Ke Kelantan dengan Misi | Part 1


Seperti yang diberitahu di entry sebelum ni tentang HAJAT BESAR kami ke Kelantan baru-baru ni, maka perjalanan kami telahpun bermula pada hari Sabtu lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..


Jadi jom layan perjalanan kami sebelum sampai ke destinasi membawa HAJAT BESAR :-)




Muka sengih sebab dapat p Kelantan membawa hajat merangkap jenjalan di sana :)

Kitorang gerak dalam pukul 8pagi macam tu, sepanjang perjalanan cuaca biasa la sekejap hujan sekejap panas. Kitorang straight dari Penang sampai ke puncak Titi Wangsa kalau tak silap nampak tulis kat signboard, masa ni dah pukul 11 lebih. Hujan renyai-renyai, kabus pun tebal.




Serasa macam kat Cameron Highland lak dengan kabus tebal cenggitu, sejuuuuukkkkk dan nyaman je :)


Walaupun hujan renyai-renyai tak mematahkan semangat untuk bergambar, tengoklah betapa indahnya ciptaan Allah, dengan kabus macam tu.. Cantik kan :)



Bergambar dengan adik ipar, sekarang ni dia keje kat Sarawak (Limbang) mengajar di sana.



Singgah sini untuk makan-makan, kami makan PAU je, sedap tau PAU kat sini, dapat lak makan panas-panas dengan cuaca sejuk macam ni, memang layan abeslah :)




Tak puas bergambar p terjah lagi, kesian en suami jadi cameraman masa ujan renyai-renyai ni :) Yela bukan selalu nak dapat bergambar dengan kabus ni kan ;)


Lepas kitorang gerak dari sini, memang hujan tersangatlah lebat, dan kami sampai Jeli lebih kurang pukul 1 camtu. Kitorang terus ke Kota Bharu untuk ke rumah penginapan yang disediakan oleh keluarga di sana :)
 



Nilah rumahnya, besaq kan, 3 bilik dengan 2 bilik air, semua ada.. Kalau korang yang nak p Kelantan nak sewa rumah ke boleh la ambik no tipon dan roger. Rumah ni dalam Pekan, senang la nak ke Wakaf Che Yeh ke, KB Mall ke, Pasar Khadijah ke.. Semua ada ;)

Kitorang sampai Kota Bharu dalam pukul 3 macam tu, sepatutnya kul 1 dah boleh sampai tapi nak buat camne dengan hujan dalam perjalanan tak campur dengan jalan sesak lagi.

Dah le ke sini dengan HAJAT kan, tak best la buat orang tertunggu-tunggu kan..

Okla, nantikan next entry (kalau ada yang sudi) tentang persiapan kami untuk HAJAT tersebut ye :-0


24 comments:

  1. alamak..
    kak MJ dah balik la..
    apsal tak perasan entry yang nk dtg sini..
    kalau x, leh kite jumpa kat KB..
    hishh... menyesalnya..
    tu lah.. busy memanjang..
    lama x bw..dushhh... *kat diri sndiri*

    ReplyDelete
  2. wah..sjuknye, hehe..byk kabus..msti best..

    ReplyDelete
  3. dulu p tganu singah c2 gak...mmg best ada kabus n sejuk...kat c2 je tempat yg leh sngah pun, air dia mmg sejuk kan.

    ReplyDelete
  4. a'aa betoi la tu mj.. tu dkt titiwangsa.. mmg sejuk dkt sana.. time kabus ni mmg cantik.. :-)

    ReplyDelete
  5. saya baru 2 kali sampai sana...mmg best gi sana..

    ReplyDelete
  6. wahhh.. cantek nye gambar kat puncak titwangsa tu.. rasa macam kat obesi pon ade jugak.. sejuk jek mata memandang..

    ReplyDelete
  7. kat puncak titiwangsa tu mmg sjuk,masa singgah sana dulu,nak ambil air sembahyang menggigil,

    ReplyDelete
  8. cantik gambar..
    dah macam kat cameron tue..

    ReplyDelete
  9. @Cik Pulau

    Hehee, takpe, next year akan ke sana lagi :) Nanti kita planning k:)

    ReplyDelete
  10. @eiyzniey

    Yup :) Sayang tak dapat jumpa Nini ngan Dni :)

    ReplyDelete
  11. @izyantyPersonalTaste

    Seb baik masa sampai tak rasa terkucir, kalau tak sure gigil2 kena air :)

    ReplyDelete
  12. @fieda

    Best kan p Kelantan ni especially part shopping :)

    ReplyDelete
  13. @|| NaFiRaa ||

    Hehee, itula tak dapat p obersee dapat tgkap gambar cenggini pun jadi la kan ;)

    ReplyDelete
  14. @diana

    Yup kak, myra dah update di entry part 2 :)

    ReplyDelete
  15. @misya

    Myra kalau ke sini tak sanggup nak pegang air, sejuk terasa sampai ke tulang :)

    ReplyDelete
  16. @Cute Mum

    Hehee, TQ..

    Kat Cameron pun rasanya takde dapat bergambar dengan kabus, Cute Mum ada? :)

    ReplyDelete
  17. @puanbee

    Harga rumah tu ke Bee?? @ Pau??hehee
    Rumah tak sure lak sebab diorang yang bayar, rasanya dalam seratus lebey kot.. :)

    ReplyDelete
  18. cantiknya tempat MJ dok posing2.. ala2 macam di tanah tinggi pulak..

    ReplyDelete
  19. mmg nampak mcm kat cameron highland=)kamoung hubby kat melor kota baharu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)