Makan Angin di KELANTAN


Masih lagi bercerita pasal jalan-jalan kami di Kelantan, korang jangan boring tau..heheee

Lepas selesai Meminang pada hari Sabtu tu, maka aktiviti kami seterusnya ialah JENJALAN+SOPING ler :) Cheq paling suka bab soping-soping ni la, walau tak membeli apa-apa barang pun tapi dapat menjamu mata pun dah puas..heheee




Jom kita ke PASAR BESAR SITI KHADIJAH- tempat WAJIB ni kalau sampai KELANTAN


MJ cuma beli FM je (tu pun 2 ketul je, sebab mahal beb),
yang lain-lain tak rasa nak beli pun (padahal tak tau nak beli pe)





Sementara kami kaum WANITA ke Pasar Khadijah, My hubby p melawat MUZIUM :)




Dan en suami membeli FM di Muzium tersebut. Cantik, padan lah dengan harganya


Lepas round PASAR KHADIJAH, kitorang terus ke
KOMPLEKS BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG
(otw nak balik Penang)






MJ suka soping kat sini sebab ada barangan murah
dari KBC Pengkalan Kubor dan macam tu gak sebaliknya
Ikut jenis barangan tersebut, kena pandai survey la



Tengah membelek-belek baju buat en suami
Ada baju yang berkenan saiz takdak, baju tak berkenan ada pulak saiz,
pening dok memilih tang tu saja






Proses tawar menawar sedang dilaksanakan,
bukan main moncong lagi mulut tokey kedai ha..  Mesti masa ni tokey kedai tu dok cakap
'TAK BOLEH KURANG ooooOOOO :-)

Pilih punya pilih last-last cuma beli sehelai je..hehee, kaler ijau tapi bukan yang MJ pegang tu




Selepas tu kitorang ke bahagian anak patung la, bantal la menan la,
kalau ada anak syiok ler membeli kat sini,
tapi takpe anak menakan kan ada, jadi MJ beli la 1 untuk FIRAS bantal nie


Tengok Bantal peluk BOBOI BOY ni dan terus beli 1,
ingat nak beli la dengan bantal tido,
tapi memandangkan Firas dah ada bantal Upin Ipin, jadi beli 1 jela



Rantau Panjang yang sentiasa penuh terutama ketika musim cuti sekolah..




Dah penat berjalan dari 1 gerai ke 1 gerai, kitorang singgah untuk makan dulu..
Masa ni lauk pun dah tinggal sikit-sikit je..
Belasah jela apa yang ada, padanlah dah pukul 2ptg pun masa ni.

Masa makan ni telefon adik MJ nak update kata beli bantal kat Firas,
tapi adik takdak pulak masa tu, keluaq p makan kenduri,
so MJ tipon Mak cakap beli bantal BoBoi Boy,
Mak cakap Firas sekarang minat dengan AGI BED pulak,
terus lepas makan MJ ajak en suami p tukaq bantal, seb baik tokey kedai tu bagi..heheee


Nantilah MJ tunjuk bantal Firas tu ye, tak sabar nak tunggu Firas balik Penang nak bagi bantal ni.
MJ ada gak beli belon tiup tu, nak ajak Firas main lah:)


p/s : Puan Blog masih bercuti dalam paksa sampai Awal Tahun depan..

9 comments:

  1. lamanya bercuti...makan angin lagi ek...selamat bercuti panjang :)

    ReplyDelete
  2. nurul selalujer g kelantan tapi tak teringat nk beli fm..kat mana mj beli?kat dalam pasar ek??

    ReplyDelete
  3. mmg macam2 ada jual kat rantau panjang tu

    ReplyDelete
  4. @wan nurul hezrina

    Dalam Pasar tu ada gak FM, dok kat tgkat 2 :)

    ReplyDelete
  5. akak memang ada plan nak ke kelantan tahun depan ...

    kira puas hati sbb semua barang x mahal .. suke cara org2 sana berjual , x sombong :)

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya leh jalan-jalan ... hujung tahun ni duk rumah jer... perut tak berapa sihat... huk huk

    ReplyDelete
  7. rindu nya nak g shopping ke rantau panjang... ;)

    ReplyDelete
  8. waa..beshnya mj jenjalan kat klate..windunyer kt kg. halaman..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)