daging..makan kat rumah jiran ni je..tak pernah jumpa tempat lain..

    InsyaAllah..ada rezeki tu..

    ReplyDelete
  10. amin..harap2 nya masin la mulut adik tu panggil mj mama....

    ReplyDelete
  11. Meriahnya dik!!! Rindu akak ye?! Miss u 2 sis.. ;) x brapa nk sihat lg ni.. BW pun smbil baring guna mr.iphone ni je.. Bdn lemah btul..

    ReplyDelete
  12. lamaaa zie tak tlg org merewang :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)