Canon SX150 IS review by Mr Jay


Saya sebenarnya bukanlah pandai sangat bab-bab kamera ni tambah pula nak buat review pasal gadget2 ni. Tapi apa salahnya saya mencuba kan, dan kalau ada kekurangan sila berikan tunjuk ajar ye..



Okeh, pertama kali saya nak komen tentang reka bentuk kamera. Reka bentuk canon SX150 ni amat menarik dengan casing luar mempunyai warna hitam, merah ataupun silver.
Casingnya diperbuat dari plastik, jadi ia membuatkan kamera tersebut menjadi lebih ringan dan menjadikan ia lebih murah tetapi membuatkannya kurang tahan lasak. Saiznya tidaklah begitu besar, membolehkannya mudah dibawa kemana- mana, akan tetapi ia juga tidaklah terlalu kecil untuk dimasukkan ke dalam poket seluar.
Kamera SX150 ini menggunakan sumber kuasa bateri AA. Sebagai kelebihan menggunakan bateri AA ialah ia mudah didapati di mana-mana "ceruk" dunia. akan tetapi penggunaannya merugikan wang kerana terpaksa menggantikannya kecualilah anda menggunakan recargable AA bateri.



Kamera ini mempunyai function yang banyak dan button yang sedikit, jadi ianya tak memeningkan kepala untuk mencari program yang diingini. Terdapat button 'jog'  dibahagian atas kamera seperti kamera DSLR yang berfungsi mengubah mod program yang pelbagai seperti mod automatik, mod easy, manual, apreature priority, shutter speed prirority, scene mode dan banyak lagi.

Pendek kata, anda boleh mencuba untuk menangkap gambar dalam banyak keadaan sperti dibawah panas terik, cuaca kelam, gambar pergerakan pantas ataupun untuk menangkap gambar secara makro. Cuma kelemahannya ialah ia tidak mampu untuk membuat speed burst kerana sela masa untuk kamera bersedia untuk membuat shot selepas satu shot amat perlahan, mungkin kerana ia menggunakan bateri AA.






Dari segi kualiti gambar yang dihasilkan amat memuaskan. Dengan kuasa lens 14.1mp, kualiti gambar yang dihasilkan menjadi amat jelas. ditambah dengan fungsi zoom 12X. amat mudah anda untuk anda menangkap gambar walaupun kedudukan target agak jauh. Dengan fungsi smart Image Sensor stabilizer (IS), anda tak perlu risau tentang tangan bergetar ketika menangkap gambar. Kamera ini juga merakam video dalam HD.


Sebagai kesimpulannya, saya merasakan yang kamera ini amat berpatutan dengan harganya. Jika anda ingin membeli kamera dengan harga RM1K kebawah dan inginkan  kelebihan function seperti kamera DSLR maka canon SX150 ini amat sesuai bagi anda yang baru ingin mempelajari teknik-teknik photography.


Dibawah ini ada sedikit sample gambar yang saya tangkap menggunakan kamera CAnon SX150 ni. Minta maaf la kalau teknik tangkapan kurang memuaskan. maklumlah amatur:-)




Gambar ni dirakam pada waktu panas terik petang






Gambar ni pulak masa hujan






yang ni menggunakan mod miniature





yang ni menggunakan Scene mode





yang ni tangkap lepas hujan menggunakan function macro





gambar ni menggunakan function Shutter Speed priority

By : Mr Jay


15 comments:

  1. nice! berapa la agak2nyer harga camera ni ek MJ?

    ReplyDelete
  2. Cantek gak dik kamera nih.. Smart jerk.. ;)

    ReplyDelete
  3. Cantek yg miniature tu. Superb tapi guna bateri ler pulak. :(

    ReplyDelete
  4. cik mai suka yang mode miniature tue...cantik!

    ReplyDelete
  5. wahh gamba cntek pun..myra dh beli ke ni..mesti best..

    ReplyDelete
  6. cantik juga hasilnya.... berbaloi lah ...

    ReplyDelete
  7. @sue sopian

    Masa kami beli termasuk dengan postage
    RM 770.00

    ReplyDelete
  8. @eB ezrin

    Terima kasih :)

    Bnyak nak kena belajar lagi nie ;)

    ReplyDelete
  9. @sarah mohamad

    Terima kasih.. :)

    Tp takpe bateri ni pun rechargeable jugak, tahan selama 3 hari

    ReplyDelete
  10. @Cik Mai

    Terima Kasih Cik Mai... Mesti my hubby tersenyum nieh :)

    ReplyDelete
  11. @Fieza79

    Ye kak, baru beli tak sampai sebulan lagi..
    Banyak nak kena belajar lagi ni :)

    ReplyDelete
  12. Cantik semua gambar2 tu MJ.. dgn harga tu mcm sgt okey.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)